Wednesday, April 27, 2011

27 hb ApRiL 2011




















Ai Assalamualaikum semua..saya baru balik sekolah...Hari ni saya cuma nak ceritakan tentang aktiviti sukantara yang baru belangsung di sekolah saya tadi....Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar dan tenang walaupun cuaca tidak mengizinkan pada awalnya...Saya ni sebenarnya tidaklah gemar sangat dengan sukan2 macam ni tetapi for this year macam tak percaya pulak..semua acara saya dapat markah yang baik..dan saya tidak lagi fikirkan samada boleh atau tidak...kalau dulu saya mesti dapat 0-1 paling tinggi..atau paling teruk batal..hehehe..sebab less level confident..hehehe...Alhamdulillah semenjak masuk f6,banyak perubahan yang berlaku..tapi tadi untuk acara lari 200 m saya dapat markah 1 sebab saya tak bersedia lagi nak warm up..hehehe..but untuk acara lontar peluru,lompat jauh,dan lari 100 m everything ok..Terima kasih Ya Allah di untuk hari yang menenangkan dan happy..yang penting Enjoy..hehehehe...Goodluck kepada semua peserta...

Monday, April 25, 2011

I am A Machine

Assalamualaikum semua....


Saya baru pulang dari sekolah...beberapa hari ni saya sangat penat...kepala saya selalu migrain...dek tidak mendapat tidur yang cukup dan stress kot...tadi balik agak lambat sebab kena hantar file..so kelam-kabut satu kelas menyiapkan nota yang tertunggak...Alhamdulillah kawan2 yang lain tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dengan saya...Terima kasih semua...Sekarang saya sangat mengantuk tetapi tak elok tidur lepas asar jadi tunggu malam..Walau bagaimanapun,kami satu kelas perlu segera menyiapkan tugasan yang diberi untuk dihantar pada esok hari...hehehe...

Kadang-kadang saya rasa diri saya seperti sebuah mesin jentera yang berfungsi untuk menyempurnakan segala tugasan yang diberi tanpa henti....Sebuah mesin yang dicipta untuk kepentingan manusia...Saya tahu bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti muda, anak, pelajar, kawan, dan yang paling penting sebagai manusia pada masa yang sama....Setiap detik saya perlu jaga...Selain itu, pelbagai ronak ranjau perlu dilalui bagi membuktikan kelebihan diri...Segalanya berlaku dengan pantas..Saya percaya yang manusia sebenarnya jauh ketinggalan dengan masa....Saya juga percaya yang manusia boleh hidup melalui manusia dan juga boleh mati akibat manusia...Secanggih mana teknologi hari ini sebenarnya masih belum mampu untuk mengatasi pemikiran manusia pada masa kini....
Apa yang boleh saya takrifkan adalah bukan senang untuk hidup dan bukan sukar untuk hidup sebenarnya...Saya sedar bukan mudah untuk berjaya dalam hidup melainkan usaha yang berterusan+yakin+istiqamah...Sebagai manusia biasa saya mengaku adakalanya saya juga berputus asa untuk melangkah ke fasa seterusnya..setiap langkah memerlukan persiapan dan nafas baru untuk hidup...Setiap manusia yang hidup mempunyai pengalaman yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat...Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya.....

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menonjolkan diri dalam segala aspek...Saya bersyukur kerana masih bernafas sehingga kini dan mampu menghiburkan khalayak dengan bakat yang dikurniakan oleh-NYA...Mungkin tanpaNYA siapalah saya pada masa kini....tenyata setiap yang dicipta mempunyai fungsi yang unik...Saya sedar bahawa saya diwujudkan di atas dunia ini untuk menjadi khalifah dan sebagai seorang hamba...Saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Saya akur dengan penentuannya.....Semoga ALLAH mendengar segala yang terdetik di hati kita semua dan permudahkan segala urusan kita semua.....




Amin.................................

Wednesday, April 20, 2011

Kelazatan Bubur Mcd



Ai Assalamualaikum semua...hari ini saya nak bercerita sikit mengenai kelazatan bubur Mcd...hehehe...bagi saya bubur Mcd merupakan satu-satunya menu Mcd paling sedap yang pernah saya rasa....saya tak pasti ramuan apa yang mereka gunakan utk menyedapkannya tetapi ia menjadi salah satu fav saya....hehehe...kalau dulu setiap kali saya balik dari jogging saya akan singgah ke Mcd untuk dapatkan bubur ini....tak kisah kecik atau besar..janji rock....huhu...bagi saya kalau makan macam tu je tak berapa sodap...dia kena tambah dengan pelbagai bahan tambahan utk menjadikannya Perfect...hehehe...yummy..nak tahu apa yang saya bubuh..??...


biasanya saya akan beli bungkus dan saya akan minta seberapa banyak yang mungkin lada hitam dan lada putih yang mereka ada...lepas tu saya akan singgah ke kedai mana2 untuk membeli cili api.....kalau ada sebiji limau nipis pun ok....lepas tu letakkan cili,gaulkan dan makan bersama cili sos jenama life..heheheh..memang terangkat.....hahaha...tetapi kalau tak biasa jangan cuba ye..takut nanti sakit perut pulak...hehee.......
alamak..dah lama tak makan ni...duk cer cite cer cite mcm ni...lapar terus....hihihihi...

Pertemuan yang menyedihkan....

Assalamualaikum....
Gambar di bawah ini merupakan gambar bagi setiap scene dalam filem "MUKHSIN" sekarang...saya agak terkejut dengan apa yang saya lihat...dulu kawasan di KuaLa SeLangor kelihatan sungguh cantik dan suasana nya begitu aman dan damai namun kini keadaannya sunyi sepi.....Jika anda menonton Filem MUKHSIN,tentu anda akan terasa akan perubahan ini...agak menyedihkan apabila tempat ini menjadi kegemaran bagi Yasmin....Dulu kami ketawa bersama beramai-ramai tetapi kini kenangan ini hanya tinggal satu sejarah...

ayuh saksikan!..hehehe

Keadaan rumah orked sekarang....
  Ini jalan yang saya dan yana naik basikal bersama-sama....
Restoran Hamzah merupakan restoran mamak kegemaran yasmin....
hihi...Kalau anda masih ingat,sungai ini ada dalam scene yang saya dengan orked bercerita mengenai "Baju Yang Disangkut"??....dulu paras sungai ini tinggi tetapi sekarang separuh daripadanya...
Ini tangga yang saya dan orked naik:)))...
Lebuhraya ini digunakan dalam scene nak buang BUJANG(kucing)..
Ini utk scene Galah Panjang..                     .
Lakonan Semula bersama Roza..hhihii..Once upon a Time....:)))
Rumah Mukhsin
Tentu anda semua masih ingat dengan pokok ini...hehehe
Rumah AYU yang bermulut Laser..hehehehe
    Ini tempat kami menginap sepanjang berlakon mukhsin..setiap petang kami beramai-ramai akan mandi swimming pool...sangat seronok..haha..

Setelah beberapa tahun,segalanya berubah sekelip mata..semasa saya sampai Di KuaLa SeLangor bersama Ibu RosiLawati,Pawie,Roza dan SyahriL Imran..Hati saya sangat tersentuh apabila melihat semua ini dah berubah..masa tu saya hanya teringatkan Arwah YasMin sahaja dan segala kenangan yang telah kami lalui bersama-sama dahulu...Namun saya perlu akur dengan semua ini dan saya masih bertuah kerana Ibu Ros sudi membawa saya ke Kuala Selangor setelah 3 tahun tidak menjejakan kaki ke sana...Tujuan utama Ibu Ros ke sana kerana ingin mengimbas masa-masa lampau beliau di situ..kekadang saya berfikir jugak..mengapa setelah pemergian arwah,segalanya berubah namun saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya...walaupun saya tidak pasti apa hikmahnya namun saya akan terus menunggu..selepas kami melawat kawasan2 ini kami pergi bergambar di tempat lain...

       Hello Buddy..What's Up Man1..hehehee...sebenarnya takut jugak nak pegang dia tetapi sebab nak ambil gambar punya pasal...hehe...
                      Dengan ibu dekat sekolah lama beliau....
"Makan Time"...sabar2 eh adik2 nyet..abg belikan pisang ni...heheheh

                                           Me and Roza...
                                      Me,Pawie and Adik Imran
                                                          Makan kat kedai tepi pantai..hehehe..
ni sengal time sebelum balik..hehehehe....
oklah...assalamualaikum semua..diharapkan semuanya sihat2 belaka..:))



Tuesday, April 19, 2011

NkTm PhotoShoot:)

Assalamualaikum kepada semua yang masih membaca kisah di ruangan saya ini...saya dah agak lama tak meng'update' blog...huhuhuhu..semalam saya tidak dapat hadir ke sekolah sebab ada photoshoot utk filem Nur Kasih The Movie.....lokasi di Sri Pentas TV3....saya bertolak jam 8.30 am dengan menaiki motorsikal..agak takut jugak la sebab saya dah lama tidak buat photoshoot....hehehe....photoshoot sendiri adalah...antara artis yang terlibat ialah Abg Remy Ishak,Abg Fizz Fairuz,Kak Tiz Zaqyah,Abg Munir,Kak Sara Ali dan seperti biasa saya mesti menjadi yang bongsu paling muda..hehehee..perasan pulak.haha..gurau je..Setibanya saya di perkarangan Sri Pentas Tv3,sudah jam 9.16 am..apalagi takut la saya sebab ingatkan dah lambat...sebab 'calltime'nya pukul 9.00 am...jadi saya pun bergegas masuk ke dalam dan mencari pelakon2 lain...tetapi seorang pun saya tak nampak...saya cuba menghubungi pihak yang terbabit namun seorang pun tidak berangkat..so baru saya teringat abg fizz fairuz,so saya call dia..then dia cakap dia ada dekat kafeteria..so saya pun gerak kat kafeteria..lepas dah lepak temankan abg fizz dengan P.A dia makan..saya dapat mesej pergi tingkat 3 untuk make up...so saya bagitahu abg fizz "saya pergi atas dulu"..saya masuk lif dan tekan 3..ada yang tekan 1 dan ada yang tekan 2....lepas beberapa minit pintu lif terbuka dan saya pun keluar dengan membawa baju2 utk photoshoot nanti...saya masuk kat kawasan GB...bila masuk saya agak terkejut sebab kawasan tu dah direnovate dan semakin luas.....lepas tu saya call akk yang menguruskan photoshoot ni then dia cakap tunggu kat situ atau cari bilik mesyuarat yang berkerusi hijau...saya tengok takda satu pun ruang mesyuarat yang berkerusi hijau..semua kerusi merah dan semua pekerja kat situ memandang saya dengan agak aneh...saya buat bodoh je la..sambil memegang baju2..dah dekat 5 minit saya menunggu saya call make up artis..dia cakap cari bilik mesyuarat yang ada kerusi hijau..saya agak pelik tetapi saya pun teruskan mencari bilik mesyuarat di tingkat itu..lepas tu saya tanya dengan salah seorang pekerja disitu...dia cakap "dekat tingkat 3 la dikk.."..saya pun cakap"ni bukan tingkat 3 eh???..dia cakap"ni tingkat 1 dik"...masa tu malu jo muka den..hahaha..padanlah tengok lain macam jo r tempatnya..hihihihi...lepas tu saya naik ke tingkat 3...so baru dapat jumpa dengan pelakon2 lain..hihihi....lepas make up,kitorang ke bilik photoshoot..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...huhu..ni antara gambar2 kami..
























































































































Wednesday, April 6, 2011

Keunikan Sara ALi

Hai Assalamualaikum semua..maaf dah lama sepi tanpa sebarang berita...baiklah hari ni saya nak cerita sedikit mengenai Kak Sara..


Saya mengenali beliau ketika menjalani Shooting Nur Kasih The Movie and diikuti SongLap The Movie....dalam Nur Kasih The Movie beliau memegang watak sebagai teman wanita saya...manakala dalam SongLap beliau menjadi kawan saya:))


Dalam masa singkat saya sudah berlakon 2 x dengan beliau..kalau nak diikutkan saya akan menjalani Drama Bersiri Juvana dengan beliau tahun lepas selepas SongLap namun proses pembikinan yang terlalu lama membuatkan saya membatalkan hasrat untuk mengambil watak terbabit...saya tidak membaca lagi skripnya namun berdasarkan penerangan daripada orang dalam..watak saya merupakan seorang budak naif yang membunuh ibunya dengan tidak sengaja dan telah dihantar ke sekolah pelajar bermasalah...dan bermula dari situ,sifatnya mula berubah menjadi semakin agresif....dan semakin otai katanya.hihi..saya nak sangat watak ni namun mungkin takde rezeki..redha jela..hahaha...


Pertama kali berlakon dengan Kak Sara saya dapat rasakan keunikan yang ada padanya...setiap shot,pergerakan,dialog dan reaksi mukanya sangat profesional....segalanya sangat cantik dan cool...saya tidak pernah lagi nampak dia berlakon namun dari segi penghayatan,beliau sangat bagus....bekerja dengan beliau memberi saya semangat baru untuk membuat lebih baik dalam lakonan...saya shoot nur kasih pun selama 3 hari sahaja..akibat faktor sekolah jadi saya ditawarkan watak undangan iaitu sebagai jamal tetapi watak ini sangat mencabar bagi saya manakala kak sara memegang watak juriah....beliau berusia 20 tahun dan telah membintangi 5 filem dalam 1 tahun...bagi saya ia suatu pencapaian yang membanggakan....











                                                         ( Time Rehearsal Filem SongLap)
persamaan beliau dengan diri saya yang saya dapat takrifkan ialah sikap beliau yang agak "gila-gila" seperti saya jadi proses "kenal-kenal" tu takdalah mengambil masa yang terlalu lama..keserasian diantara kami cepat tangkap walaupun saya tidak pernah bekerjasama dengannya..selain tu,beliau sangat suka bergambar dan setiap gambar-gambar yang diambilnya sangat perfect,cantik dan tenang....saya sukakan karisma yang ada padanya....walaupun dia baru namun saya yakin beliau boleh pergi jauh dalam bidang lakonan...Apabila di lokasi,kami sentiasa berbincang dan saling bertukar idea mengenai watak...Selepas Nur Kasih The Movie,saya bekerjasama dengannya lagi dalam SongLap..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan penghayatannya pun nyata lebih mendalam...Bila masuk songlap,saya agak "down"..saya risau tidak dapat melakukan yang terbaik namun dengan sokongan Director,Abg Shaheizy Sam,Kak Sara dan krew2..saya telah ok...Alhamdulillah.....saya pernah cakap dengan kak sara yang wajahnya mahal....Dia hanya tersenyum...huhu...Alhamduillah walaupun selepas habis songlap..hubungan kami semua termasuk abg sam dan kak sara macam adik beradik..:)))......








sekian terima kasih....nite:))