gambar tak berapa 'clear'sebab guna fon...hehe
Assalamualaikum kawan-kawanku yang mengenali saya samada secara dekat mahupun jauh...Apa khabar semua??? sihat ker??maklum lerr saya ni tanya org je..diri sendiri demam teruk jugak...hahaha...demam ni pun sebab tak cukup tidur atau kalau nak mendalam lagi..tak tidur terus la...hehee...bukan insomnia ye..tp sebab kena siapkan kerja khusus seni visual...kelam kabut semua budak2 yang amek subjek seni...tp Alhamdulillah saya ambil masa dalam 4 days macam tu utk siapkan kerja khusus ni berbanding pelajar2 lain yang berjuang berbulan-bulan yang lalu....takpalah nanti saya akan cite bab seni ni yer...Baiklah harini saya nak cita yg ringan2 je..nak cite panjang2 pun tak boleh sebab filemnya belum keluar jadi menjadi kesalahan buat saya sebagai seorang pelakon sebab tidak menghormati prosedurnya...
Baiklah utk malumat anda semua filem ini diarahkan oleh pengarah yang cukup hebat bagi saya iaitu EFFENDI MAZLAN serta bersama-sama isterinya FARIZA ISHAK...mereka pernah terlibat dengan filem tentang indie mcm tu..kalau tak salah la...saya tak tengok lagi filem ni so saya tak pasti genre filem ni..hehehe...(KaMi The Movie)...kalau anda belum berpeluang menontonnya...moh la kita menontonnya k..saya pun kena beli satu lepas ni....Filem Songlap ini merupakan filem ke-2 mereka kalau tak salah...tetapi cara garapannya sangat 'interesting' bagi saya....sebagai seorang pelakon saya sangat beruntung sebab dapat bertemu dengan mereka berdua sekaligus dapat bekerjasama dengan mereka..."mereka sangat tegas di set namun spotting di luar set"...Keunikan filem Songlap bagi saya sangat terperinci utk dijelaskan tetapi ia hadir bersama segalanya contohnya melalui emosinya..sinematografinya...cara garapannya...pergerakannya...penghayatannya...storylinenyaa...dan segalanya..itu cuma pandangan saya sahaja ye sebagai seorang yang berlakon dalamnya...itulah perasaan yang saya rasakan...saya harap apa yang saya rasakan di lokasi akan terus bertebangan dan kekal sehingga ke dalam panggung...saya harap Songlap dapat membuka mata masyarakat tentang filem melayu..saya sebenarnya tidak suka menggelarkan filem melayu tetapi "Filem Kita"...maksudnya lebih tepat...Songlap bukan hanya utk satu kaum..ia utk semua...Seriusly sebagai pendatang baharu..Filem Songlap yang memerlukan saya sebagai watak Ad sangat mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon...tetapi Alhamdulillah dengan bantuan semua,saya boleh...Filem ini turut dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan Malaysia antaranya SHAHEIZY SAM,SARA ALI,NORMAH DAMANHURI,LISDAWATI,FAUZI NAWAWI,OMAR ABDULLAH,EIZLAN YUSOFF,IZZUE ISLAM,AYAM FARED, HASNUL RAHMAT,RASHIDI ISHAK,ROZIE RASHID,dan ramai lagi....
SINOPSIS
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
Jangan Lupa utk menonton filem ini kelak yer...kalau tak silap saya filem ni keluar 16-12-11..but kalau tak betul,saya akan update..ok:^_^..thanks kepada semua yang menyokong saya...tq u very much...Selamat Petang:))