GAMBAR KENANGAN 6 ATAS KREATIF..
Rasanya semua budak kelas saya hadir..Baiklah..lupa pulak nak bagi salam..Assalamualaikum..hehee...
Hari sabtu tempoh hari,sekolah kami terlibat dengan Majlis Graduasi/Konvokesyen SMKGS 2011 yang menggabungkan pelajar-pelajar upper 6 dan form 5...Majlis ini bertujuan utk memberi semangat baharu kepada mereka yang mungkin sudah luntur semangatnya....so kena bagi Clorox sikit...hehehe...Selain itu,Majlis ini turut memberi pendedahan kepada para pelajar setakat mana usaha mereka...so kalau tak cukup perlu gandakan lagi la..hehee..Kiranya untuk menghargai pelajar2 ni la...but bukan semua orang yang dapat...
Hotel yang dipilih tentunya Hotel Dynasty di SentuL...selalunya saya hanya melihat dari arah jauh sahaja.. akhirnya saya dapat masuk..hehehe..Sebelum majlis ini berlangsung,kami perlu "rehearsal" terlebih dahulu sebabnya cikgu tak nak berlaku sebarang kesilapan masa majlis itu berlangsung..macam mana nak berdiri,nak berhenti dekat point mana semua diberitahu oleh cikgu...Kami berlatih 2 hari sekali dengan PA SYSTEM..tetapi sebelum saya cerita dengan lebih mendalam pasal majlis tersebut..saya akan ceritakan sebelum majlis ini berlangsung dulu..hahahahawakwakkww...
Malam sebelum majlis itu bermula,memang kelam kabut la dibuatnya..mana nak mencari baju,tie,seluar,kasut,songkok dan sebagainya..dengar cerita,kami perlu pakai sama..contoh kalau seorang pakai songkok..semua kena pakai..hehe...agak renyah la jugak..masing2 ada citarasa sendiri pulak tuh...hehe..saya bab2 baju kemeja ni takdalah banyak sangat..kalau T-Shirt tu not bad la..hehehe...so saya pun sibuklah geledah almari mencari baju yang sesuai..daripada pelbagai warna..warna suci jugak menjadi pilihan utama..baju ni dihadiahkan oleh Abg Sam kepada saya...Lepas tuh,saya duk cari-cari tapi tak jumpa songkok saya..mana pulak saya duk letak...aduhai..ehehe..sampai kat dapur saya mencarinya,,hehehe...
saya pun dah takda choice selain meminta pertolongan menggunakan FB..hahahaa..taraaaa...saya punya size dalam 21 or 22 dan kalau lebih pun dalam 1/2 je la kot..hehe..ada pulak somebody yang offer size 30..hehe..gadang bana lai..hehee...lepas tuh iera atau nama manjanya bong offer songkok kawan kakaknya yang duk kat area Danau Kota..saya ok je la...lepas tuh saya try masuk bilik belakang...check punya check..baru jumpa songkok arwah atuk saya yang saya simpan dalam kotak...hehe..nasib baik tak berabuk..clean and clear...itu antara harta arwah atuk yang saya ada...^_^...
so saya pergi rumah iera..iera dah sangat bersemangat..dah bersiap segala..hhehe..dia menuju ke motorsikal saya..dengan bangganya saya cakap.."hihi..dah jumpa dah songkok..."..hehe..tp saya ttp nak ajak dia teman saya iaitu pergi gunting rambut..masa tuh dah pukul 11 something..masa agak terhad jadi perlu lakukan dengan sepantas sugus..hehe..saya pergi satu kedai ni..tapi kedai ni dah nak tutup..so dah takda choice melainkan pergi kedai mamak yang berada sekitar situ...hehe..sebenarnya saya tak kisah sangat kalau pergi potong rambut kat kedai tuh..tp apa yang merisaukan saya ialah mamak tuh terlebih berkarya pulak..hehehe..ceritanya begini..memang dah banyak kali la..setiap kali saya pergi ke kedai dia..dia mesti cakap dia nampak artis tu la..artis ni la...memang pening nak melayan kerenah dia..hehee..sabar jela..lepas tuh bila dah cukur misai saya,dia akan cuci muka saya guna BIORE dan letakkan Fair & Lovely kat muka saya..after that dia akan letakkan minyak wangi semburan ehmm2 kot kat muka saya...aduyai..memang miang muka saya dibuatnya..dah lah baru pas cukur kena pulak dengan minyak wangi..memang terangkat la pedihnya..mamak ni pelik sikit..kalau kita tegur kerja dia..contoh kalau kita kata.."it's okay abg,saya cuma nak cukur je..tak nak biore,tak fair and lovely and tak nak minyak wangi semua tu"..then dia boleh jawab"saya paling pantang kalau orang menegur kerja saya..ini kerja saya dan ini memang dah tersenarai dlm pakej yang saya sediakan so saya tak suka org langgar etika saya"..aduyai..pening den layan org mcm ni...sebab tuh kalau boleh saya try jauhkan diri drpd masuk ke kedai dia..but kalau dah terdesak tuh..terpaksa la kan..hehehe..ini gambar saya tangkap sebelum balik dalam majalah yang tersimpan di kedainya..
ni gambar2 model dalam majalah tu ..but anda rasa muka model ni ala-ala siapa...??
bagi saya nampak macam WATIE ELITE
ROZITA CHE WAN
ZARINA ZAINUDDIN-yang membawa watak mak kepada alia dalam Kasih Alia..
IRMA HASMIE
TIZZ ZAQYAH
yang ni perempuan tp gigi dia jela mirip saya..hahahaha
hahaa..yang ni paling penting..anda rasa macam siapa??hehee..bagi saya nampak macam auntie yang selalu berpakaian kebaya yang mengendalikan program masakan di TV1 kalau tak silap..hehe
JULIA ZIEGLER
.so bila dah lepas semua tuh..saya terus basuh muka sampai hilang gatal2 dimuka...HEHEHE...
Keesokkannya saya bila dah siap,saya dan pawie terus gerak ke sekolah..ondeway gerak tu nampak ibu dan ayah(family rouza) tp mereka tak nampak saya sebab mereka di seberang...rindu pada ibu..ibu baru pas hantar che roza la agaknya...sampai je sekolah saya minta si komar pasangkan tie tuk saya sebab saya tak reti nak ikat tie.hehehe..agak memalukan jugak la..tp sejujurnya saya memang tak pandai..even kalau berlakon yang memerlukan saya memakai tie..saya minta tolong seseorang..hahaa...
Wah-wah-wah-wah..abg nazmi kita dah hensem..hehehe..
Angah vs Pawie..
perghh..habis la abg derih..lepas ni tak leh nak lari kemana-mana sebab cewek udeh deket..hehehe
Apa dimenungkan lagi tuh saudi oii..hehheee
Raff bersama-sama pawie
Geng Kongsi Gelap..kalau kelas op dan gigih...kebanyakkan drpd mereka memakai baju warna hitam,sementara kelas kreatif dan murni memakai putih..maka bertemulah Putih dan Hitam...
kadang-kadang saya nak tergelak bila tengok gambar ni..saya boleh bayangkan macam manalah suasana 20 tahun akan datang nanti..semua mesti buncit2..hehehe
muka memang straight jerawat naik..tambah2 kat dahi..hehee..
gambar ni diambil oleh Wak Kertu a.k.a windi fairus..hehehee..
saat-saat bergerak..kami naik bas yang no-6...
gambar pertama bersama-sama gadis mata galak ini di Dynasty Hotel..
kami perlu duduk di tempat yang sudah disediakan dan mengikut angka giliran yang disediakan..hehee...
Mr Suodi and Mr Ayie
Mimie
Kelas OPTIMIS-dari tengah belah kanan Hafiz,Adri,Jeffryadi,Aida,Arina,Farid,Rifky,Mustafizi dan Emeer Aizat
Kelas MURNI-dari kanan Najwa,Syakilla,Huda,Rini,Maisarah,Nadiah,Fizah a.k.a Pijut,Hakimah,Linda kok nya sapa tadik..hehehe and Nuraliza..
Nazmi,Mamannn,Idris,Saudi and Me..
Kelas Murni-Dari kanan Azmeer a.k.a Achai,Asri,Farahin,Saliena,Helfi,Hanissa,Elfera,Amirah Audadi, Ain Asmyra dan Haziq
Kelas Kreatif and Murni-Dari kanan pawie,hazirah,yana,mimie,den,saudi,idris,maman,nazmi dan tuan(murni)..
Me and Syaza..hehe..gubra ye kak..lari ke belakang nampak..hehehe
OPTIMIS +KREATIF..Dari kanan Mail,Syaza,Radiah,Lailiyah,Hayati Arkan,AtiKa,Aina,Ainul,Wak dan Windi..hehe..windi janganlah buat muka cute pulak loh..hahaha.
KREATIF-Dari kanan Fizah,Fatin,Asmah,Raff,Roza,Hajar,Husna,Dayah,Lala dan Wani..
OPTIMIS-dari kanan Hafasiah,Arinah,Risuhaiza,Ummi dan Syarina
Putera Kreatif bersama Mrs Marry..hehee
Maman,mata dah lalok dah tuh..ngantuk sudehh..hehee
Ucapan daripada Prof jemputan..selepas habis ucapan..seorang demi seorang naik pentas untuk mengambil scroll..saya sangat2 gubra..tp cover2..padahal kaki dah lenguh habis..hehehe...masa ambik scroll tuh..prof tuh pandang saya dan main acah2 tuk bagi scroll tu ke tangan saya...but last2 dia bagi jugak...then bila nak turun ikut tangga..kaki saya mcm tak larat..hampir terjatuh jugak sebenarnya..tp masih terkawal cuma bunyi "PENGGGGGggggg..hehee..terus ramai yang kata la marah ker??hahaa..tangga tuh pulak jenis bunyi2 sikit,..hehee..tp memang best la..sangat2 seronok...rasa mcm bukan dtg drpada sekolah..feel tu lain mcm sikit..hehhe..
Saudi mcm biasa lah...hehe
Asmah,Fatin and Fizah
Selepas tamat sudah pemberian scroll segala..kini saat2 yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan teater versi pentomen daripada cikgu2..Antara cikgu yang terlibat cikgu Zetty,cikgu Norlizah,Cikgu Azuraidah dan c apa tah..saya lupa namanya tp dia sangat baik dan senyum je sentiasa..Teater ini mengisahkan tentang 2 keluarga yang berbeza dan kasih sayang antara ibu dan anak...sangat best..saya memang tak sangka teaternya akan jadi sehebat itu..yg nak tergelaknya cikgu azuraidah sebiji mcm pelajar f3..cayalah cikgu:))..
cikgu noripah dan sorang lagi cikgu tu jadi voice over utk setiap wtk..dan cikgu normawati selaku Voice over mak..
part ni paling touching...ramai pelajar yang menangis..mimie,yana jangan cakap..dah berderai air mata menyembah bumi..hehee...yang cikgu norlizah nampak sangat classic ala-ala lakonan ZIANA ZAIN dlm Maria Marianna..hehee...sebelum tuh..cikgu2 ni cakap kalau diorg tengah berlakon..mereka tidak mahu saya ketawakan mereka apabila mereka sedang beraksi...dan saya cakap la..takdalah cikgu..mana ada..saya tak gelakkan pon..mesti ok punya..dan ternyata memang excellent..^_^..
Bersama-sama cikgu mazlinda ketika sedang ambil makanan..hehe..time to eat..tak makan lagi wok..
Alahai cik anis kita nak berdiet laa..hehe..dah kurus dah tuh..hehee
Cikgu Aminah,Azie dan Radiah
perghh..memang ramai yang beratur..lain kali beli Touch and Go or Smart Tag.hehehe..
antara makanan yang disediakan..makanan nampak ok la but bila sampai part saya..kebanyakkan lauk dah habis..hehe..so saya ambil menu ikan dan kuah masak lemak je.itupun tak habis...kenyang pulak...
Mr and Mrs Bond!..hehe
Hidayah,Me and Hanissa..
Butterfly Girl..
CheNazmi dan Che Wani
Here we are..:)
Time to eat...
we're flying without wings
Ini sekadar gimik je..jangan fikir lain..hehee...
Idris and ehmm..hehe
arhh..leganya dapat duduk...penat den berdiri..hehe
Hello Baby Doll..hehee..
anak patung ni pengetua saya belikan..haha..katanya nak membalas bunga yang pernah saya hadiahkan utknya ketika Hari Guru..tq cikgu..
saudi dan cikgu hamidon a.k.a papa midon..pakar dalam segala bidang...hehe
Dil To Pagal HAI..dIL DiVana Hai..hehe
Keluarga bahagia..hehe
adik2 lower turut membantu..tq dik Vivek dan dik adiz
yang ni pawie punya patung..pengetua belikan
haha..saya dan idris berusaha utk menjadi mcm budak2 but muka dah nampak matang jugak...ehehehe
Me and Celestina Sebastian
Baju dah sama..kembar tak seiras..haha
Sweet Smile Adik..hehehehehe
sekarang masa untuk bergambar satu kelas..
Edited By Nazmi..bila dah habiss..kami perlu balik...tp sementara tunggu bas sampai..ayuh la berphotoshoot dlu..haha
dah macam baru selesai kes mahkamah,..kes mutaah,tuntut nafkah dan sebagainya..hehe
3 model baju kurung..hehe
saya sangat sukakan bila celes pakai baju kurung..tampak sweet dan comel...
ini katya..next time u pulak k pakai baju kurung..after that saya pulak..pakai punjabi..hehe..1 malaysia..hehe
cikgu bai
adha and celes
Lawyer Kreatif
ni betul2 nampak mcm baru balik mahkamah..hahahaa
with anis aris..hahaa..ni sekadar gambar sahaja ye..hehe..jangan pk lain...kitorang berdua rapat kat sekolah sebab anis ditugaskan sebagai bendahari manakala saya naib bendahari..hehe..kerja kitorang dua kutip duit je..asal duit muka kitorang..asal muka kitorang mesti ada duit..hehehe..."kami bukan along,kami cuma nak tolong"hehhehee
i like dis pic so much..so classical..hehe..lepas balik tuh..ada sedikit kemalangan yang berlaku iaitu raff tercucuk pisau dibahagian pinggangnya...pisau cutter yang disimpan dalam beg nya menusuk pinggangnya..banyak jugak darahnya..tp nasib baik ada cikgu hamidun..cikgu bawakkan die ke klinik..nasib baik takda benda yang teruk..
lepas balik..kitorang singgah ke KL FESTIVAL CITTY yang baru dibuka..selepas tuh pergi makan nasi lemak kat DEEN..hehee
walau mcm mana pun...program ini memang wajar diteruskan pada masa akan datang untuk merangsang seseorang bangun daripada tidur di alam maya..selepas program ini saya lebih bersemangat..dan bil wujudnya program ini..sesuatu persahabatan tu lebih kuat dan erat..Kami semua 1 f6 dah macam family..comfirm kalau dah habis sekolah masing2 meraung...lepas tuh bina kehidupan baru..begitulah hidup kita..tq semua..