Wednesday, November 30, 2011

3S upDate!-Metro





DUA ‘hero Malaya’ ini memulakan langkah lakonan mereka pada usia masih mentah. Jika Shaheizy Sam dikenali dengan telefilem menyayat hati, Pa’e pada 1998 ketika usia 12 tahun, pastinya Mohammad Syafie Naswip pula menerusi filem Mukhsin.
Diketengahkan pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad pada 2007, ketika itu Mohammad Syafie baru berusia 15 tahun. Kini, Shaheizy dan Syafie juga sudah membuktikan bakat lakonan masing-masing menerusi anugerah dimenangi.

Shaheizy menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) tahun lalu dan Pelakon Lelaki Terbaik di FFM24 baru-baru ini. Manakala Syafie pula menang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22).

Bagaimanapun, dari aspek populariti nyata lebih berpihak kepada Shaheizy kerana dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu. Ia sekali gus kejayaan berganda buatnya yang makin menonjol dalam lakonan.

Berpaksikan kecemerlangan yang sudah terbukti itu, Shaheizy dan Syafie kini disatukan sebagai adik beradik dalam filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn Bhd.

Walaupun pertama kali bergandingan di filem, sama ada Shaheizy atau Syafie, mereka saling ‘memberi’ dalam tuntutan watak masing-masing. Bahkan, tiada masalah juga buat mereka membentuk keserasian serta mengakui selesa bekerja antara satu sama lain.

Menurut Shaheizy atau mesra dengan panggilan Sam, dia seronok bekerja dengan Syafie biar pun hubungan mereka tidaklah begitu rapat sebagai sahabat baik. Bagaimanapun, katanya Syafie memang seorang pelakon yang berbakat kerana dia mudah membentuk kerjasama.

“Biarpun hubungan kami tidak rapat, tetapi atas dasar urusan kerja, Syafie memberi ruang kepada saya untuk masuk ke dalam dirinya. Ia sekali gus membantu menghidupkan lakonan kami terhadap watak Am yang saya bawa dan dia pula sebagai Ad.

“Jujur saya katakan, tidak semua pelakon boleh melakukan seperti Syafie yang memudahkan gandingannya selesa, serasi dan boleh menghayati watak bersama. Dalam soal ini, apabila mendapat gandingan yang bagus, saya menjadi bertambah yakin.

“Lakonan ditonjolkan juga ikhlas dan tulus mengikut apa yang diinginkan skrip. Bahkan, saya juga berasakan lakonan yang dipaparkan dalam Songlap lebih ‘terpelihara’. Sehubungan itu, saya sangat mengharapkan penonton akan berpuas hati,” katanya.

Aktor kacak berusia 29 tahun yang begitu laris membintangi pelbagai genre ini, memaklumkan Songlap ialah filem yang jujur. Ia mengangkat kisah benar berkaitan sindiket penjualan bayi yang memang berlaku dalam kehidupan realiti masyarakat.

Songlap yang turut dijayakan Sara Ali, Omar �Abdullah, Rozie Rashid, �Normah Damanhuri dan Hasnol Rahmat bakal ditayangkan di pawagam pada 15 Disember ini. Filem lakonan Sam yang turut menanti tayangan, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong dan Aku Ada Kau Ada.

Menyedari usia yang makin meningkat, sejauh mana pula perancangan Sam dalam kehidupan peribadinya? Apakah anak bongsu dramatis Khaty Fauziah ini sudah bersua calon sesuai untuk menjadi teman hidup? Menjawab pertanyaan ini, dia yang kini tampil berjambang berkata, jadualnya terlalu padat.

“Saya terlalu selesa dengan kerja sekarang ini dan tiada masa untuk mencari cinta. Justeru, saya tidak memikirkannya dan biarlah soal jodoh ini ditentukan Tuhan. Sampai masa ditetapkan, saya yakin dan percaya akan bertemu juga dengan jodoh itu.

“Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai impian untuk memiliki keluarga sendiri. Cuma, sekarang sukar untuk saya memaklumkan lebih lanjut kerana tumpuan serta komitmen saya hanya pada karier. Apapun, saya bersyukur keluarga sangat memahami,” katanya.

Pernah muncul juga dengan kumpulan MOB yang mengetengahkan irama hip hop, Sam berkata, kerjaya nyanyian padanya kini sudah menjadi kenangan. Ujarnya, biarpun tawaran untuk menyanyi masih diperoleh tetapi dia yang tidak bersedia untuk terima.


Syafie berusaha atasi rasa gugup 

Selesa merendah diri, Syafie berkata dia masih terlalu baru dalam industri lakonan tanah air. Katanya, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba daripada pelakon berpengalaman seperti Shaheizy Sam. Pengalaman adalah kayu pengukur antara dia dan Shaheizy

Biarpun pernah bergandingan dengan Shaheizy dalam telefilem Alahai Cicit Atuk, tetapi ketika itu babak membabitkan mereka tidak banyak. Justeru, Syafie sendiri tidak berasa terlalu gugup beraksi di sisi Shaheizy yang sangat dihormatinya.

“Namun, situasi itu nyata berbeza dalam Songlap kerana kami berdua adalah teraju utama dan paling merisaukan apabila kami memainkan watak adik-beradik. Shaheizy seorang pelakon yang bagus, jadi siapa yang tidak akan berasa gementar.

“Ditambah pula watak Ad lakonan saya sangat mencabar. Ia banyak bermain dengan emosi dalaman yang memerlukan saya banyak berbincang dengan pengarah dan pelakon yang terbabit dalam filem ini untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Tak dinafikan, ketika mendapat tawaran untuk berlakon filem ini hati saya berbelah bahagi sebenarnya. Saya rasa mahu menolaknya kerana takut dengan tuntutan penghayatan watak yang berat. Ini kerana, saya seorang remaja biasa yang gemar duduk di rumah.

“Saya pun tidak pernah terbabit masalah apatah lagi, perihal menjual bayi. Jadi, semestinya sukar untuk saya menjiwai watak Ad itu. Justeru, bagi mendapatkan mood yang sesuai, saya ambil inisiatif menonton filem The Reader serta membuat tinjauan di sekitar Chow Kit,” katanya.

Menurut Syafie, selain itu dia juga banyak bertanya pada rakan-rakan dan berkongsi kisah yang mereka tahu �mengenai penjualan bayi. Ujarnya, dia memberanikan diri menerima juga tawaran filem Songlap kerana terpikat �dengan jalan cerita yang berbeza.

Berusia 18 tahun dan kini melanjutkan pengajiannya dalam tingkatan enam, Syafie berkata sekarang, komitmen utamanya adalah pelajaran untuk jaminan masa depan. Justeru, jika ada tawaran berlakon pun, dia hanya terbabit pada penggambaran hujung minggu.

Katanya dia mahu lebih dulu mengejar cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, dia lebih selesa jarang menerima tawaran demi pendidikan. Katanya dia mahu berusaha dan melakukan sebaik mungkin dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) nanti.


PROFIL

NAMA: Shaheizy Sam Abdul Samad
PANGGILAN KOMERSIAL: Shaheizy Sam
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
USIA: 29 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik
DRAMA/ TELEFILEM: Antaranya Pa’e, The Son, Elly, Noda Semalam, Bisikan Hati, Graduan, KL Menjerit, Ali Din, Seiras Maya, Kasanova XXL, Impak Maksima, Jangan Pandang Belakang
FILEM: Sama Tapi Tak Serupa, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Semp-it, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH2010, Bintang Paling Popular ABPBH2010, Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2010), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM23), Pelakon Lelaki Terbaik (FFM24)


PROFIL

NAMA: Mohammad Syafie Bin Naswip
PANGGILAN KOMERSIAL: Syafie
ASAL: Selangor Darul Ehsan
TARIKH LAHIR: 2 Ogos 1992
USIA: 18 tahun
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak tunggal
KARIER: Pelakon, Pelajar
DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Impian, Ilham Suci, Dosa Semalam, Kasih Tak Terucap, Takbir Suci 2, Soulful Finding, Manja, Alahai Cicit Atok, Ustaz Kecil, Seluhur �Nazar, Demi Masa, Dunia �Batinku, Biang Lala Di Kaki Langit, A Untuk Abah, Melukut Kasih �Di Kaki Santubung, Hero Komik, Jidin, Keliwon
TEATER: P Ramlee The Musical (musim 1) �Titik-Titik Perjuangan 1, Titik-Titik Perjuangan 2, Gelanggang Tok Wali
FILEM: Mukhsin, Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22)

Monday, November 28, 2011

Kesilapanku Keegoanmu-Hartini




keren bangat sorenya..hehee..

Lawat Ma

makngah
makteh and makdak...
sebelum pergi..baca doa dulu..hehe

berhenti rehat...



rumah pawie..7.am

hospital...pawie and ma


pawie,maksu,ma,makdak

ketawa riang..hehe

cikla..


wan and cikla

anip


cikla,me,nadira and pawie

wan and makngah


wanita terhangat di Asia..HUHU...



sebelum balik,pawie berkali2 mengucup pipi ma...begitu juga dengan ma...berkali2 itu juga pawie membetulkan tudung ibunya..moga ma cepat sembuh...amin...saya kagum dengan pawie...selepas pulang dr hospital,kami pergi mandi dulu kat sg Pancing..:)


Tuesday, November 8, 2011

Berita Harian Online | Kejutan budaya

  • Foto
  • Foto
Tiga bakat besar bergabung tenaga dalam Songlap Disember ini

MEREKA dianggap antara pelakon berbakat yang perlu diberikan perhatian pada ketika ini. Shaheizy Sam dan Syafie Naswip sudah membuktikan, bakat masing-masing bukan kecil apabila pernah menggenggam trofi pada majlis anugerah. Sara Ali pula semakin mencuri perhatian peminat apabila watak gadis bermasalah dalam filem Nur Kasih cukup meninggalkan kesan.
Ketiga-tiganya digabungkan oleh dua pengarah yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan Kami the Movie, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina. Lalu, bagaimana hasilnya nanti apabila tiga bakat besar ini menunjangi filem terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn. Bhd ini?
Ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini, masing-masing memuji dua pengarah muda itu, yang dianggap mampu menjelmakan sebuah kisah yang lari daripada kebiasaan filem Melayu. Ketika yang sama, mereka juga berasakan seperti ada kejutan budaya apabila bekerja dengan sutradara yang mementingkan ketelitian dan ketepatan dalam karya mereka.

Filem jujur papar kehidupan

BINTANG Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam, berasakan dirinya cukup bertuah apabila diundang menjayakan watak Am dalam Songlap. Baginya, bukan saja dia berpeluang bekerja dengan dua pengarah yang berbakat besar, malah wataknya juga begitu subjektif - tiada hitam ataupun putih mengenainya.

Dia sendiri belum pernah melakonkan watak sedemikian, yang dianggap cukup berlainan dari segi perjalanan karakter. 
"Songlap bukan filem biasa yang selalu kita tonton. Ia tidak menunjukkan mana yang baik atau mana yang buruk. Watak saya umpamanya, boleh dilihat dalam dua perspektif berbeza. Mungkin sebahagian penonton melihatnya sebagai watak baik, manakala yang lain pula menganggapnya watak hitam. 

"Bagi menjiwai watak terbabit pula, saya banyak berfikir, serta membuat pilihan yang tepat. Dengan menggunakan pendekatan ‘apa berlaku sekiranya’, saya mencari karakter Am. 

"Ketika sesi latihan bacaan skrip pun, kami menggali bersama-sama, untuk menentukan corak watak berkenaan. Kita cuba fahami apa yang terjadi dalam cerita terbabit, supaya masing-masing mengenali dengan lebih tepat watak dimainkan. Kami bertuah kerana mendapat pengarah yang mengetahui karakter bagaimana mereka inginkan. Ia sebuah filem yang cukup terperinci pada pandangan saya,” kata Sam yang berehat selama tiga bulan daripada lakonan sebelum kembali aktif Disember nanti.

Mengenai gandingannya bersama Syafie, Sam mengaku dia agak bernasib baik kerana sudah lama mengenali aktor muda berkenaan. Remaja itu, baginya umpama adiknya sendiri.

"Menarik mengenai Syafie, apabila dia membolehkan saya masuk ke dalam dirinya. Tidak semua pelakon boleh melakukan begitu, yang tentunya memudahkan lagi kita menghayati watak.

"Apabila pelakon gandingan kita bagus, kita sendiri boleh menampilkan lakonan lebih meyakinkan lagi. Ia membolehkan kita mempersembahkan lakonan yang jujur. Syafie dan Sara ialah dua pelakon yang tulus. Mereka membenarkan saya rasa apa yang dilakonkan," puji Sam, yang menganggap Songlap tidak membawa penonton ke alam fantasi seperti kebanyakan filem tempatan.

Secara ringkas, kata jejaka berusia 29 tahun yang sudah pun membintangi lebih sedozen filem ini, Songlap kisah yang jujur memaparkan kehidupan sebahagian masyarakat kita di dunia sebenar.

Berbaloi ditegur

KETIKA menjayakan filem ini, Sara Ali mengaku dia agak tertekan. Bukan kerana ia pengalaman kali pertama berlakon, sebaliknya di antara ketiga-tiga pelakon utamanya, dia paling banyak ditegur oleh pengarah. 

Songlap muncul filem kelima yang dilakonkan selepas Sesuatu Yang Tertinggal (tayangan Januari 2012), Penunggu Istana, Klip 3GP dan Nur Kasih. Dia juga turut membintangi filem Jangan Pandang-Pandang dan Azazil.

"Siapa yang tidak akan berasa tertekan apabila kerap ditegur pengarah. Lebih-lebih lagi apabila saya digandingkan pula dengan Sam dan Syafie, yang sememangnya sudah diketahui ramai bakat mereka. Pada mulanya, saya sendiri terkejut apabila dipilih memegang watak utama bersama mereka, sedangkan ramai lagi pelakon popular lain sama-sama menghadiri uji bakat. Saya pula, belum pun dikenali orang.

"Namun begitu, saya rasa teguran itu memang berbaloi diterima kerana secara peribadi, saya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan. Ia sememangnya sebuah kisah yang bagus dan cukup berbeza," kata Sara.

Dalam filem ini, dia memegang watak gadis remaja bernama Hawa yang dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah. Sebahagian besar kemunculannya dalam filem terbabit tidak memerlukan dirinya menuturkan dialog. Watak Hawa dipaparkan sebagai gadis pendiam.

“Hakikat itulah yang membuatkan karakter ini menjadi lebih sukar. Biarpun tanpa banyak dialog, saya perlu menonjolkan segala tindak balas kepada setiap apa yang berlaku menerusi emosi semata-mata. Dan, setiap babak itu pula mempunyai maknanya tersendiri," cerita Sara, 21, yang mengaku, kini dia tahu berlakon bukanlah kerja yang mudah jika tidak dilakukan dengan ikhlas.

Demi menghayati wataknya yang tidak banyak bercakap itu juga, selama kira-kira sebulan penggambaran berlangsung, Sara lebih suka diam menyendiri.

"Saya menyendiri buka kerana sombong, sebaliknya untuk berada dalam karakter. Saya bertuah kerana kru filem itu pun memahami keadaan saya. Apatah lagi kebanyakan daripada mereka juga perlu membaca skripnya. Jadi mereka tahu kesukaran yang saya hadapi untuk menjayakan watak berkenaan," jelasnya.
Akui wanita muda ini, ada ketika sikap pendiam itu terbawa-bawa hingga ke rumah, menyebabkan ibu bapanya juga memberikan teguran.

"Ketika itu, saya sendiri pun agak risau apabila mungkin juga terbawa-bawa karakter berkenaan hingga ke luar lokasi," katanya sambil menghadiahkan senyuman.

Gabra berlakon di sisi Sam, Normah

WALAUPUN dia dianggap antara bakat muda yang punya bakat semula jadi dalam lakonan, namun Syafie Naswip tidak pernah meninggi diri. Malah, dia mengaku gabra dan risau apabila diamanahkan beraksi di sisi pelakon yang cukup dihormatinya, Sam dan Normah Damanhuri.

Memang dia pernah berlakon bersama lelaki itu dalam telefilem Alahai Cicit Atuk, namun ketika itu tidak banyak babak membabitkan mereka berdua. Kali ini senario cukup berbeza apabila mereka diberikan watak adik-beradik, kedua-duanya pula tunjang cerita.

"Mungkin bersama Sara, perasaan itu tidak timbul kerana kami baru saja berlakon bersama dalam Nur Kasih. Namun bersama Sam, saya gabra kerana dia pelakon yang cukup bagus dan saya amat menghormatinya.

“Lebih-lebih lagi, watak Ad yang saya lakonkan ialah peranan yang amat mencabar. Watak ini banyak bermain dengan emosi dalaman. Justeru, ada masanya, saya tergelincir juga ketika melakonkannya. Bagi mengatasi masalah itu, saya rajin bertanya kepada pengarah, pelakon, malah mana-mana kru yang ada. Saya memerlukan pandangan mereka bagaimana untuk saya menjayakan karakter berkenaan.

"Malah, saya juga ada menonton filem lain, sekadar untuk mendapatkan mood bagi watak yang saya jayakan, termasuk filem The Reader. Saya turut membuat tinjauan di sekitar Chow Kit, untuk melihat sendiri persekitaran yang mempunyai kaitan dengan perkembangan watak saya," katanya yang pernah muncul dalam Mukhsin, Talentime dan Nur Kasih.

Dedah remaja yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak lama lagi ini, berlakon dalam Songlap tidak ubah kejutan budaya buat dirinya.

Bersama arwah Yasmin Ahmad, kata Syafie, dia dikehendaki melahirkan lakonan yang semula jadi, lebih kepada apa yang dirasai pelakon itu sendiri. Kamera pula sering kali dipegunkan di sesuatu sudut.

"Namun dalam filem ini, pengarahnya memang mahukan segala-galanya nampak terperinci. Mereka sangat pentingkan kesempurnaan. Kerana itu saya perlu banyak bertanya. Banyak kali juga saya menerima teguran, namun itulah yang dikatakan proses pembelajaran," katanya yang lebih gemar muncul dalam filem mahupun drama yang membuatkan orang ramai mengingati lakonannya.

Sinopsis:

BERLATARKAN bandar Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah adik-beradik – Am dan Ad yang membabitkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua beradik ini jauh berbeza. Si abang mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, manakala adiknya mengimpikan kehidupan lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula sedar impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya, Razak, akibat dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. 

Apabila adik Razak, Hawa, yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan gadis itu tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang hilang. Tetapi, niat baik Ad untuk menolong menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.







Monday, November 7, 2011

Raya Haji bersama-sama Yong,Mimie dan Udin



kecik meleding je cheq!..hehhee..




saya takda apa2 yang mahu ditulis..sekadar masukkan gambar..

Thursday, November 3, 2011

Misi Hero Malaya terbaharu

Assalamualaikum semua...Kami HeroMalaya mahu mulakan misi membantu Mak Azean..Sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan ke akaun Mak Azean boleh menghulurkannya ke RHB no:16240100009490..Thanks semua...^_^

Kunjungan bersama-sama Adik beradik Hero MaLaya ke rumah Mak Azean


Assalamualaikum,Hari ini tepat 3.30pm saya bergerak dari rumah ke Greenwood sebab nak naik teksi menuju ke Bandar Utama..teksi memang susah nak dapat..tambah-tambah waktu hujan masa tuh....selepas 10 minit menunggu baru saya dapat teksi...sampai dekat Bandar Utama tepat 4.30 akibat kesesakan lalu lintas...Setibanya saya ke rumah Mak Yan..hati saya rasa gembira + sedih...gembira sebab dah lama tak berjumpa dan sedih akibat melihat keadaannya yang tidak boleh berjalan dan hanya berbaring di atas katil yang disediakan sambil dirawat 2 orang nurse...masa saya sampai,keadaan rumah begitu lengang kerana mereka yang lain sedang berkumpul di bahagian atas iaitu dalam bilik mak yan..Bila saya masuk bilik mak yan,mak yan menyapa saya dari jauh.."Eh,Hello..Anak mak!..."..saya terus menuju ke arahnya dan bersalam dengannya..kemudian baru diikuti dengan yang lain..Ketabahan mak yan begitu terserlah di wajahnya..walaupun ditimpa pelbagai episod duka dalam kehidupannya namun beliau masih kuat mengharungi kehidupannya dengan tabah..Beliau tidak henti memberikan senyuman dan tawa riang pada kami yang melawat..Saya diam sahaja..tidak mampu saya berkata walaupun sepatah...Hati saya begitu sedih sekali...saya hanya mempu ketawa tatkala Uncle Aznil membuat lawak...Mak yan turut berpesan pada kami semua agar sentiasa mendoakannya dan jangan bersedih terhadap perkara yang menimpanya...Selepas beberapa minit kami di atas,kami semua turun di bawah untuk bincang strategi untuk membantu Mak Yan sambil ditemuramah oleh pihak media yang hadir...Saya sangat terharu jadi saya terpaksa mengasingkan diri daripada yang lain..saya menuju ke suatu sudut yakni memberi inspirasi kepada saya iaitu tempat penyimpanan anugerah-anugerah yang pernah dimilikinya..Anugerah-anugerah tersebut disimpan di dalam sebuah almari cermin..Anugerah yang dimilikinya bukan calang-calang anugerah dan beliau mampu "maintain" sehingga kini....Terdetik dihati saya "Dimanakah harga atau ganjaran disebalik pencapaian yang dimilikinya ini???...Apakah kegunaan anugerah-anugerah tersebut jika akhirnya hidup tidak kemana??..Dulu kita disanjung namun kini dimanakah penghormatan dan penghargaan ini??..Dulu orang menantikan saat kemunculan kita di Kaca Tv atau Layar Perak tetapi kini dimana orang-orang ini??..Kita membesar dengan filem-filemnya,drama-dramanya serta lagu-lagunya...Beliau mencurahkan idea,ilham,inspirasi terhadap kita terutama generasi yang pernah membesar dengan lakonannya..lakonannya bukan sahaja memberi hiburan terhadap masyarakat dan industri tempatan namun turut menyedarkan masyarakat...Dengan lakonan kita sebagai manusia dapat mengenali manusia yang lain secara lebih dekat...namun apa manfaat yang diperoleh beliau pada waktu ini???..Mungkin ini sememangnya nasib anak seni apabila mereka sudah tidak bermaya dan tua maka mereka ditinggalkan dan dilupakan.Soal bayaran "ShooTing" juga tidak lagi dipentingkan oleh pihak tertentu...Entahlah....mungkinkah saya terlalu emosinal pada waktu ini...namun hati saya terlalu menyayanginya..saya mengenalinya melalui Talentime dan perjalanan kisahnya hampir serupa dengan peristiwa hari ini..saya cuma mahukan dia sihat dan meneruskan kehidupan seperti biasa....saya sangat respect dengan Uncle Aznil sebab berjaya membuka mata sebahagian masyarakat dengan menubuhkan sebuah pasukan yang bersatu ibarat adik beradik yang digelar HERO MALAYA..gabungan 22 artis-artis lelaki yang terdiri daripada :-
SHAHEIZY SAM,
ZOEY RAHMAN,
AZNIL NAWAWI,
FAZLEY YAAKOB,
ERRY PUTRA,
FARISH AZIZ,
CAT FARISH,
KAMAL ADLI,
SYAFIE NASWIP,
IQRAM DINZLY,
ADI FASHLA,
ZAHID AF2,
ZAHIRIL ADZIM,
ALEEP SATAR,
ALTIMET,
BOB KUMAN,
NAS-T,
FIZO OMAR,
IMRAN AJMAIN,
MAULANA AF8,
RIZ AINUDDIN 
& ZIZAN RAJA LAWAK
 berjaya membawa nama Hero Malaya sehingga kini ...Alhamdulillah...Walaupun usaha ini kecil namun hasilnya berbaloi dan pertubuhan ini untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan...Saya selaku golongan muda dan ahli HM memohon kerjasama dan pertolongan anda semua...saya benar-benar mengharapkan pertolongan anda dalam membantu golongan-golongan ini kerana siapa lagi yang akan membantu mereka jikalau bukan kita..Ayuhlah kita lakukan atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang terhadap manusia..Semoga Allah sahaja yang dapat membalas setiap kebaikan yang anda lakukan...saya mengharapkan usaha ini tidak berhenti disini sahaja...saya sangat berbesar hati andainya golongan-golongan korporat sanggup memberi sumbangan kepada mak azean...


Saat-saat bergambar bersama-sama mak azean

Saya rasa seronok melihat bilik mak azean...walaupun mak yan sakit namun beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca Quran dan pelbagai jenis bacaan lain...


Apabila kami semua mahu berangkat pulang..hati saya makin terasa sedih untuk meninggalkan mak yan..semua group HM sudah bersalam..saya orang terakhir yang bersalam dengannya..Saya betul-betul tidak dapat menahan tangisan dihati lalu bercucuranlah air mata jatuh kebumi...saya terus memeluk mak yan dan berbisik di telinganya.."Mak,hafiz harap mak tidak tinggalkan hafiz..hafiz pernah kehilangan cik min dan hafiz harap mak kuat menempuh semua ini"..Mak yan cuma cakap "Hafiz doakan mak k,jangan nangis-nangis k"..after that baru saya boleh tenangkan fikiran..saya berharap sangat mak yan dapat berjalan seperti dulu dan meneruskan kehidupannya seperti dulu...amin-amin yang rabbal al amin...saya juga berharap sumbangan orang ramai dapat meringankan bebanan yang dihadapi oleh mak yan...mungkin ada orang yang akan berkata"Takkan primadona takda duit"?..jawapan saya ringkas sahaja iaitu "nasib kita berbeza-beza dan rezeki yang kita terima juga berbeza-beza...mungkin hari ini nasib mak yan..esok lusa kita tidak tahu nasib kita bagaimana pula...selepas selesai melawat...kami pulang ke rumah...

With my dad-uncle aznil^_^..

Baiklah semua..saya minta maaf kalau andainya penulisan saya malam ini kurang menyenangkan dan mengguris hati mana-mana pihak..ampun maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki...terima kasih atas sokongan anda semua..marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat Mak Yan...amin2..thanks guys...assalamualaikummmmzzz...

Wednesday, November 2, 2011

SambaL BeLacan


Assalamualaikum..semalam saya memang sangat2 kempunan nak makan sambal belacan..last saya makan pun masa bulan puasa kalau tak silap..asalnya tak terfikir pun nak makan...tp bila bukak fb tiba-tiba nampak status abg samad yang dia tengah makan lemping dengan kuah ikan sardin..terus saya rasa macam nak makan roti mengali cicah dengan sambal belacan cili api..hehehe...tp semalam saya tak dapat menikmati seperti yang diingini kerana ayah saya lupa nak beli roti mengali..lepas tuh,duk asyik kempunan saya pun ambil cili api..dan letak bahan2 yang sepatutnya utk diblend..sepatutnya saya boleh je tumbuk..tp bila tanya mak mana batu lesung..mak cakap batu lesung hilang...aduyai..jadi terpaksa pakai pengisar...yang penting saya lupa nak masukkan belacan..saya terus blend je cili2 tuh tanpa memasukkan belacan..hehehe...nampak sangat laparnya..hehe..bila makan saya tak rasa apa2..tp saya tak mengalah..balik school tadi saya terus pergi rumah makdak untuk pinjam batu lesung...hehehe...bila dah siap tuh...baru rasa kepuasannya..sangat sedap..hilang kempunan...sampai menangis terketar2 bibir saya..hahaha...