Wednesday, August 29, 2012

Sesi Bergambar Dua Adik Beradik Ting-Tong



Assalamualaikum...semalam before tidur saya cadangkan kat pawie
"wei,jom esok kita ambil gambar baru..dah lama kita tak ambik gambar baru"..
jawab pawie"boleh jer"
dalam hati aduhai...budak ni nak ker??
sebab si pawie ni bukan suka bergambar sangat..kadang2 dia main2 je..hehee
so bila dia betul2 nak..kira okayla kan..
lepas tuh siap2...dan ambil gambar...
buat ala2 style lama...
enjoy..








Me






maaf senyuman semenjak raya memang lebar sikit..hahahaha..makan je kerja den..hehhee:)











PAWIE















Tuesday, August 28, 2012

Yasmin How You Know??



Salam guys!..Jangan lupa mendapatkan buku ini di semua kedai buku kecuali popular..
(itu yang diberitahu kepada saya la)..anyway,buku ini mengandungi pesan2,puisi and 2 latest script commercial yang tidak sempat divisualkan...Kepada mereka yang belum mengenali arwah atau susah menerima arwah,buku ini mungkin boleh membuat anda lebih dekat di hati...insyallah..

Bersara?

Hai Assalamulaikum...
Saya memulakan langkah sebagai seorang pelakon melalui filem MUKHSIN..saya amat menghargai bantuan dan pertolongan beliau membawa saya mengenali dunia seni ini..even dalam setiap detik beliau sentiasa di pintu hati saya..banyak saya belajar daripada beliau..sikap jujur beliau,cara bekerja dengan beliau,cara menghargai orang..cara mentaati ibu bapa,cara memberi nasihat tanpa perlu menengking,cara membawa diri walaupun dihina dan dicaci...saya selesa berada dalam lindungannya..Beliau umpama ibu..walaupun bukan lahir daripada rahimnya namun kasih sayang antara kami persis ibu dan anak...i mean ia bukan sebuah movie tetapi realiti...Saat anda memandang mata dan raut wajahnya,anda akan berasa tenang...saya bukanlah anak yang begitu baik tetapi saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak...tetapi semenjak mengenali beliau,saya hargai masa2 bersama-sama ibu bapa saya..saya cuba menjadi pelengkap dan penyeri dalam keluarga..saya anak tunggal yang tidak punya apa-apa jadi saya mengharapkan seseorang sebagai references saya...Allah memberinya kepada saya iaitu YASMIN...tetapi proses perkenalan itu tidak terlalu lama namun itulah masa yang paling berkualiti.."Ia ibarat anda menyelam ke dasar laut mencari mutiara,dan apabila anda mendapatkannya,anda berasa tersenyum dengan puasnya..Anda memeluk mutiara itu dengan erat dan kembali menyelam ke atas...masa-masa berkualiti anda tatkala anda berada di dasar laut sahaja sesudah itu anda perlu menyerahkan mutiara itu kepada pihak2 tertentu untuk dijadikan bahan jualan dan sebagainya...kini anda perlu kembali ke laut dan mencari mutiara itu sekali lagi tetapi anda tidak menjumpainya lagi"....How Meyh?..hehee...banyak pesanan dan tunjuk ajar arwah beri pada saya...mungkin jika mengikut secara purata saya banyak belajar dari dalam hati berbanding fizikal...saya mula memahami orang melalui hati...kita tidak perlu melafazkan "aku sayang engkau" tetapi melalui mata dan hati kita mampu merasai kasih sayang itu...saya sudah dididik oleh arwah sebegitu...Adakalanya "I love U" perlu tetapi jika kita merasakannya maka ia betul jika kita tidak merasakannya maka biarkan sahaja...saya pun selalu said"I love U to everybody tetapi utk orang yang kita sayang..I love U tu berbeza rasanya...it's hard to say..hanya hati kita mampu berkata...
Saya sudah bergiat aktif dalam industri sejak umur 14 tahun dan kini saya berusia 20 tahun...mungkin bagi orang lain ia masa yang singkat namun bagi saya ia masa yang sangat lama dan penuh cabaran...saya tidak mahu berlakon dalam jangka masa yang terlalu lama kerana saya tidak boleh mengharapkan bidang lakonan sebagai kerjaya seumur hidup...Meskipun saya rasa saya boleh melakonkan pelbagai watak namun peluang itu mungkin tipis..dan kerjaya lakonan saya mungkin bakal berakhir apabila saya kekeringan sumber inspiasi..

Persiapan Raya 2012??? OMG! :D

Assalamualaikum...semenjak besar,terus terang saya katakan feel raya tu mulai pudar...mungkin sebab zaman kegemilangan saya tu sudah tamat..kalau dulu yang buat excited nak raya sebab dapat duit raya banyak2....hehehe...terus masuk bank but now tugas saya lah pulak memberi pada generasi muda..hehee..saya pun muda lagi..baru masuk 20 tahun dis year..hehehe..:D

Bercerita soal raya,pastinya segalanya diambil kira dan segala-galanya serba tidak kena..Maklumlah,masa bulan puasa,kita sibuk prepare utk waktu berbuka dan masa tu juga kena kemas rumah,membeli barang,dan lain2..jadi semuanya harus dilakukan bersama-sama...yang paling sukar dan menjadi cabaran buat saya dan pawie tentunya MAK saya...hehee..


hahaha..cabarannya bukan apa..mungkin citarasa mak saya berbeza dengan citarasa kami berdua...hahaa..ada saja yang tidak kena...tetapi nak tak nak terpaksa lah ikut walaupun kadang2 kami rasa barang tu patut dialihkan kat sini...langsir sepatutnya warna ini dan menu mungkin macam ni....tetapi mak tetap dengan pendiriannya...jadi walaupun ada perkara yang tidak setuju,kami akur jela asalkan dia tersenyum...mmm...

Dari segi warna atau tema raya tahun ni kami memilih warna hijau....sebenarnya itu semua berlaku secara kebetulan...Apabila ayah memutuskan memilih warna hijau..dan bila kami memilih barang2..hampir kesemuanya berwarna hijau...termasuk dengan lampu dan ketupat2 hiasan..hehee...saya sukakan kesederhanaan...utk raya sebelum ini saya tidak terlalu memikirkannya kerana saya masih budak..dan tidak tahu cara untuk melakukannya sendiri..hehee...kalau boleh saya teringin nak bakar lemang sendiri,masak rendang dalam kuali besar,budak2 bising dan riuh bermain bunga api or mercun,lampu2 dipasang,pelita dihidupkan di sepanjang jalan,ada ucapan hari raya,saling tolong menolong,ada lagu raya di malam raya,dan sanak saudara berkumpul..itu memang menjadi kegilaan saya...tetapi selama saya hidup saya tak pernah dapat lagi..saya teringin suasana ala2 kampung la..itu je yang tidak ada di KL..masing2 buat hal masing2...persefahaman dan sikap memeriahkan tu takda langsung..kawasan rumah saya ni pun memang sunyi walaupun raya..cuma rumah saya je yang terang benderang....tu yang saya rasa mood raya macam takda...tetapi apa boleh buat..takpalah nanti saya dah ada zuriat..saya polish diorg utk buat benda2 mcm tu...biar meriah!...hehehe...

Dari segi baju saya hanya ada dua pasang sahaja iaitu putih dan ungu...


thanks sgt2 kepada abg samad salleh sebab hadiahkan baju putih satin yang sangat cantik..dah macam baju pengantin...hehehe
Pada malam2 ramadhan,kami menjelajah ke Jalan Tar utk membeli barangan seperti samping,butang,songkok,barang2 ayah dan barang2 dapur...segalanya dilakukan last minute tetapi berbaloi..mujur kawan2 pun ada bantu..mereka pun ikut sekali..thanks nami,idris,maman,danial,azril,ali dan lain2..

Kebetulan kawan saya Syerina berniaga di Jln Tar..saya terus membeli baju melayu di kedainya..jahitannya pun okay..Syerina ni sama batch saya masa f6 dulu..hehee

Saya ingatkan nak masak rendang 4 this year,tetapi sekali lagi saya terpaksa mengalah sebab mak kata dia nak masak..heheee...Tetapi part yang paling suka tentunya bila mop rumah..letak sabun banyak2..hahahaha..
Alhamdulillah,rezeki utk raya tahun ni sangat murah...daripada yang tiada,Allah beri..daripada ada Allah tambahkan...Alhamdulillah...thanks Allah..syukur alhamdulillah..

Pada malam raya,sesudah berbuka..saya pergi mandi..on the way mandi saya digigit oleh semut api..habis bengkak satu badan..kena gigit di kaki tetapi bengkak satu badan..saya pun tanpa membuang masa terus ke klinik..mmmm..time-time raya jugak penyakit nak datang ye dok?hehe...tp itu sebagai pengajaran buat saya jangan excited sangat nak raya..eheee..
doktor memberi suntikan di punggung dan ubat2..doktor juga menasihatkan saya supaya tidak makan rendang ayam atau any seafood pada 1 syawal...nak tak nak saya terpaksa berpantang..hehee..

Pada keesokannya,kami menziarah kubur arwah atuk dan nenek di Danau Kota..
saat membela misai..jejeeee



me,fatin,azwin.cikla and hajar



makcik2ku.

pakcik2 ku

sepupu2..sebenarnya ramai lagi..tetapi kebanyakkan balik kg:)

paklang


paksu and maksu

hajar

nadira and fatihah

bahim

cikla

angah and anip



bersama sepupu2:)