Wednesday, April 20, 2011

Pertemuan yang menyedihkan....

Assalamualaikum....
Gambar di bawah ini merupakan gambar bagi setiap scene dalam filem "MUKHSIN" sekarang...saya agak terkejut dengan apa yang saya lihat...dulu kawasan di KuaLa SeLangor kelihatan sungguh cantik dan suasana nya begitu aman dan damai namun kini keadaannya sunyi sepi.....Jika anda menonton Filem MUKHSIN,tentu anda akan terasa akan perubahan ini...agak menyedihkan apabila tempat ini menjadi kegemaran bagi Yasmin....Dulu kami ketawa bersama beramai-ramai tetapi kini kenangan ini hanya tinggal satu sejarah...

ayuh saksikan!..hehehe

Keadaan rumah orked sekarang....
  Ini jalan yang saya dan yana naik basikal bersama-sama....
Restoran Hamzah merupakan restoran mamak kegemaran yasmin....
hihi...Kalau anda masih ingat,sungai ini ada dalam scene yang saya dengan orked bercerita mengenai "Baju Yang Disangkut"??....dulu paras sungai ini tinggi tetapi sekarang separuh daripadanya...
Ini tangga yang saya dan orked naik:)))...
Lebuhraya ini digunakan dalam scene nak buang BUJANG(kucing)..
Ini utk scene Galah Panjang..                     .
Lakonan Semula bersama Roza..hhihii..Once upon a Time....:)))
Rumah Mukhsin
Tentu anda semua masih ingat dengan pokok ini...hehehe
Rumah AYU yang bermulut Laser..hehehehe
    Ini tempat kami menginap sepanjang berlakon mukhsin..setiap petang kami beramai-ramai akan mandi swimming pool...sangat seronok..haha..

Setelah beberapa tahun,segalanya berubah sekelip mata..semasa saya sampai Di KuaLa SeLangor bersama Ibu RosiLawati,Pawie,Roza dan SyahriL Imran..Hati saya sangat tersentuh apabila melihat semua ini dah berubah..masa tu saya hanya teringatkan Arwah YasMin sahaja dan segala kenangan yang telah kami lalui bersama-sama dahulu...Namun saya perlu akur dengan semua ini dan saya masih bertuah kerana Ibu Ros sudi membawa saya ke Kuala Selangor setelah 3 tahun tidak menjejakan kaki ke sana...Tujuan utama Ibu Ros ke sana kerana ingin mengimbas masa-masa lampau beliau di situ..kekadang saya berfikir jugak..mengapa setelah pemergian arwah,segalanya berubah namun saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya...walaupun saya tidak pasti apa hikmahnya namun saya akan terus menunggu..selepas kami melawat kawasan2 ini kami pergi bergambar di tempat lain...

       Hello Buddy..What's Up Man1..hehehee...sebenarnya takut jugak nak pegang dia tetapi sebab nak ambil gambar punya pasal...hehe...
                      Dengan ibu dekat sekolah lama beliau....
"Makan Time"...sabar2 eh adik2 nyet..abg belikan pisang ni...heheheh

                                           Me and Roza...
                                      Me,Pawie and Adik Imran
                                                          Makan kat kedai tepi pantai..hehehe..
ni sengal time sebelum balik..hehehehe....
oklah...assalamualaikum semua..diharapkan semuanya sihat2 belaka..:))



Tuesday, April 19, 2011

NkTm PhotoShoot:)

Assalamualaikum kepada semua yang masih membaca kisah di ruangan saya ini...saya dah agak lama tak meng'update' blog...huhuhuhu..semalam saya tidak dapat hadir ke sekolah sebab ada photoshoot utk filem Nur Kasih The Movie.....lokasi di Sri Pentas TV3....saya bertolak jam 8.30 am dengan menaiki motorsikal..agak takut jugak la sebab saya dah lama tidak buat photoshoot....hehehe....photoshoot sendiri adalah...antara artis yang terlibat ialah Abg Remy Ishak,Abg Fizz Fairuz,Kak Tiz Zaqyah,Abg Munir,Kak Sara Ali dan seperti biasa saya mesti menjadi yang bongsu paling muda..hehehee..perasan pulak.haha..gurau je..Setibanya saya di perkarangan Sri Pentas Tv3,sudah jam 9.16 am..apalagi takut la saya sebab ingatkan dah lambat...sebab 'calltime'nya pukul 9.00 am...jadi saya pun bergegas masuk ke dalam dan mencari pelakon2 lain...tetapi seorang pun saya tak nampak...saya cuba menghubungi pihak yang terbabit namun seorang pun tidak berangkat..so baru saya teringat abg fizz fairuz,so saya call dia..then dia cakap dia ada dekat kafeteria..so saya pun gerak kat kafeteria..lepas dah lepak temankan abg fizz dengan P.A dia makan..saya dapat mesej pergi tingkat 3 untuk make up...so saya bagitahu abg fizz "saya pergi atas dulu"..saya masuk lif dan tekan 3..ada yang tekan 1 dan ada yang tekan 2....lepas beberapa minit pintu lif terbuka dan saya pun keluar dengan membawa baju2 utk photoshoot nanti...saya masuk kat kawasan GB...bila masuk saya agak terkejut sebab kawasan tu dah direnovate dan semakin luas.....lepas tu saya call akk yang menguruskan photoshoot ni then dia cakap tunggu kat situ atau cari bilik mesyuarat yang berkerusi hijau...saya tengok takda satu pun ruang mesyuarat yang berkerusi hijau..semua kerusi merah dan semua pekerja kat situ memandang saya dengan agak aneh...saya buat bodoh je la..sambil memegang baju2..dah dekat 5 minit saya menunggu saya call make up artis..dia cakap cari bilik mesyuarat yang ada kerusi hijau..saya agak pelik tetapi saya pun teruskan mencari bilik mesyuarat di tingkat itu..lepas tu saya tanya dengan salah seorang pekerja disitu...dia cakap "dekat tingkat 3 la dikk.."..saya pun cakap"ni bukan tingkat 3 eh???..dia cakap"ni tingkat 1 dik"...masa tu malu jo muka den..hahaha..padanlah tengok lain macam jo r tempatnya..hihihihi...lepas tu saya naik ke tingkat 3...so baru dapat jumpa dengan pelakon2 lain..hihihi....lepas make up,kitorang ke bilik photoshoot..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...huhu..ni antara gambar2 kami..
























































































































Wednesday, April 6, 2011

Keunikan Sara ALi

Hai Assalamualaikum semua..maaf dah lama sepi tanpa sebarang berita...baiklah hari ni saya nak cerita sedikit mengenai Kak Sara..


Saya mengenali beliau ketika menjalani Shooting Nur Kasih The Movie and diikuti SongLap The Movie....dalam Nur Kasih The Movie beliau memegang watak sebagai teman wanita saya...manakala dalam SongLap beliau menjadi kawan saya:))


Dalam masa singkat saya sudah berlakon 2 x dengan beliau..kalau nak diikutkan saya akan menjalani Drama Bersiri Juvana dengan beliau tahun lepas selepas SongLap namun proses pembikinan yang terlalu lama membuatkan saya membatalkan hasrat untuk mengambil watak terbabit...saya tidak membaca lagi skripnya namun berdasarkan penerangan daripada orang dalam..watak saya merupakan seorang budak naif yang membunuh ibunya dengan tidak sengaja dan telah dihantar ke sekolah pelajar bermasalah...dan bermula dari situ,sifatnya mula berubah menjadi semakin agresif....dan semakin otai katanya.hihi..saya nak sangat watak ni namun mungkin takde rezeki..redha jela..hahaha...


Pertama kali berlakon dengan Kak Sara saya dapat rasakan keunikan yang ada padanya...setiap shot,pergerakan,dialog dan reaksi mukanya sangat profesional....segalanya sangat cantik dan cool...saya tidak pernah lagi nampak dia berlakon namun dari segi penghayatan,beliau sangat bagus....bekerja dengan beliau memberi saya semangat baru untuk membuat lebih baik dalam lakonan...saya shoot nur kasih pun selama 3 hari sahaja..akibat faktor sekolah jadi saya ditawarkan watak undangan iaitu sebagai jamal tetapi watak ini sangat mencabar bagi saya manakala kak sara memegang watak juriah....beliau berusia 20 tahun dan telah membintangi 5 filem dalam 1 tahun...bagi saya ia suatu pencapaian yang membanggakan....











                                                         ( Time Rehearsal Filem SongLap)
persamaan beliau dengan diri saya yang saya dapat takrifkan ialah sikap beliau yang agak "gila-gila" seperti saya jadi proses "kenal-kenal" tu takdalah mengambil masa yang terlalu lama..keserasian diantara kami cepat tangkap walaupun saya tidak pernah bekerjasama dengannya..selain tu,beliau sangat suka bergambar dan setiap gambar-gambar yang diambilnya sangat perfect,cantik dan tenang....saya sukakan karisma yang ada padanya....walaupun dia baru namun saya yakin beliau boleh pergi jauh dalam bidang lakonan...Apabila di lokasi,kami sentiasa berbincang dan saling bertukar idea mengenai watak...Selepas Nur Kasih The Movie,saya bekerjasama dengannya lagi dalam SongLap..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan penghayatannya pun nyata lebih mendalam...Bila masuk songlap,saya agak "down"..saya risau tidak dapat melakukan yang terbaik namun dengan sokongan Director,Abg Shaheizy Sam,Kak Sara dan krew2..saya telah ok...Alhamdulillah.....saya pernah cakap dengan kak sara yang wajahnya mahal....Dia hanya tersenyum...huhu...Alhamduillah walaupun selepas habis songlap..hubungan kami semua termasuk abg sam dan kak sara macam adik beradik..:)))......








sekian terima kasih....nite:))

Friday, April 1, 2011

Asal Usul nama "AYIE".....

Hai Assalamualaikum semua...hari ni saya nak kongsikan dengan anda berkaitan dengan nama saya iaitu Ayie....nama ayie ni sudah menjadi separuh daripada hidup saya sekarang ni...sebenarnya masa saya kecik dulu orang memanggil saya P.E....dan bila dah start shoot mukhsin kebanyakan orang memanggil saya mukhsin...sekarang lebih kepada AYIE...saya tak tahu nama apa pulak selepas ni yang akan melekat pada saya...hihihi....baiklah nama ayie tu abg angkat saya yang bagi masa saya form 3....nama dia Aman...saya tak ingat Full Name dia..HAHAHA...saya panggil dia abg aman je...masa tu saya F3 dan dia dalam 19 mcm tu la....saya mengenali beliau daripada kawan baik saya iaitu Raif yang saya ceritakan dalam entry N70 yang lalu..raif ni pun adik angkat dia jugak...diorang kenal sebab satu sekolah iaitu di MaxweLL....pada mulanya saya tidak memikirkan nak jadi adik angkat dia sebab bagi saya semua tu hanya buang masa...suatu hari tu,saya lepak dengan kawan baik saya lagi seorang ni,namanya Azmandi kat rumah si raif....tetapi si raif takda pulak..hahhaa...so kitorang lepak je la rumah dia sambil tunggu si raif balik...beberapa minit kemudian,si raif balik rumah membonceng motor abg angkatnya....masa tu saya senyum je la kat abg angkat dia sebab tak kenal...lepas tu dia balik.....keesokkannya bila saya lepak rumah raif lagi,si raif cakap abg angkat dia nak jadikan saya adik angkat dia itupun kalau saya sudi...pada mulanya macam malas nak berangkat-angkat ni sebab lebih selesa kalau kawan biasa je...lepas tu si raif mesej abg angkat dia suruh kol balik no dia.....lepas tu dia terus bagi saya hp dia...nak tak nak kenalah cakap jugak...dalam tengah cakap2 tu,dia tanya "setuju ke tak jadi adik angkat dia"??..saya cakap "tak kisah tetapi saya ni agak pemalu"....so dia cakap "takpe.....siapa nama eh"?..saya cakap "syafie tp orang selalu panggil P.E atau mukhsin"....dia kata nama p.e xberapa sesuai untuk saya...dan dia akan cari nama yang sesuai yang dia nak panggil saya....so malamnya dia kol balik hp saya dan dia nak panggil nama ayie...saya ok je tetapi macam agak pelik la nama ayie tu dengan saya tetapi bila dah lama gunakan nama tu dah jadi biasa..sekarang nama p.e tu hanya keluarga dan kawan2 lama sahaja yang masih panggil..kalau kawan2 baru tu tak tahu siapa itu p.e....huhu...kadang2 menimbulkan kekeliruan di antara kawan2 saya...bila yang lama jumpa yang baru diorang tanya"mana p.e"??dan semua kata takda..bila sebut ayie baru diorang kenal..huhu...alahai..huhu....walau bagaimanapun,semenjak saya masuk F5 saya tak nampak lagi abg man...sehingga sekarang...kiranya lost contact..saya pun tak tahu dia buat apa sekarang..moga dia sihat sentiasa..:)