Friday, June 24, 2011

Asia Pacific Film Festival 2009/2010

Assalamualaikum semua..hari ni saya nak update mengenai pengalaman saya bersama-sama delegasi perfileman Malaysia ketika berada di ASIA FASIFIK TAIWAN FILM FESTIVAL 2009/2010...HAHAA...Saya terpaksa SLASHkan 2009 dan 2010 tu sebab saya pasti filem yang menang tu khusus utk tahun 2009 atau 2010...hehee....



Baiklah,saya berada di Taiwan selama 5 hari bersama-sama orang kuat Tv3,Wartawan,para pelakon dan beberapa orang belakang tabir antaranya Uncle Ahmad Puad Onah, Kak Gayatri Surin Pillai, Uncle Afdlin Shauki, Uncle Hans Isaac, Kak Liyana Jasmay, Mahesh,Kak Mas Muharni dan lain2...

Kali ini seperti biasa saya perlu terbang dengan FLIGHT utk kesana...hahaa..namun saya cuba utk mengawal diri daripada menjerit dalam FLIGHT sepertimana yang pernah saya lakukan ketika saya hendak ke Jepun..hehehee..


Macam biasa saya berdoa dalam hati agar selamat sampai dan mengucap berulang kali...hehee...

Film Festival ini dijalankan selepas beberapa bulan arwah meninggal dunia...Ini suatu permulaan pada diri saya...

Alhamdulillah kami semua sampai disana dengan selamat..kalau disana saya hanya rapat dengan mahesh,kak liyana dan kak muharni serta 2 orang wartawan....hahaa..ketika sampai disana,kami ditempatkan di sebuah Hotel yang sangat cantik yang diuruskan oleh dua gadis cina daripada Malaysia yang sedang praktikal disana..hehee..mula-mula saya sangkakan gadis taiwan yang boleh cakap melayu rupanya memang orang Malaysia laaa....heee..kecik je orangnya...saya xingat pulak nama diorang...tapi mereka la yang menjaga kami semua...heheee...
ini la mike..hehee...

inilah hotel kami...kelihatan daripada luar macam hotel lama je kan tetapi bila masuk,,perghh memang tak terkata..cantik wok!..tidur memang tak mau bangun dah...heheheee...

ni bilik yang disediakan..cantik kan!....^_^

Ketika tiba di hotel,kami diberi pass dan kami perlu memakainya setiap kali kami keluar....
lepas tu,masa utk makan malam laa...Alhamdulillah hotel ni masih menyediakan nasi walaupun jarang ada...makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka tetapi ada sesetengah makanan saya tak berani nak usik walaupun  terliur jugak melihatnya..hehehee..so lepas makan dan shoru..masa utk tidur la...hehehe..bila masuk bilik,memang tak leh nak kata apa-apa..tergamam je sebab biliknya bukan sahaja luas tetapi sangat cantik....hehee...dapat pulak saya kongker bilik tu sorang2,alahai terus zip mulut wok!..hehehee...

Keesokkannya saya bangun dalam pukul 6 am,wah macam tak percaya pulak saya boleh bangun sendiri..hehee..saya ni jenis yang susah nak bangun awal..kiranya kalau saya bangun awal tuh tandanya Abu bin Ajaib la tuh..hehehe...so lepas bangun tuh,saya try la bukak tingkap bilik...alamak!keadaan memang dah cerah macam pukul 7.30 am....haha...so lepas siap mandi dan sebagainya saya pergi ketuk pintu bilik mahesh,ajak dia pergi turun breakfast..bosan pulak sorang2 pergi breakfast...dia pun baru bangun..hahaha...kitorang pergi makan...kiranya kitorang orang paling awal makan la..hehee...saya hanya makan tomato,sayur dan mayonis je...xtw nak makan apa...lepas makan,kitorang try keluar jap daripada hotel tuh..kabus jangan cakap la memang tebal...sejuk gila...sampai pukul 8 am kitorang masuk hotel dan kembali ke bilik masing2...memang tak tahu nak buat apa...saya agak bosan jugak la sebenarnya..mm saya pun bukak tv..entah rancangan apa yang saya tengok saya tak pasti...saya duk tukar je channel ke channel yang lain..tiba2 sampai satu channel tu saya tak tekan dah..channel tuh ala2 macam akademi fantasia tetapi version yang lebih kelakar...channel tuh tidak lah memfokuskan kepada vokal peserta atau kebolehan peserta di atas pentas tetapi lebih menonjolkan keakraban para pesertanya dalam membuat lawak,bermain game yang telah disediakan...memang happening la..kalau tengok sorang2 tuh boleh tergelak sorang2 la...hahaa...

So bila dah habis rancangan tuh,saya pun tidur...hari pertama memang membosankan..saya tak tahu nak buat apa..hahaha..takda sebarang aktiviti..jadi saya hanya terperap dalam bilik je la..kalau bosan saya singgah bilik mahesh untuk on9...hehehe...

Pada malamnya,kami semua pergi makan dekat sebuah hotel dengan berpakaian formal...


jeng-jeng-jeng-jeng..pasukan power ranger dah siap nak penuhkan perut..hehee...

Mahesh


Sepanjang saya disana,saya hanya mengambil gambar kak liyana dan kak mas sahaja..hahaa...saya memang sukakan kamera dan saya suka mengambil gambar...haha..tambahan pulak,kak liyana dan kak mas agak gila2 dan toing sikit orangnya jadi kami cepat mesra..kalau anda semua nak tahu,inilah pertama kali saya berjumpa dengan kak liyana dan kak mas setelah 4 tahun bergiat aktif dalam dunia hiburan....saya sangat sukakan lakonan kak liyana jasmay dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat berlakon dengannya...(^_^")

Lihatlah kecomelan pasangan ini..hehehe...



Syafie Naswip,Mas Muharni,Liyana Jasmay dan Mahesh Jugal Kishor


Hari berikutnya barulah kami semua keluar jalan-jalan..hehee...kami pergi kemana tah menaiki bas yang telah disediakan....kami pergi melawat tempat2 di sekitar bandar...




haha..kak liyana,sabar erk..nanti kita balik Malaysia k..hehehe


Ini antara tempat menarik yang menjadi kunjungan kami semua...

saya bersama-sama wartawan yang sangat sporting Abg Latiff dan kak mas

ketika ingin beredar,makcik ini menarik tangan saya dan menyuruh saya mencuba menilik nasib...hehe...


me and kak mas..
Selepas selesai melawat,kami ke bandar untuk makan tengahari..kami singgah ke satu restoran ni untuk makan tengahari namun nasib kami kurang baik sebab restoran itu menyediakan babi sebagai hidangannya...nak tak nak kami semua terpaksa berjalan kaki mencari kedai yang halal...Apabila selesai makan,kami diberi dua pilihan samada ingin meneruskan perjalanan atau mahu berehat di hotel...saya,mahesh dan lain2 memutuskan untuk balik ke hotel manakala yang lain meneruskan perjalanan..hehee..

Apabila tiba malam hari,kitorang bersiap untuk makan malam...


yang menariknya pada malam ini kami bukan sahaja dihidangkan makan malam yang sedap2 namun turut dihidangkan dengan persembahan penyanyi2 korea yang sangat berbakat..hehe..k'pop ada,semua ada..hehee...saya ni pantang bila nampak orang menari2 ni..hehee...sambil makan hidangan seafood tuh,kaki saya sedikit demi sedikit bergetar mengikut rentak..hehee...mula-mula saya agak malu nak menari...tetapi bila mahesh,kak liyana jasmay dan uncle hans dah start...tak boleh tahan daa...saya pun join sekaki...hehee..tiba-tiba penyanyi2 tuh turun daripada pentas dan menuju ke arah kami dan menari sekali dengan kami..haha...masing2 mencipta tarian yang tersendiri walaupun tarian tu hancur namun masing2 tetap bersemangat..hahahaa...Tiba-tiba kak gayatri cakap dekat saya"lepas ni kalau i buat filem ala-ala menari i suggest nama u k"..saya hanya tersenyum je sebab tarian apa saya menari saya tak tahu..haha..bantai je..hehehe..


haha..gambar selepas penat menari...:))hehehe..lupa nak cakap...baju yang saya pakai ni serupa dengan baju mahesh..masa kami nak turun ke lobby tetiba mahesh pun pakai baju yang sama cuma warna baju dia warna hitam...lepas tu dia tergelak dan pergi naik atas balik dan tukar baju..hehehe..


Masa untuk berjalan-jalan di malam hari...hehee



Keesokkan malamnya,hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang..hehe...hari penentuan segalanya...Talentime dan Wayang antara filem Malaysia yang tercalon di ASIA FASIFIK TAIWAN FILEM FESTIVAL...Alhamdulillah...kalau ada yasmin,dia tentu gembira.....

Akhirnya,kami tiba di destinasi kami..saat kami turun bas tu...saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya lihat...terlalu ramai manusia yang hadir..ditambah dengan dewannya yang sangat besar....saya tidak mengharapkan kemenangan...sudah tercalon,saya sudah bersyukur....Kekadang saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya ada sekarang..geli hati bila memikirkannya...Thanks ALLAH...Masa ni abg afdlin terlalu teruja sehingga mengeluarkan kamera peribadinya dan menangkap gambar kami semua...begitu juga dengan abg latif...hehee...masa ni kak mas sangat cantik sebab memakai pakaian tradisional...hehee...kak liyana juga cantik:))...



saya dan kak mas berjalan bersama-sama ketika di RED CARPET...

memang meriah!

Wachaaaa!..hehee..tendangan daripada salah seorang pelakon korea..




Tentu anda semua masih ingat pada 2 pelakon cilik ini....yang berlakon Filem Slumdong Milionaire...

Apabila tamat sudah acara Red Karpet,pintu dewan ditutup maka bermulalah celoteh2 pengacaranya dalam mengemudikan majlis daripada permulaan hingga pengakhirannya..segalannya berjalan dengan lancar...seorang demi seorang artis mereka membuat persembahan dengan begitu baik sekali...
Selepas penyanyi ini membuat persembahannya,majlis terbabit terpaksa berhenti seketika...padahal tengah live tu tetapi terpaksa berhenti utk siaran iklan sebabnya sebahagian kawasan Taiwan bergegar teruk akibat gempa bumi....ini first time saya terlibat dengan perkara macam ni...pada mulanya kita tidak akan sedar langsung yang dewan tu bergegar...saya pelik juga..kenapa masa saya pegang hp tetiba hp saya macam bergegar...saya ingatkan perasaan saya je..tiba-tiba seluruh dewan kecoh dan berlari meninggalkan tempat duduk mereka..saya memandang ke arah siling dan tenyata gegaran yang kuat tu hampir menjatuhkan lampu2 besar dan besi2 yang diletakkan di bahagian siling...semua orang seperti tidak keruan..masa tu saya tidak tahu nak buat apa..hanya berserah je la dan berinstifar banyak2...saya terus fikirkan mak saya...aduhai..tetapi keadaan kembali terkawal selepas beberapa minit..mujurlah tidak apa2 yang memudaratkan berlaku kepada kami dan orang lain...cuma gegaran je...Alhamdulillah...Selepas beberapa minit,majlis kembali meriah..pengacara muka pucat lesi je sebab takut...hehee...Apabila pengacara tersebut mengumumkan persembahan seterusnya akan dinyanyikan oleh kumpulan Super Junior,satu dewan riuh dengan pekikan terutamanya golongan gadis2 muda..hehee....saya mulanya macam biasa je tetiba baru saya teringat rancangan  yang saya lihat tempoh hari di tv rupanya super junior..ini  pertama kali saya melihat mereka secara live..saya tidak tahu mereka penyanyi..selepas itu saya tidak berhenti mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa...memang saya rasa sangat bertuah sebab dapat melihat mereka depan2..bukan senang nak dapat peluang macam ni...Semenjak haritu,saya tidak berhenti mendownload lagu2,klip2 video dan menghafal lagu2 mereka..hehee..saya sangat sukakan tarian mereka..dan bila saya melihat video mereka,saya mendapat banyak idea dan inspirasi baharu yang saya dapat terapkan dalam kehidupan peribadi saya dan lakonan saya...saya sukakan style fashion mereka..walaupun kelihatan agak janggal jika di Malaysia tetapi bagi saya..itu sesuatu yang unik dan cool...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...



Malaysia tidak membawa kemenangan apa-apa...filem terbaik dimenangi oleh negara indonesia iaitu Laskar Pelangi...


Laskar Pelangi (2007) adalah adaptasi dari novel berjudul sama oleh Riri Riza dan Mira Lesmana yang mendapatkan nominasi untuk 2 Kategori utama pada penyelenggaraan ke 3 Asian Film Awards yang digelar di Hongkong, yaitu Best Editing untuk Dono Waluyo dan Best Film. Untuk nominasi film terbaik Laskar Pelangi bersanding dengan Ponyo (Jepang), The Good the Bad the Weird (Korea Selatan), Tokyo Sonata (Jepang), Red Cliff (Hongkong) dan Forever Entralled (China). Laskar Pelangi juga mendapatkan Signis Award dalam Hongkong International Film Awards 2009. Penghargaan The Golden Butterfly Award untuk kategori film terbaik di International Festival of Films for Children and Young Adults, di Hamedan, Iran. Awal tahun 2010 lalu film ini kembali mendapatkan penghargaan, kali ini untuk Cut Mini sebagaiBest Actress pada Brussels International Independent Film Festival. Dan yang paling terbaru adalah menjadi Best Film pada Asia Pacific Film Festival 2010.


Walaupun Malaysia tidak membawa apa-apa kemenangan namun usaha yang yang telah dijalankan mampu membawa nama Malaysia sebaris dengan negara-negara lain...kemenangan bagi saya no 2 yang penting kita mencuba dan apa yang lebih penting adalah pengalaman....
Keesokkannya kami semua enjoy sebab kami semua boleh shopping sepuas-puasnya...hahaha...tanpa sebarang sekatan...saya ikut group abg latif,mahesh,kak maz dan kak wartawan lagi seorang dan kak liyana bersama-sama ibunya serta abg fazil kalau tidak silap..manakala uncle afdlin bersama-sama isterinya dan uncle hans....
Keadaan memang riuh gila..semua kedai kami masuk dan terjah...hehhee....memang best!...memandangkan FLIGHT kami malamnya jadi kami perlu cepat2 membeli belah....hehee..saya membeli banyak jugak baju2 dan kasut....kalau dilihat dengan mata,memang rambang la mata den..hehee..tak nampak dah sebab semuanya cantik2...hehee..saya beli dekat mak beg tangan..warna kuning...bagi saya beg tu sangat special dan dekat ayah saya belikan jam...saya belikan 3 warna iaitu hitam putih dan kuning...saya beri pada ayah warna hitam,pawie warna putih dan saya warna kuning..lihat sahaja aksi kami ketika shopping..hehe....





Ketika disana,saya tak puas makan sotong bakar yang dibakar oleh seorang uncle cina ni..sangat sedap..saya suruh dia bubuh black pepper banyak2...memang sedap sangat2....^_^


Selepas bershopping,semuanya kembali bersatu di kedai makan dan berehat..semua muka dah penat..hehehe..selepas tu kami pulang,mandi2 dan terus bersiap ke airport...

Jumpa LAGI......Terima kasih Taiwan kerana menghadiahkan saya pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya...see ya:))




Monday, June 20, 2011

Cuti Yang Me..............hehehehhee..




Ai Semua..Assalamualaikum semua...Lama sangat saya x update blog ni..sekali bukak..alamak!..penuh dengan komen...hehehe..anyway terima kasih semua kerana sudi singgah di blog saya ni..hehehe...saya minta maaf sebab lama tak update..bz skit...hehehe...

ok la,hari ni saya nk berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman cuti saya baru-baru ini di kuantan...kalau ikutkan hati saya xnak balik kuantan lagi buat masa ni tapi memandangkan saya rindu pada ma(mak pawie) jadi saya terpaksa kosongkan beberapa hari untuk pulang ke sana bersama pawie...

segalanya dah siap cuma nak bertolak je lagi...kerja2 sekolah pon terpaksa angkut sekali sebab takut tak siap..dah lah banyak..hehehee....bas berlepas pukul 4 petang dan kami berdua dah terpacak kat bastop bas pukul 3.50 pm...hai penat sungguh hari tu..dah lah panas terik...berpeluh jugak la menunggu bas tu...hehehee....sampai je kitorang di bastop bas tu,kitorang lihat takda seorang penumpang pun yang membawa beg seperti kami berdua..dalam hati ni dah rasa macam tertingal bas tetapi pawie nak sedapkan hati jadi dia cakap bas kat kawasan tu pukul 4 baru nak bertolak daripada Terminalnya....so kitorang menunggu je la dengan reda...tak sampai bebarapa minit,bastop itu mulai dipenuhi khalayak...keadaan bertambah panas..baju den dah berpeluh dah ni..hahaha....lepas tu saya pun melihat jam hp,jam dh pukul 5 pm...saya cakap kat pawie

SAYA : Eh pawie! aku rasa kite ni memang dah tertinggal bas doh...
PAWIE : Takdalah,belum lagi..bas kat sini memang lembab sikit..........

Saya pun bila pawie cakap macam tu saya sangkakan betul la kot..jadi kami pun menunggu lah sampai pukul 6 pm...masa tu kalau anda lihat baju kami berdua memang boleh perah dalam cawan dan masukkan 2 sudu gula wok..hahahahahahhaa...sesuai untuk juadah minuman petang...hehhee..
Akhirnya saya dah give up menunggu dan suruh pawie call HotLine..pawie try call tetapi tidak berjawab,so saya try call pulak..akhirnya dapat jugak...Alhamdulillah,saya terus pass kat pawie tuk cakap...rupa-rupanya bas tu dah tinggalkan kami..dia sampai kat bastop tu pukul 3.30pm...awal sungguh!..dalam ticket pukul 4...so nak wat macam mana..reda je la....nasib baik la kakak yang tengah bercakap dengan pawie dalam HotLine tu
kesiankan kami dah dia tolong sediakan 2 tempat kosong utk bas yang seterusnya iaitu pada pukul 7.30 pm...lepas tu kami berdua pun dengan muka slamber donno angkat bag2 yang besar dan banyak tu tahan teksi..orang ramai tengok je kitorang...hahhaha..sampai rumah,saya terpaksa mandi terus dan tepat pukul 7 kami sampai dekat bastop tu balik...pawie call HotLine tu balik dan dia cakap bas tu belum bertolak lagi..Alhamdulillah...sementara menunggu bas sampai,saya pergi beli 2 burger kat tepi jalan tu dan share satu air mineral..hahah....tepat pukul 8 pm bas sampai dekat bastop tu...so kami pun naik dengan gembirannya...susun2 beg,terus tidur....hehehee...

bila sedar2 je,bas dah sampai kat perhentian mana tah dan kami berhenti makan mihun sup...memang kow punya mihun supnya...tengah2 lapar semuanya sedap ye dak..hehehhee...kami diberi masa 20 min...selepas selesai waktu tu,bas bergerak meneruskan perjalanannya...Selang beberapa minit,bas kami dah tiba di kawasan Kuantan....pawie pergi bertanya pada driver bas supaya turunkan kami dekat Kg Pandan 1...lepas tu,driver bas tu emo secara tiba-tiba dan berhentikan kami dekat kawasan Jaya Gading...alasannya dia tidak mahu berhenti di kawasan yang tiada bastop...selalunya pun bila kami balik,bas akan berhenti jugak kat kawasan tu..tetapi entahlah apa kena dengan driver bas ni...so kami pun menapak la jalan kaki dengan bag2 besar tu..hehehee...yang tak tahan tu,setiap kali lori treler atau bas muncul badan kitorang dah macam nak melayang pulak da..hahaha..memang betul2 kering dah ni..hehee...bila kami dah sampai dekat Kg Pandan 1,pawie call kak watie utk jemput kami.....Alhamdulillah...

Kesokkannya bila saya bangun,segalanya sangat indah..suasana kampung yang mendamaikan menenangkan jiwa...kemudian nampak kelibat jet-jet pejuang yang sedang practise di awan biru menambahkan lagi seri pada pagi tu....walaupun bunyi jet2 tu membingitkan tetapi memang smart gila..saya terus ambil hp dan record jet2 tu...nampak cool je...masa tu mulalah saya berangan,kan best kalau suatu hari nanti saya dapat watak yang memandu jet pejuang..hahahhaaa....kehadiran saya disana disambut baik...setiap masa saya disogokkan dengan makanan...kira memang tak leh diet la...semua makanannya sedap2..hehehe...kalau di rumah saya,saya hanya makan 3x kali sehari sahaja iaitu waktu pagi,tengahari dan malam..petang tu kalau lapar baru makan...tetapi kalau disini pagi sahaja dah 3x tengahari 3x petang 3x dan malam 3x..hahhaa..memang gemuk la saya lepas ni..buncit di depan..hehhee..bila orang tanya berapa bulan??9 bulan...hehehhehee....kalau dekat sana saya akan duduk dekat buaian yang digantung antara tiang ke tiang dihadapan rumah tu sepanjang masa..rasa mcm duduk tepi pantai...haha...sampai pawie ajak pergi kedai pun saya tak nak pergi..hehee..kalau saya bosan baru saya akan bangun..



Kebetulan masa kitorang balik tu hari jadi ma,jadi pawie ajak saya pergi kedai kek utk beli kek dan buat suprised kat ma..hahaha...

HaPpPpPpPpPYyyY buUuUfFfDay Ma!..Love U So Much!..:D


Pawie dan Ma!...

Diharapkan ma gembira dan mengubati kerinduannya pada pawie....amin2...

Keesokannya saya dan pawie pergi meronda-ronda di kawasan kampung...lepas tu kitorang singgah kedai ABC..perghh!memang tak terkata...hehehe...bila malam pulak,pawie ajak saya pergi rumah kawan perempuannya yang bernama Farah...bila siang memang indah la..tapi bila malam hari kawasan kampung disini sangat menyeramkan...hahaa..dengan lampu jalannya ada satu sahaja itupun hidup segan mati tak mau....hehehe....kawasan rumahnya yang jauh jaraknya antara satu sama lain...tempat lain ok cuma kawasan yang pawie bawak saya ni cam seram sikit....dah lah masa tuh saya pulak yang bawak motornya...hehee..jalan punya jalan saya cakap dekat pawie"macam mana lah orang2 kat sini duduk..kalau jadi apa2 kan susah"..yang pawie ni daripada tadi asyik gelak je atas motor..saya tegur la jangan mengela sangat...tetapi dia still gelak2 sebab dia ingat saya cuak..hahaa...saya risau la jugak sebab saya tak biasa dengan kg pawie ni....masa tu dalam pukul 10.30 pm...selepas tu saya nampak semak2 di kawasan hadapan sebelah kanan bergoyang...saya sangkakan anjing..saya buat bodoh je la tetapi tiba-tiba babi hutan yang menyusur keluar daripada semak tu dan melintasi motorsikal kami...Alahai!..besar sungguh punggungnya ..hehehe...memang terangkat bulu roma saya...saya terus brek emergency..yang pawie tak berhenti gelak..saya dah terkejut saya terus buat U-turn lerr...depan motorsikal je masa tu...nasib baik babi hutan tu tak period..kalau tak habis disondol saya dengan motor buat tempeyek...hehehe.....

Kesokkannya pulak pawie ajak saya pergi makan dekat kedai kek dengan kawan2nya...memang sedap makanan kat situ...paling sedap mihun supnya...hehee..kerja den makan je r..hahaa...lepas tu bila malamnya saya,pawie dan 3 kawan pawie pergi karoeke dan bila selesai karoeke kami singgah ke Teluk Chempedak..hehe..





masa karoeke cuma satu jam je jadi berebut-rebut la kami karoeke..hehehe..walaupun saya baru kenal dengan diorang pada siangnya tetapi bila malamnya kami macam dah lama kenal pulak..hahaha...yang tengah tu nama dia idin,sebelah kiri tu daus kot..saya xpasti..yang seorang lagi epy namanya..kira diorang member baik pawie la masa sekolah menengah dulu..hehehe...selepas selesai proses sakitkan tekak,kami pergi menenangkan jiwa di Teluk Chempedak...menghirup angin malam..hehee..kami sampai kat teluk chempedak pukul 10.30 pm sampai 2 am baru kitorang balik...mmm..nak tahu apa yang kami buat kat pantai Teluk Chempedak???..ikuti gambar2 di bawah ini..hehe...


Sempena ingatan kepada Yasmin Ahmad..Semoga rohmu dicucuri rahmat..!..:D

Kenangan lama wok!..hehehe

pipi den dah nampak bulat...hahaha..

proses membuat arca figura pada pasir pantai..idea secara tidak langsung....

masa ni dah pukul 12.30 am...


hasilnya tidaklah sebaik mana,maklum lah 1st time buat..no experience...hehe..tetapi jangan fikir lain eh..ini cuma hasil karya seni semata-mata..itupun tak sempat siap sebab masa tidak mengizinkan...Enjoy!






Setelah selesai,kitorang lepak minum2 jap kat KFC...ayam semua dah habis jadi minum air je la..hahaa

yang daus ni,muka dia sebijik macam kawan lama saya iaitu badut atau nama sebenarnya azmi..badut tu nama panggilannya..insyallah next time saya akan wujudkan entry pasal dia and saya akan bandingkan wajah mike ni..hehehehe..

On The Way balik...:))

Ketika kami mahu pulang,kami nampak kelibat seekor babi sedang menjamah sampah sarap yang terbiar di kawasan parking...Alahai..memang kena dengan masa dan tempat la...haha...kalau anda semua nak tahu,babi ni cuma duk relax je ketika kami cuba mengambil gambarnya...lihat sahaja aksinya yang manja tu..hahaha..kitorang sampai pusing2 kawasan parking tu berulang kali dengan kereta Saga milik Epy hanya untuk mengambil gambar babi tu..hehhee...dah macam dokumentary National Geographic pulak...hahaa...kat K.L saya tak pernah nampak lagi jadi bila nampak kat kawasan kampung..memang excited la...hehee...sesudah penggambaran tersebut,kami pun pulang semetelah masing2 sudah mengantuk....Ketika on the way balik,lampu isyarat menjadi merah..so kami berhenti la...sebelah kanan kereta kitorang ada sebuah lagi kereta...saya membuka tingkap sebab dalam kereta tu panas...yang lain macam biasa la...ada yang tengah mesej awek,ada yang tengah menyanyi..tiba-tiba kereta di sebelah kanan kitorang tadi membuka tingkap dan kelihatan wajah wanita yang berpakaian seksi sambil mengenyit matanya pada kitorang...kawan2 pawie dan pawie tadi tetiba segar pulak biji mata diorang bila nampak awek tadi buat macam tu....masing2 terus bersorak dalam kereta..aduhai..saya diam je...malam nak masuk campur...sebab dah mengantuk..haha...
then awek tadi tu terus naikkan tingkapnya dan tingkap belakang pulak yang turun....tiba-tiba pondan pulak yang muncul dan membuat aksi separuh lucahnya sambil bermain lidah dan mengenyitkan matanya pada kitorang...Astaqfirullah al azim...saya hanya tersenyum sahaja melihat sikap kawan2 pawie dan pawie yang seronok bersorak..hahahaa..tak lama kemudian,lampu isyarat kembali hijau dan kereta itu memecut laju...mereka semua suka yang amat selepas mengacau awek dan pondan tadi tu..ada2 je...hehehe..selepas tu,epy menghantar seorang demi seorang pulang ke rumah masing2...itu la dia ceritanya..hahhaa..keesokkannya kami pulang ke K.L dan dijemput oleh ibu roza di perhentian titiwangsa....baiklah..kalau ada masa lagi saya akan update..anda boleh click mrsyafie92 di U-tube utk menonton video2 saya..terima kasih semua..t8cre..hehehe.....



Selamat Malam.....