Friday, July 15, 2011

CharLie ChapLin 2011

Assalamualaikum..ooh semalam sememangnya hari yang paling spontan dan menyeronokkan...Ketika tengah on9 Fb,bukak la google...tetiba teringat Charlie ChapLin...Saya sangat sukakan style CharLie ChapLin...lepas tu saya rasa macam nak buat style CharLie Chaplin pulak..ehehee...so saya mencari pakaian ala-ala Chalie Chaplin...Lepas tu saya pinjam mak punya celak tuk bikin misai...hehehe...tiang almari yang dah runtuh saya jadikan sebagai tongkat..dan bunga yang mak saya letakkan atas tv saya ambil tuk jadikan props CharLie ChapLin...topi saya cuma ada satu je dan ada bebelang ditengahnya..jadi saya ambil Tie hitam tuk menutup corak dibahagian tengah topi tersebut..cuma kali ini saya kekurangan satu benda je iaitu Glove putih..hehehe..tetapi takpa,apa yang penting adalah buat je dulu...Alhamdulillah..semuanya ok:))..










Hari Sukan 1 Larian Malaysia bersama Buffday MimiE dan Welcome Abg SamAD!

Assalamualaikum semua...bagaimanakah CUTI anda semua selama dua hari ni??adakah baik atau tidak???...hahaha..moga2 baik lah hendaknya ye..hehee..insyallah...^_^....

Fuhh...hari ni saya nak update 3 cerita sekali dalam satu entry..hehehe...Maklumlah ketiga-3 title ni saling berkait rapat..jadi saya kena kupaskannya menjadi sebati sehebat semanis kurma..hehehee....Kalau sebelum ni,1 title sahaja dah panjang lebar melalut sampai ke mana,jadi ayuh kita lihat bagaimana pulak yang ni..harapnya idok ler panjang berbeno..hehehe...

Pada 2hb JuLai 2011,Sekolah saya telah mengadakan satu acara Larian 1 MALAYSIA...dan yang pasti menurut Cikgu,Semua sekolah di Malaysia akan mengadakan program/acara tersebut...semua pelajar wajib berlari....acara ini bukan macam "ROAD RUN" tetapi hanya perlu TAWAF sekolah sahaja...tetapi sekali je...tidak perlu 7x...huhuhu...so kepada pelajar yang lari akan mendapat 17 markah dalam aktiviti KoKOrikuLum...Kebetulan masa tu saya macam nak demam pulak..saya bangun2 tidur je..rasa macam badan tak larat...nampak bantal jer...kaki pun lengoh2 je...tetapi apabila memikirkan 17 Markah tu,saya kena kuatkan diri dan pergi sekolah..."17 markah menjadi sasaranku"hahahaa....

Sesampainya saya disekolah,saya buat warm up sikit2,selalunya keletihan saya ni akan hilang bila saya buat senaman ringan...tetapi saya rasa lagi tak larat..ayoyo..hehe...Selepas tu,pelajar2 arus perdana mengambil alih dengan melakukan senaman beramai-ramai..semua guru dan pelajar kusyuk melakukannya..

antara gambar2 yang diambil saat bersenam sebelum berlari..hehehee...
Dari kiri-hidayah,huda dan raff...bersemangat korang ea??takpe2 kita tengok lari nanti macam mana??hahaha....

Ummi,Arina,Hidayah dan Rouza..alamak lupa nak mention,tarikh yang ada kat gambar ni salah..kiranya salah set time...:)))

Hajar,Raff,dan Hidayah-haha..korang nak ganti Drew Barrymore,Cameron Diza and Lucy Liu eh dalam CharLie's AngLe..hehehe...boleh2,nanti kita buat perbincangan tentang skrip ok??hehee...


Selepas kami selesai bersenam,time utk berlari...

Alamak,sempat lagi tuh..hehehe...Yang belakang tuh dah macam nak sambut merdeka la pulak..hehee...
Selepas selesai berlari,kami bersiap sedia untuk membuka gerai...time untuk berniaga...tetapi sebelum itu saya duduk di kawasan lapang bagi merenggangkan otot2...saya melakukan senaman ringan bagi melegakan sendi2 saya...selepas itu saya pergi ke arah cikgu2 yang sedang berehat keletihan akibat berlari dan salah seorang guru saya menegur saya...

Cikgu:  EH! mukhsin,kenapa kau pakai seluar pendek ni???
Saya: haha..ada lapik la cikgu...saya cover lutut..tak nampak lutut punya...hehehee...
Cikgu: Aku memang tak nampak lutut kau tapi bulu2 kaki kau tu aku tak mau tengok...geli aku menengoknya..
Saya: oooh takpe nanti saya IRON bulu kaki saya..
selepas saya menyebut perkataan iron bulu saya,sekumpulan cikgu2 perempuan tadi tergelak terbahak-bahak..hahaa..
saya tak tahu la apa yang mereka fikirkan..heheee..sesudah itu,saya terus ke tempat berniaga..
saya dan anis sedang menggoreng cendawan goreng yang sememangnya menjadi menu terhangat sepanjang kami berniaga...kami dah banyak kali berniaga tetapi saya tak dapat update lagi..t ada masa saya akan update...

HAJAR sedang memotong sengkuang utk dibikin ROJAK...

Yana sedang melayan pelanggan manakala raff bahagian air...Yana sangat bagus,buktinya dia sangat cekap bab-bab berniaga ni...lagipun maknya Catering..saya bersyukur sebab dia banyak sangat membantu saya bukan sahaja dari segi sokongan belajar malahan dari segi berniaga...thanks Yana...dikau sememangnya kawan yang baik dan lucu..hehee..palobana kau ni girl-girl...hehehe

memang tak menang tangan melayan para pelajar,guru-guru yang bertandang ke gerai kami semata-mata untuk membeli cendawan goreng berbanding menu lain...Kebetulan masa tu gerai kami ditempatkan betul2 dikawasan panas plus pulak dengan bahang minyak goreng cendawan tu...memang menangis ketiak semua orang....dah macam House Of Wax daa..hehee...
Lepas tuh,Cikgu Nooraini panggil saya dan suruh saya berlari utk acara 4X 200...aLAMak!..memang tak lah saya nak lari..saya ni bukannya boleh pecut pun...hehe..tetapi cikgu suruh jugak..jadi nak tak nak kena larikk jugak...sebelum menunggu acara tu bermula,saya tolong anis menggoreng cendawan dulu.bila azie panggil saya baru saya ke padang dan melakukan sedikit senaman lagi..sejujurnya saya tidak pernah terlibat dengan acara 4x200 meter..dan saya tidak pasti bagaimana rupa saya ketika berlari nanti..hahaa....acara ni bermula dengan pelajar P3-L3 dan diikui P2-L2,P1-L1 dan barulah PK-LK..saya menjadi peserta pertama yang perlu berlari dan bersaing dengan rumah-rumah lain dalam kategori LK ...mm masa ni hanya ALLAH jelah yang tahu perasaan saya...gubra wok!...haha..saya tengok peserta2 lain semuanya mempunyai potensi yang baik...so bila bunyi dikeluarkan,kami mula berlari...

Emmer izzat pelajar form 6 dari kelas 6 op terus memecut saya..dan seorang lagi pelajar lower 6 memintas..saya rasa kaki saya kebas pulak masa tu..tetapi saya terus je berlari..saya dapat no 3 dan saya pass button tu pada peserta seterusnya..lupa nak mention,saya rumah ungu...Alhamdulillah,rumah ungu mendapat no-2 sebenarnya namun batal sebab peserta rumah ungu yang ketiga terjatuhkan button yang diberi sebab keletihan...Walau bagaimanapun,kami sudah mencuba..yang penting semuanya bersemangat..:))...
Selepas selesai semua acara tersebut,saya kembali mengemudi dapur saya utk masak cendawan goreng...permintaan semakin naik...hehee...minyak dah hampir habis,cendawan banyak lagi...so kena cermat supaya tak membazir...sampai ke cendawan terakhir,minyak dah habis langsung...so saya terpaksa jugak goreng cendawan dengan saki baki minyak ciput di dalam kuali yang sememangnya tak sodap mato memandang...tapi goreng jugak la..hehee..hasilnya agak kelakar...saya bagi namanya bukan cendawan goreng tetapi cendawan berlendir..hehee...seorang pun tak nak beli..dah takda rupa cendawan daa..hehee...
Ada seorang cikgu datang dan bertanya tepung apa yang kami guna..jawapan kami rahsia...hehehee...cikgu cakap cendawannya sedap tetapi bukan yang cendawan berlendir tu ye..hehehe..yang tuh saya makan pun dah rasa loya..hahaha....
Selepas selesai aktiviti berniaga,kami pun mengemas dan mencuci bekas2 yang perlu dibasuh..hehe...keakraban pelajar upper dan lower yang baik dan rapat memudahkan kerja..Alhamdulillah...^_^...selepas tuh,kami ramai-ramai buat lawak dengan mengajuk sifat rakan2...hehee...semuanya tergelak terbahak2..hehee...memang happening...
Windi dan Rida....entah apa yang mereka buat,den pun tak faham..


barisan putri kreatif


hajar and syaza

High School MUSICAL SMKGS

Asmah,ShafATin and HAJAR!






Saya sangat sukakan gambar ini..semua orang ketawa...baik lower mahupun upper..macam adik beradik..hehee...nice memories!


selepas selesai bergambar,kami buat drama pulak..haha..
Selepas selesai drama yang tidak bertajuk tu,kami pergi ke karoeke Gemilang yang terletak di Danau Kota...yang follow syaza,wani,roza,mimie,husna,windi,hajar dan maman..yg lain balik sebab kepenatan..hehehe..karok cuma 1 jam je sebab masa tidak mengizinkan..saya perlu menjemput abg Samad Salleh di Terminal Bas di Bandar Tasik Selatan pada pukul 4.00 ptg..hehee

mimie menyanyikan lagu favourite beliau iaitu Keegoanmu Kesilapanku(Siti NurHALIZA)..
wani,syaza,husna,hajar tak menyanyi..beberapa minit selepas itu mereka berempat keluar daripada bilik karoeke dan hanya tinggal roza,saya,windi,mimie dan maman....hehehee....kami pun menyanyi la macam biasa..tidak sampai beberapa minit,mereka masuk dengan membawa kek...masa tu mimie tergamam..muka macam nak menangis pulak...hehehee..
Buffday Girl-Hartini Mimie

Windi Fairus

Kamaruzaman Ismail a.k.a Maman

Husna

selepas menyambut buffday mimie,saya terpaksa balik cepat memandangkan masa sudah semakin singkat...

jadi bila saya sampai di rumah,pergi mandi dan terus gerak dengan pawie ke Bandar Tasik Selatan..Inilah first time saya jumpa dengan Abg Samad Salleh...Beliau sangat meminati lakonan saya...terima kasih abg samad...sebelum ni kami cuma berhubung melalui FB sahaja dan selepas itu kami semakin rapat...Setelah bertemu,kami bertiga makan KFC...



ondeway balik kami pergi karoeke dekat Gemilang DANAU....saya tak tahu nak bawak abg samad jalan2 dekat mana memandangkan beliau tidur di rumah saya satu malam sahaja jadi saya bantai je la janji rock...hehehe...

wah!,berkilauan aura pawie..hehehe....aura ape tuh?hehehe






muka den memang burn..hahaa...jerawat jangan cakap..naik mendadak..hehehe..selepas karok,kitorang pun pulang..
saya lepas mandi je terus ngantuk..kaki saya yang stress akibat larian 1 malaysia tadi masih ada,jadi masa utk rehatkan diri..hehehe....
Keesokannya,tepat pukul 12,kami sudah bersiap utk membeli tiket bas di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan..kami menaiki teksi utk ke KTM sentul...
Apabila kami di dalam teksi,keadaan menjadi sunyi je sebab masing2 mungkin dalam kepenatan...Selepas itu,ketika driver teksi itu sedang membawa teksinya..pandangan matanya menghala ke arah cermin di bahagian tengah teksi dan terpandang ke arah saya...Beliau terus memandang ke arah saya dan bertanya kepada saya..

Pakcik: Eh!,pakcik macam pernah nampak muka kamu ni...??
Saya: Yeke??ooh..(malas nak mengaku)
Pakcik: Eh!Pakcik pernah jumpa engkau ni..dekat mana eh??
Saya: Entahlah,saya tak tahu..(Tersenyum)
Pakcik: Betul ni, Pakcik pernah nampak muka kau tapi kat mana ea?
Saya: Entahlah.....
Pakcik:Cuba kau ingat,takkan kau lupa kot!.
Saya: Entahlah pakcik,saya tak ingat...
Pakcik: Haah!,kau pernah naik teksi pakcik tak sebelum ni??
Saya: Entahlah pakcik,mungkin ada kot..(sambil tersenyum)..

Selepas itu,kemungkinan beliau fed up tanya pada saya,beliau menukar channel kepada pawie pulak...hehehe...
beliau tanya pasal sejarah dan apa yang mahu dikejar oleh pawie dalam hidup beliau...adakah beliau memahami erti sejarah itu??..sejarah bagaimanakah yang beliau mahu lakarkan?..pawie dah tergagap daa...heheee...
selepas tu beliau tanya abg samad duk kat mana?....
selepas tu beliau memandang ke arah cermin di bahagian tengah teksi dan berkata pada saya
Pakcik : muka kamu ni pakcik tengok nak kata macam perempuan tapi macam laki...nak kata macam laki macam perempuan...
Saya:Alamak!muka saya macam perempuan pakcik..hahahaa..takdelah pakcik..hehehe

saya tak ambil hati pun sebab mungkin pakcik tu takda idea nak berborak jadi saja menggunakan ayat2 yang tak masuk akal..layan kan jela...
setibanya sahaja kami di KTM Sentul,terus cepat2 beli tiket dan terus masuk Tren...
sampai sahaja di Stesen KL SENTRAL,kami turun dan tukar laluan utk ke BDR Tasik Selatan...selepas tu,Tren berikutnya sampai...kami bertiga dah beratur sudee tetapi bila Tren sampai,orang2 yang tak beratur tadi melepasi kami dibahagian hadapan...jadi ini menyukarkan kami untuk masuk Tren dengan mudah...Pawie dan Abg Samad sama-sama berjuang utk masuk ke dalam Tren dan akhirnya mereka berjaya...saya pulak nak juga masuk macam mana yang dilakukan oleh Abg Samad dan Pawie tapi bila saya nak masuk ada kaum wanita yang lebih memerlukan tuk masuk..jadi saya bagi diorg masuk dulu...bila dah ada peluang baru saya melangkah untuk masuk namun nasib saya kurang baik...selangkah lagi saya hendak melepasi pintu Tren itu tetapi pintu itu sudah tutup...Alamak!..hehee..

saya hanya melihat sahaja Pawie dan Abg Samad daripada luar Tren...selepas Tren itu berlepas,muncul satu lagi Tren lain..kali ni juga saya nasib saya mcm nak haus je..tetapi Alhamdulillah saya dapat masuk jugak selepas terpaksa berebut-rebut dengan orang lain...
Selepas pawie dan Abg Samad sampai di Bdr Tasik Selatan,mereka membeli tiket bas dan kami semua perlu berada di Terminal Bas pada pukul 5 kalau tak silap..saya terus berhenti di Mid Valley..Beberapa minit kemudian,Abg Samad Salleh dan pawie tiba di Stesen Mid Valley..kami berjalan-jalan terlebih dahulu dan makan tengahari sementara menunggu pukul 5..




Setelah pukul 5,kami pergi ke Bdr Tasik Selatan balik utk menghantar Abg Samad Salleh pulang...Disini ada sedikit ucapan buat abg samad
"Terima kasih kerana sudi datang rumah saya dan terima kasih di atas hadiah2 yang diberi,Moga Allah yang membalasnya...terima kasih abg:)))...

Anyway,Entry ni saya dah lama tulis cuma tak publish2..lupa selalu bila on blog..hehee..jadi semoga hari2 anda bahagia...amin2...yang baik semua datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruk segalanya daripada saya..jika ada sebarang kekurangan tentang blog ini,harapnya dimaafkan....bye..:))


Wednesday, July 13, 2011

New Pic-Masa Lapang Saya


After basuh muka^_^

sebenarnya saya nak buat style MystiQue iaitu salah satu character dalam filem X-men tetapi ramai yang cakap macam avatar..avatar pon avatar la..hehehehe





adik saudara saya-nik syazwan naim

buat pertama kali pawie nak join saya ambil2 gambar ni..selalunya susah bebenor..hehee

hahaha..goodjob pawi:))hehee

tiga jejaka-nik,pawie and ayie

kononnya nak bikin poster punya..haha

lukisan 1

lukisan 2