Sunday, January 22, 2012

My Daughter

Hai..inilah entry yang paling saya suka dan sayang sebab saya sangat sayangkan dengan si diana ini...saya anggap dia anak angkat saya sebab dia sangat manja dengan saya...sebenarnya dia ini anak jagaan mak saya..kebetulan mak saya mengambil upah menjaga bayi jadi tanpa disedari beliau sukakan saya...berbeza dengan bayi yang lain,mereka tidak suka tatkala saya mendukung mereka tetapi lain dengan diana..beliau begitu menyayangi saya...beliau berusia 8 bulan..mak dan ayahnya kerja di sebuah restoran...tp yang letihnya beliau kuat menangis...tp yang best pulak beliau akan senyap dr menangis bila nampak saya..beliau xnk dengan mak saya,ayah dan pawie serta sesiapa jua..yang dia nak hanya saya..sampaikan mak saya tawar hati dan kadang2 buat2 merajuk dengan diana..kononnya nak tarik perhatian diana..tp diana still sama..hehee..diana akan kekal menangis 24 hours kalau saya tak dukung dia...dia takkan senyapp..dan apabila saya dukung die die trus diam dan ketawa sambil menghulurkan senyuman yang sempurna dengan penuh keikhlasan..ini pertama kali budak suka dengan saya..mcm saya ni pun,saya agak janggal kalau berdepan dengan kanak2 yang perak atau merengek sebab tak tahu nak pujuk tetapi bila saya dukung diana saya rasa macam sangat selesa..tiba2 dah rasa mcm jadi bapa walaupun saya belum berkahwin...hahahaha..berangan lebih siot..hehee...mungkin penangan saya memegang anak hawa dalam songlap kot..terus ciri2 itu melekat pada saya..hehee...saya harap mak saya akan terus menjaganya supaya saya akan terus boleh dukung dia dan tidurkan dia...yang peliknya saya tak terasa nak marah pun walaupun dia menangis banyak kali..entahlah..tenang je hati ni tengok si diana ni..aduyai..hehehe...










si diana ini mempunyai tabiat yang sama macam saya iaitu suka jelirkan lidah...masa saya kecik2 dulu saya suka jelir lidah kalau saya suka..hehee..





saat2 tidurkan diana..beliau menangis but after that..lihat gambar di bawah.

beliau sudah kembali mesra alam..memang comel sgt2 ini budak
"nama lu aja budak tapi lu comel sgt2 loh"hehehe
(copy ayat jamal dalam nurkasih)..hehehe

Juvana Movie!

Hai semua..now selepas shooting utk aku mahu terbang saya terlibat dengan satu projek baharu..alhamdulillah..permulaan yang baik dan diharapkan utk pengakhiran yang baik juga....ini filem juvana..sekarang masih tengah shooting...jadi semuanya perlu dirahsiakan buat terlebih dahulu...takut saya tersalah cakap pulak..walau mcm manapun..dah siap nanti saya akan cerita ok..nantikan k...Filem juvana masih mengekalkan para pelakon asal selain dibantu oleh beberapa pelakon,Shaarnaaz dan lain2..tunggu k..hopefully hasilnya baik..amin2..


abg panjang,abg botak,abag apek,abg hadi,abg adam,kicap dan kak abil:)

saya dengan make up artist utk gambar kenangan..make up dia memang terbaik..hehee

Aku Mahu Terbang(cerekarama)


Ai semua..ni kiranya the 1st baby utk tahun ini..permualaan pada saya selepas 1 tahun setengah tidak melibatkan diri dalam bidang seni..hehe..saya pun tak tahu ok ke x..hopefully ok..amin..tajuknya "AKU MAHU TERBANG" utk slot cerekarama...pengarahnya feroz khan...alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..abg feroz juga seorang director yang sangat memahami yakni baik..hehee..dia tahu apa yang dia mahukan dan seorang yang kuat berkarya...saya tidak puas bekerja dengannya sebab saya rasa dia memang seorang pengarah yang bagus...ini pertama kali saya bekerja dengannya..kami saling memahami dan saling bertukar idea serta pandangan...alhamdulillah...

The Director-Feroz Khan

Adakah anda ingat pelakon wanita ini..namanya CUT MUTIA...saya sangat suka tengok dia dan adik beradiknya berlakon masa saya kecik2 dulu...cuma sekarang bidang lakonan tidak menjadi keutamaannya lagi..beliau lebih selesa berada di belakang tabir..tapi saya sangat seronok sebab at least tak dapat berlakon sama pun asalkan dia ada...love it!..Alhamdulillah...


dalam telemovie ni saya memegang peranan rezki..seorang remaja 17 tahun yang bercita-cita menjadi seorang juruterbang atau bahasa omputihnya pilot..hehee...saya nk cerita banyak2 pun takut tak suprised pulak..sepatutnya siarannya bermula 21jan but maybe ada perubahan..jadi tarikhnya tak dapat dikenal pasti lagi...but kalau saya tahu saya akan bagitahu ok..hehheee:))..utk wtk ini saya diberi peluang selama setengah hari utk belajar selok belok tentang background pilot dan cara sepatutnya pilot hidup..hehe..banyak ilmu yang saya dapat..bukan itu sahaja,saya juga berpeluang membuat latihan dengan menggunakan simulator yang disediakan sambil diajar oleh seorang pilot sebenar..wah..memang teruja..bila pegang je simulator tuh..memang terasa diri ibarat di awang-awangan..rasa macam tengah bawak kapal terbang betul2..hhehee..utk makluman semua,simulator ini adalah exactly apa yang ada dalam kapal terbang...saya hanya perlu ingat cara nak on/off sistem tersebut dan cara membawanya selain mencari roh sebenar sebagai seorang pilot..ia agak sukar sebab pada umur saya lazimnya saya tidak pernah merasai pengalaman tersebut namun dengan bantuan semua pihak..alhamdulillah..moga Allah permudahkan segalanya..amin2..moga apa yang kami paparkan berjaya menyentuh hati anda semua..amin2..saya memang berharap dapat berlakon dengan abg beto khusyairi..finally saya dapat jugak berlakon dengan dia..menariknya mengenai beto..beliau seorang pelakon yang mempunyai karisma yang tinggi..dia sebut satu ayat sahaja saya sudah terasa..jadi proses ketika shooting juga berjalan dengan mudah...ilmu yang beliau miliki bukan calang2 dan saya sangat respect dengannya...dia memang seorang pelakon yang hebat...seorang partner yang sangat"memberi"..selain itu,saya dapat bekerjasama dengan abg amar asyraf,mak fadilah mansor,adik afiq(adik di tv9),kak puteri sarah,dan ramai lagi..pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton cerekarama ini ye..hopefully dapat menambat hati anda..amin2...assalamualaiku,,

kami ketika beruniform:)hhehee

me and abg beto

adik afiq,abg amar dan saya

dah macam adik beradik pulak saya tengok..hehee..

abg syafiq bakhri dan abg rizal selaku producer manager

me and mak fadilah mansor



my best friend

3 bujang terlajak..hehehe



bersama-sama assistant terbaik,abg ijam..memang ketawa dan happy go lucky selalu..hehehe


bersama-sama pelajar2 felda..thanks semua sebab memberi sokongan yang baik..tq adik2 sekalian..

Masa Lapang Saya!

Assalamualaikum semua..semenjak habis sekolah ini saya perlu biasakan diri saya dengan kerja2 shooting all the time...maksudnya saya perlu menerima hakikat bahawa saya sudah besar dan tidak boleh main2 lagi..suka atau tidak saya perlu melakukannya....saya boleh enjoy tp perlulah berpada-pada...cari rezeki yang menjadi keutamaan saya...soal populariti atau apa sahaja seangkatan dengannya bukanlah agenda utama saya..jadi siapa yang mencipta cerita sedemikian..diharapkan dapat berfikir panjang..hehehe...saya ni jarang suka lepak..setakat lepak2 biasa tu bolehlah..saya lebih gemar lepak di rumah sebabnya masa saya banyak habis di luar terutamanya apabila shooting..jadi saya rasa masa saya di rumah merupakan masa yang paling berkualiti utk saya bersama-sama family..namun saya tidak menolak kemungkinan yang saya akan lepak dan berhibur bersama-sama kawan2...bila takde shooting..saya akan call member2 dan kami akan lepak beramai-ramai..tambahan pulak masing2 dah ada haluan masing2..memang rindu la...tp kami still keep in touch...alhamdulillah..

Saya,Saudi,Nazmi,Maman dan Idris...

\
Me and Pawie time karok!..yeyeh:)

Yong,Den,Mimie dan Pawie

kebosanan

Me and Ina

haha!

kebosanan ketika di set!..hehehe

flower horn!..dah lama tak dengar nama ikan tuh:))hehehe

ceh2..hehe..abaikan..hehe:)

Me and iera...


saat bangun tidur..


taraaaa...kadang2 saya lepak rumah ibu roza,kadg2 rumah mimie dan kwn2 yg lain..kami memang saling menyokong antara satu sama lain..love them so much!:)


Artikel Metro







KIAN MENYERLAH...meskipun tidak 
kerap muncul di layar perak namun setiap lakonannya meninggalkan impak tersendiri.
KIAN MENYERLAH...meskipun tidak kerap muncul di layar perak namun setiap lakonannya meninggalkan impak tersendiri.
PERNAH sekali Allahyarham Yasmin Ahmad bersuara: “Syafie itu ikhlas orangnya. Lihat saja wajah serta matanya itu. Sungguh redup dan manis. Itu sudah cukup kuat untuk saya memimpinnya menjadi seorang pelakon yang berjaya satu hari nanti.”
Kata-kata Yasmin itu nyata bukan cakap kosong apabila hari ini melihat Mohd Syafie Naswip semakin menyerlah dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan dalam kelompok pelakon remaja baru, Syafie antara yang paling menyerlah.
Bertemu dengan Syafie di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini adalah detik yang menyeronokkan. Meskipun sibuk dengan jadual harian mahupun komitmen pembelajaran dalam Tingkatan 6, Syafie masih mampu mencari ruang untuk datang dalam fesyen remaja yang ceria, sesuai dengan usianya.

Mendengar ceritanya dan meneliti setiap jawapan yang dilontarkan, jelas ia menggambarkan bintang filem Mukhsin, Talentime dan Songlap ini ada wawasan tersendiri dalam bidang seni mahupun bidang sampingan. Harus juga dipuji dia juga bercakap dengan nada yang merendah diri yakni tidak bongkak.

“Saya hanyalah orang biasa. Saya sebenarnya masih segan-segan untuk berkongsi cerita kalau tidak ada yang bertanya. Memang beginilah perangai saya sejak kecil. Ini kerana sejak dulu, saya sentiasa merasakan diri saya banyak kekurangan. Jadi saya selalu mengharapkan agar semua orang memberikan saya ruang untuk memperbaiki mutu lakonan saya agar menjadi anak seni yang benar-benar bagus,” katanya.

Seperkara yang jelas, gara-gara lakonan yang berkesan dalam filem Mukhsin, sejak dulu lagi Syafie sudah sinonim dengan panggilan Mukhsin, terutamanya di kalangan warga kerja produksi filem.

Apa yang membanggakan, profil Syafie pernah diangkat ke tahap yang memuaskan apabila filem Mukhsin berjaya menghadiahkan gelaran Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia Ke-20.

Di samping itu, filem lakonan Syafie bersama Shaheizy Sam, Songlap, baru melabuhkan tirainya di pawagam. Ramai memuji lakonan Syafie bersama Sara Ali dan Shaheizy Sam.

Bagi Syafie, semua pujian yang dibentangkan kepadanya selama ini adalah hadiah daripada kerja kuat serta kesungguhannya berlakon.

Jauh dalam sudut hatinya, apa yang dicapai Syafie selama ini adalah menerusi laluan pintu yang dibuka Yasmin yang selesa dipanggil ‘Mak’ saja.

Kini sejak ketiadaan Yasmin, anak muda berusia 19 tahun ini sedar dia perlu semakin kuat memacu ke depan dan tidak seharusnya meletakkan kesedihan atau kekecewaan yang berbaki itu sehingga menyekat kemaraan bakatnya.

“Awal-awal dulu memang saya pernah sedih atau ‘down’. Apabila dikhabarkan yang Mak sudah tiada lagi di dunia ini, saya rasa macam hilang tempat hendak mengadu. Dialah penguat semangat dan tempat rujukan saya. Namun difikirkan semula, sampai bila harus saya bersedih? Jadi saya kena ‘move on’ berfikiran positif,” katanya yang pernah membintangi beberapa drama hebat termasuk Takbir Suci 2, Jidin, Ampunkan Dosaku dan Demi Masa. Kesemua lakonannya meninggalkan impak kepada penonton TV.

Tambah anak tunggal ini lagi, dia ada tanggungjawab yang besar untuk dikejar.

“Alhamdulillah setakat ini bakat saya masih dipandang. Masih ramai yang percaya dan datang memberikan tawaran. Maklumlah melihat pada persaingan pada hari ini, bimbang juga orang akan terlepas pandang namun semua itu hanya persepsi saja.
Sejak Mukhsin dan Talentime, saya masih terima banyak undangan walaupun kena juga berfikir soal pelajaran.

“Bagaimanapun saya seboleh-bolehnya akan menapis dulu setiap tawaran yang datang bagi mencari kepuasan sebenar sebagai pemain watak. Saya tidak mahu konsep ‘asal boleh’ dalam menerima tawaran lakonan tanpa memikirkan kekuatan watak dan plot cerita.

“Namun saya bukanlah terlalu memilih atau sombong. Cuma sebagai anak seni yang masih bertatih, saya inginkan kualiti dan sebuah karya yang betul-betul memberikan kepuasan.

“Saya kena kurangkan sedikit kerjaya lakonan dalam tempoh dua tahun ini memandangkan saya sibuk dengan pengajian di Tingkatan 6. Saya ingin habiskan dulu pelajaran seperti mana yang diharapkan mak dan abah kandung saya.

“Insya-Allah sebaik tamat pengajian nanti barulah saya akan kembali fokus kepada kerjaya lakonan secara total,” katanya yang mengimpikan watak penuh emosi dan sesuatu yang mustahil dilakukan dalam kerjayanya.

Pemegang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Ilham Suci ini turut diusik mengenai hal peribadinya.

Adakah Syafie sudah ada kekasih hati?

“Saya terlalu muda dan masih pakai ‘uniform’ sekolah. Banyak lagi perkara lain yang saya kena utamakan. Saya juga tidak pernah terjebak dengan cinta monyet di sekolah. Serius saya katakan, sayang saya hanyalah kepada kedua-dua ibu bapa, pelajaran yang menjamin masa depan serta kerjaya lakonan yang masih baru,” katanya yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam jurusan pengarahan filem.



TRIVIA SYAFIE
  • Syafie hanya menggunakan motosikal saja untuk ke mana-mana termasuk hadir ke Balai Berita untuk sesi fotografi.

  • Sekarang Syafie sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menempuh peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam aliran Sastera di sebuah sekolah menengah di Gombak Setia.

  • Jika tiada rezeki dalam dunia lakonan, Syafie ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Kerana itu juga dia sedang memperlengkapkan diri dengan pengetahuan perniagaan.

  • Syafie juga adalah Pengerusi Kelab Teater di sekolahnya dan pernah membintangi beberapa pementasan termasuk P Ramlee The Musical.

  • Ketika merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Ilham Suci, Syafie sebenarnya menewaskan ramai pelakon senior termasuk Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan dan Norman Hakim.

  • Syafie juga ingin melakonkan peranan lelaki ‘psiko’.