Friday, June 24, 2011

Asia Pacific Film Festival 2009/2010

Assalamualaikum semua..hari ni saya nak update mengenai pengalaman saya bersama-sama delegasi perfileman Malaysia ketika berada di ASIA FASIFIK TAIWAN FILM FESTIVAL 2009/2010...HAHAA...Saya terpaksa SLASHkan 2009 dan 2010 tu sebab saya pasti filem yang menang tu khusus utk tahun 2009 atau 2010...hehee....



Baiklah,saya berada di Taiwan selama 5 hari bersama-sama orang kuat Tv3,Wartawan,para pelakon dan beberapa orang belakang tabir antaranya Uncle Ahmad Puad Onah, Kak Gayatri Surin Pillai, Uncle Afdlin Shauki, Uncle Hans Isaac, Kak Liyana Jasmay, Mahesh,Kak Mas Muharni dan lain2...

Kali ini seperti biasa saya perlu terbang dengan FLIGHT utk kesana...hahaa..namun saya cuba utk mengawal diri daripada menjerit dalam FLIGHT sepertimana yang pernah saya lakukan ketika saya hendak ke Jepun..hehehee..


Macam biasa saya berdoa dalam hati agar selamat sampai dan mengucap berulang kali...hehee...

Film Festival ini dijalankan selepas beberapa bulan arwah meninggal dunia...Ini suatu permulaan pada diri saya...

Alhamdulillah kami semua sampai disana dengan selamat..kalau disana saya hanya rapat dengan mahesh,kak liyana dan kak muharni serta 2 orang wartawan....hahaa..ketika sampai disana,kami ditempatkan di sebuah Hotel yang sangat cantik yang diuruskan oleh dua gadis cina daripada Malaysia yang sedang praktikal disana..hehee..mula-mula saya sangkakan gadis taiwan yang boleh cakap melayu rupanya memang orang Malaysia laaa....heee..kecik je orangnya...saya xingat pulak nama diorang...tapi mereka la yang menjaga kami semua...heheee...
ini la mike..hehee...

inilah hotel kami...kelihatan daripada luar macam hotel lama je kan tetapi bila masuk,,perghh memang tak terkata..cantik wok!..tidur memang tak mau bangun dah...heheheee...

ni bilik yang disediakan..cantik kan!....^_^

Ketika tiba di hotel,kami diberi pass dan kami perlu memakainya setiap kali kami keluar....
lepas tu,masa utk makan malam laa...Alhamdulillah hotel ni masih menyediakan nasi walaupun jarang ada...makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka tetapi ada sesetengah makanan saya tak berani nak usik walaupun  terliur jugak melihatnya..hehehee..so lepas makan dan shoru..masa utk tidur la...hehehe..bila masuk bilik,memang tak leh nak kata apa-apa..tergamam je sebab biliknya bukan sahaja luas tetapi sangat cantik....hehee...dapat pulak saya kongker bilik tu sorang2,alahai terus zip mulut wok!..hehehee...

Keesokkannya saya bangun dalam pukul 6 am,wah macam tak percaya pulak saya boleh bangun sendiri..hehee..saya ni jenis yang susah nak bangun awal..kiranya kalau saya bangun awal tuh tandanya Abu bin Ajaib la tuh..hehehe...so lepas bangun tuh,saya try la bukak tingkap bilik...alamak!keadaan memang dah cerah macam pukul 7.30 am....haha...so lepas siap mandi dan sebagainya saya pergi ketuk pintu bilik mahesh,ajak dia pergi turun breakfast..bosan pulak sorang2 pergi breakfast...dia pun baru bangun..hahaha...kitorang pergi makan...kiranya kitorang orang paling awal makan la..hehee...saya hanya makan tomato,sayur dan mayonis je...xtw nak makan apa...lepas makan,kitorang try keluar jap daripada hotel tuh..kabus jangan cakap la memang tebal...sejuk gila...sampai pukul 8 am kitorang masuk hotel dan kembali ke bilik masing2...memang tak tahu nak buat apa...saya agak bosan jugak la sebenarnya..mm saya pun bukak tv..entah rancangan apa yang saya tengok saya tak pasti...saya duk tukar je channel ke channel yang lain..tiba2 sampai satu channel tu saya tak tekan dah..channel tuh ala2 macam akademi fantasia tetapi version yang lebih kelakar...channel tuh tidak lah memfokuskan kepada vokal peserta atau kebolehan peserta di atas pentas tetapi lebih menonjolkan keakraban para pesertanya dalam membuat lawak,bermain game yang telah disediakan...memang happening la..kalau tengok sorang2 tuh boleh tergelak sorang2 la...hahaa...

So bila dah habis rancangan tuh,saya pun tidur...hari pertama memang membosankan..saya tak tahu nak buat apa..hahaha..takda sebarang aktiviti..jadi saya hanya terperap dalam bilik je la..kalau bosan saya singgah bilik mahesh untuk on9...hehehe...

Pada malamnya,kami semua pergi makan dekat sebuah hotel dengan berpakaian formal...


jeng-jeng-jeng-jeng..pasukan power ranger dah siap nak penuhkan perut..hehee...

Mahesh


Sepanjang saya disana,saya hanya mengambil gambar kak liyana dan kak mas sahaja..hahaa...saya memang sukakan kamera dan saya suka mengambil gambar...haha..tambahan pulak,kak liyana dan kak mas agak gila2 dan toing sikit orangnya jadi kami cepat mesra..kalau anda semua nak tahu,inilah pertama kali saya berjumpa dengan kak liyana dan kak mas setelah 4 tahun bergiat aktif dalam dunia hiburan....saya sangat sukakan lakonan kak liyana jasmay dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat berlakon dengannya...(^_^")

Lihatlah kecomelan pasangan ini..hehehe...



Syafie Naswip,Mas Muharni,Liyana Jasmay dan Mahesh Jugal Kishor


Hari berikutnya barulah kami semua keluar jalan-jalan..hehee...kami pergi kemana tah menaiki bas yang telah disediakan....kami pergi melawat tempat2 di sekitar bandar...




haha..kak liyana,sabar erk..nanti kita balik Malaysia k..hehehe


Ini antara tempat menarik yang menjadi kunjungan kami semua...

saya bersama-sama wartawan yang sangat sporting Abg Latiff dan kak mas

ketika ingin beredar,makcik ini menarik tangan saya dan menyuruh saya mencuba menilik nasib...hehe...


me and kak mas..
Selepas selesai melawat,kami ke bandar untuk makan tengahari..kami singgah ke satu restoran ni untuk makan tengahari namun nasib kami kurang baik sebab restoran itu menyediakan babi sebagai hidangannya...nak tak nak kami semua terpaksa berjalan kaki mencari kedai yang halal...Apabila selesai makan,kami diberi dua pilihan samada ingin meneruskan perjalanan atau mahu berehat di hotel...saya,mahesh dan lain2 memutuskan untuk balik ke hotel manakala yang lain meneruskan perjalanan..hehee..

Apabila tiba malam hari,kitorang bersiap untuk makan malam...


yang menariknya pada malam ini kami bukan sahaja dihidangkan makan malam yang sedap2 namun turut dihidangkan dengan persembahan penyanyi2 korea yang sangat berbakat..hehe..k'pop ada,semua ada..hehee...saya ni pantang bila nampak orang menari2 ni..hehee...sambil makan hidangan seafood tuh,kaki saya sedikit demi sedikit bergetar mengikut rentak..hehee...mula-mula saya agak malu nak menari...tetapi bila mahesh,kak liyana jasmay dan uncle hans dah start...tak boleh tahan daa...saya pun join sekaki...hehee..tiba-tiba penyanyi2 tuh turun daripada pentas dan menuju ke arah kami dan menari sekali dengan kami..haha...masing2 mencipta tarian yang tersendiri walaupun tarian tu hancur namun masing2 tetap bersemangat..hahahaa...Tiba-tiba kak gayatri cakap dekat saya"lepas ni kalau i buat filem ala-ala menari i suggest nama u k"..saya hanya tersenyum je sebab tarian apa saya menari saya tak tahu..haha..bantai je..hehehe..


haha..gambar selepas penat menari...:))hehehe..lupa nak cakap...baju yang saya pakai ni serupa dengan baju mahesh..masa kami nak turun ke lobby tetiba mahesh pun pakai baju yang sama cuma warna baju dia warna hitam...lepas tu dia tergelak dan pergi naik atas balik dan tukar baju..hehehe..


Masa untuk berjalan-jalan di malam hari...hehee



Keesokkan malamnya,hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang..hehe...hari penentuan segalanya...Talentime dan Wayang antara filem Malaysia yang tercalon di ASIA FASIFIK TAIWAN FILEM FESTIVAL...Alhamdulillah...kalau ada yasmin,dia tentu gembira.....

Akhirnya,kami tiba di destinasi kami..saat kami turun bas tu...saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya lihat...terlalu ramai manusia yang hadir..ditambah dengan dewannya yang sangat besar....saya tidak mengharapkan kemenangan...sudah tercalon,saya sudah bersyukur....Kekadang saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya ada sekarang..geli hati bila memikirkannya...Thanks ALLAH...Masa ni abg afdlin terlalu teruja sehingga mengeluarkan kamera peribadinya dan menangkap gambar kami semua...begitu juga dengan abg latif...hehee...masa ni kak mas sangat cantik sebab memakai pakaian tradisional...hehee...kak liyana juga cantik:))...



saya dan kak mas berjalan bersama-sama ketika di RED CARPET...

memang meriah!

Wachaaaa!..hehee..tendangan daripada salah seorang pelakon korea..




Tentu anda semua masih ingat pada 2 pelakon cilik ini....yang berlakon Filem Slumdong Milionaire...

Apabila tamat sudah acara Red Karpet,pintu dewan ditutup maka bermulalah celoteh2 pengacaranya dalam mengemudikan majlis daripada permulaan hingga pengakhirannya..segalannya berjalan dengan lancar...seorang demi seorang artis mereka membuat persembahan dengan begitu baik sekali...
Selepas penyanyi ini membuat persembahannya,majlis terbabit terpaksa berhenti seketika...padahal tengah live tu tetapi terpaksa berhenti utk siaran iklan sebabnya sebahagian kawasan Taiwan bergegar teruk akibat gempa bumi....ini first time saya terlibat dengan perkara macam ni...pada mulanya kita tidak akan sedar langsung yang dewan tu bergegar...saya pelik juga..kenapa masa saya pegang hp tetiba hp saya macam bergegar...saya ingatkan perasaan saya je..tiba-tiba seluruh dewan kecoh dan berlari meninggalkan tempat duduk mereka..saya memandang ke arah siling dan tenyata gegaran yang kuat tu hampir menjatuhkan lampu2 besar dan besi2 yang diletakkan di bahagian siling...semua orang seperti tidak keruan..masa tu saya tidak tahu nak buat apa..hanya berserah je la dan berinstifar banyak2...saya terus fikirkan mak saya...aduhai..tetapi keadaan kembali terkawal selepas beberapa minit..mujurlah tidak apa2 yang memudaratkan berlaku kepada kami dan orang lain...cuma gegaran je...Alhamdulillah...Selepas beberapa minit,majlis kembali meriah..pengacara muka pucat lesi je sebab takut...hehee...Apabila pengacara tersebut mengumumkan persembahan seterusnya akan dinyanyikan oleh kumpulan Super Junior,satu dewan riuh dengan pekikan terutamanya golongan gadis2 muda..hehee....saya mulanya macam biasa je tetiba baru saya teringat rancangan  yang saya lihat tempoh hari di tv rupanya super junior..ini  pertama kali saya melihat mereka secara live..saya tidak tahu mereka penyanyi..selepas itu saya tidak berhenti mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa...memang saya rasa sangat bertuah sebab dapat melihat mereka depan2..bukan senang nak dapat peluang macam ni...Semenjak haritu,saya tidak berhenti mendownload lagu2,klip2 video dan menghafal lagu2 mereka..hehee..saya sangat sukakan tarian mereka..dan bila saya melihat video mereka,saya mendapat banyak idea dan inspirasi baharu yang saya dapat terapkan dalam kehidupan peribadi saya dan lakonan saya...saya sukakan style fashion mereka..walaupun kelihatan agak janggal jika di Malaysia tetapi bagi saya..itu sesuatu yang unik dan cool...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...



Malaysia tidak membawa kemenangan apa-apa...filem terbaik dimenangi oleh negara indonesia iaitu Laskar Pelangi...


Laskar Pelangi (2007) adalah adaptasi dari novel berjudul sama oleh Riri Riza dan Mira Lesmana yang mendapatkan nominasi untuk 2 Kategori utama pada penyelenggaraan ke 3 Asian Film Awards yang digelar di Hongkong, yaitu Best Editing untuk Dono Waluyo dan Best Film. Untuk nominasi film terbaik Laskar Pelangi bersanding dengan Ponyo (Jepang), The Good the Bad the Weird (Korea Selatan), Tokyo Sonata (Jepang), Red Cliff (Hongkong) dan Forever Entralled (China). Laskar Pelangi juga mendapatkan Signis Award dalam Hongkong International Film Awards 2009. Penghargaan The Golden Butterfly Award untuk kategori film terbaik di International Festival of Films for Children and Young Adults, di Hamedan, Iran. Awal tahun 2010 lalu film ini kembali mendapatkan penghargaan, kali ini untuk Cut Mini sebagaiBest Actress pada Brussels International Independent Film Festival. Dan yang paling terbaru adalah menjadi Best Film pada Asia Pacific Film Festival 2010.


Walaupun Malaysia tidak membawa apa-apa kemenangan namun usaha yang yang telah dijalankan mampu membawa nama Malaysia sebaris dengan negara-negara lain...kemenangan bagi saya no 2 yang penting kita mencuba dan apa yang lebih penting adalah pengalaman....
Keesokkannya kami semua enjoy sebab kami semua boleh shopping sepuas-puasnya...hahaha...tanpa sebarang sekatan...saya ikut group abg latif,mahesh,kak maz dan kak wartawan lagi seorang dan kak liyana bersama-sama ibunya serta abg fazil kalau tidak silap..manakala uncle afdlin bersama-sama isterinya dan uncle hans....
Keadaan memang riuh gila..semua kedai kami masuk dan terjah...hehhee....memang best!...memandangkan FLIGHT kami malamnya jadi kami perlu cepat2 membeli belah....hehee..saya membeli banyak jugak baju2 dan kasut....kalau dilihat dengan mata,memang rambang la mata den..hehee..tak nampak dah sebab semuanya cantik2...hehee..saya beli dekat mak beg tangan..warna kuning...bagi saya beg tu sangat special dan dekat ayah saya belikan jam...saya belikan 3 warna iaitu hitam putih dan kuning...saya beri pada ayah warna hitam,pawie warna putih dan saya warna kuning..lihat sahaja aksi kami ketika shopping..hehe....





Ketika disana,saya tak puas makan sotong bakar yang dibakar oleh seorang uncle cina ni..sangat sedap..saya suruh dia bubuh black pepper banyak2...memang sedap sangat2....^_^


Selepas bershopping,semuanya kembali bersatu di kedai makan dan berehat..semua muka dah penat..hehehe..selepas tu kami pulang,mandi2 dan terus bersiap ke airport...

Jumpa LAGI......Terima kasih Taiwan kerana menghadiahkan saya pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya...see ya:))




9 comments:

missbby said...

salam, pengalaman yang adik dapat tak semua orang dapat..seronok kan...:)

[ h a f i z ] said...

perghh, bestnye dapat jmpe kak liyana, super junior.. jelezzz ni. haha
nak gak jmpe dorang..
Ouh, pnah tgk cte talent time ni,
x silap, yg menyanyi ngan piano tu sedap sore dye...

wah2, shopping sakan mengalahakn hfz..
x ley jadi ni. haha

Iman Hakimah said...

Wahhh. Taiwan. ! Yahh. Memang tak semua org dpat rasa pengalaman mcm tuhh. U're so lucky lahh. :D anyway , keep it up dlm dunia seni! ;)

Syafie Naswip said...

missbby:Alhamdulillah..terima kasih kak...hehee...Allah yang mempermudahkannya...


hafiz:cepatnya dah 3 comment..hahaa..anyway thanks hafiz...haha...takpe t leh contact super junior...hahaha..dlm karoeke k..heheheee...:)))...a.ah talentime yg pasal pertandingan atas pentas:))


iman-tq awk....Alhamdulillah,,:))doakan k:))

*NuR* said...

Waahhh..bestnyer... Congrat's juga sebab bawa nama malaysia even xmenang ape2 pn..pengalaman itu lg penting untuk jd yg terbaek. Keep it up boy.. gud luck :)

Iman Hakimah said...

Sentiasa doakan untuk Syafie ;)

amy syifa said...

bestnya shopping!!
sana barang murah ke?
apa matawang dia ek?

safina effy said...

utk membuktikan sye dah baca one by one dan dah tgk picture tu semua .sye nak ckp ,sye nak jadi artis jugak one day ~ heheheh salah salah . nak ckp ,,interesting ,jeles dll .semua ada :D

PeNdEkA said...

hensemnye mahaesh haha..wow best nye dpt travel!