Monday, May 23, 2011

Mirip atau saja-saja

Ai Assalamualaikum semua,
Malam ni saya nak ceritakan tentang kembar-kembar siam saya yang sentiasa menghantui saya tidak kira walau di mana saya berada.....hehehe..dah macam Line DIGI pulak..sentiasa bersamamu..hehehe...baiklah ceritanya begini...

Ni Gambar Saya--------                                        

SHAHEIZY SAM--------
RUSDI RAMLI----------
REMY ISHAK----------
FIZZ FAIRUZ-----------
IQRAM DINZLY---------
ALIFF JEFRI-------
FAUZI NAWAWI----------
AMRAN ISMAIL---------
ERRY PUTRA---------
ADDY ASHRAF---------



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SHAHEIZY SAM-Semenjak saya berlakon dengan beliau dalam FILEM SONGLAP, orang ramai akan kata saya dan abg sam seperti adik beradik sebab mereka kata kami mempunyai sifat pemalu yang sama,dan beberapa ciri lain..apabila ditanya pada kak fizi(director Songlap)dia cakap dia pilih saya dan abg sam dalam songlap kerana bentuk jalinan muka yang hampir serupa..hehehe..even krew2 filem pun dah anggap kami macam adik beradik..haha...kelakar2..

RUSDI RAMLI-Sewaktu zaman Filem Mukhsin ditayangkan,ada segelintir penonton keliru dengan saya sebab mereka beranggapan saya adik kepada pelakon popular Rusdi Ramli..bukan itu sahaja,even sewaktu saya shooting drama2 tv pon make up artist turut confused dan tanya dekat saya adakah saya adik rusdi ramli..sebab mereka kata wajah saya hampir serupa dengan aktor terbaik tu..entahlah...saya rasa lain je..hehehe...

REMY ISHAK-Selepas Kegemilangan Drama Nur Kasih,wartawan yang berjumpa dengan saya mereka berkata saya ada iras-iras dengan abg remy dari sisi muka..sebelum tu pun masa Abg Remy Ishak berlakon Anak Halal dan Sinderella,pengarah Raja Ahmad Allaudin pernah berkata yang saya macam dia..dalam hati saya berkata''ayoyo ramainya bebenor wajah sama"hehehhe...

FIZZ FAIRUZ-Sebenarnya semasa zaman filem Anak Halal dahulu,orang pernah kata yang muka saya hampir serupa dengan wajah abg Fizz Fairuz..hehehe..namun selepas tu macam reda balik..tetapi lepas masuk program Fuhh tempoh hari,lagi ramai pulak yang kata saya macam fizz fairuz..hehehehe...ado2 jo..heheh

IQRAM DINZLY-Penonton mula samakan wajah saya dengan abg Iq selepas telemovie demi masa keluar tv...saya bukak fb,org kata casting memang sesuai sangat2 sebab bentuk muka,cara lakonan hampir serupa dalam telemovie itu..hehehe..sebab dalam telemovie tu saya memegang watak Nazli semasa kecil manakala peranan besar dipertanggungjawabkan oleh Abg Iq.....selepas habis job tu saya dapat job lain namun wajah kami yang hampir sama tetap menjadi bualan kepada penonton yang menonton..hehehehehe..

ALIF JEFRY-Alif jefry ni jangan cakap,kira dalam ramai2 ni pengaruh beliau lah yang paling kuat sekali..heheheh...ada penonton salah faham dan menukarkan antara kami berdua...kata mereka saya budak yang berlakon cerita Geng Bas Sekolah manakala Jeff yang berlakon mukhsin..hehehe..even kalau saya pergi anugerah atau shooting,kebanyakkan khalayak tertukar antara kami....hehhee..ada satu cerita ni masa tu saya form 4..saya berlakon telemovie A untuk Abah di Kuala Selangor...masa on the way ke lokasi,saya dan adik saudara saya Nick Syazwan Naim melintasi sebuah rumah kampung ini yang berhadapan dengan sawah padi ,tiba-tiba tuan rumah ini memanggil saya di hadapan halaman rumahnya..dia minta bergambar dengan saya...so dia pun pergi ambil kamera peribadi beliau bersama2 anak2 beliau...dan apabila dah bersedia,dia suruh saya memegang anak bongsunya yang masih kecil manakala anaknya yang lain berada disisi saya...jadi adik saudara saya tolong untuk ambilkan gambar menggunakan kamera beliau namun belum sempat adik saudara saya menekan button tersebut,beliau bertanya pada saya dengan nada yang sangat gembira.."Adik yang berlakon Geng Bas Sekolah tu kan"???...lepas tu saya menggelengkan kepala dan berkata"tidak,saya berlakon filem Mukhsin"dengan nada biasa...apabila mendengar respon sebegitu daripada saya,riak wajah beliau bertukar daripada gembira  kepada sedikit masam....lalu tanpa sempat mengambil walau sekeping gambar,beliau merebut anak bongsu beliau daripada pangkuan saya dan membawa kamera peribadi beliau bersama anak2nya masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap dan pintu...so saya ingatkan dia terlupa sesuatu..rupanya memang dia sudah tidak berminat untuk bergambar..jadi saya dan adik saudara saya hanya beredar menuju ke lokasi pengambaran...hehehhe...

FAUZI NAWAWI-Hehehe...kalau abg fauzi baru 2 orang sahaja yang kata iaitu Abg Fauzi Nawawi sendiri dan isterinya,Kak Lisdawati sewaktu kami lepak 4 tahun lepas...hehehe..

AMRAN ISMAIL-Kalau abg amran antara yang kuat jugak pengaruhnya kepada saya....ramai yang terkeliru antara kami..dari segi muka,bibir yang agak tebal dan lebar..cuma bezanya dia lebih tinggi,berbadan sasa dan
agak matured....ada yang kata kami adik beradik kandung malah ada jugak yang kata saya ialah jelmaan amran ismail dan amran ismail adalah pelakon mukhsin yang sudah besar..memandangkan saya jarang berlakon jadi mungkin penonton sangkakan saya dah besar..hehehehe..sebenarnya saya masih sekepeng je..hehehee....

ERRY PUTRA-Dahulu masa saya form 3,ramai jugak yang kata saya macam abg erry putra tetapi bila saya dah besar sikit...dah senyap dah..Alhamdulillah..hehehehehe

ADDY ASHRAF-Dulu masa zaman mukhsin dan tentang bulan juga,penonton tertukar kami berdua..bukan penonton sahaja malahan production yang nak beri tawaran kepada saya jugak kadang2 sangkakan saya addy asyraf yang berlakon filem Tentang Bulan..hehehe...saya pun tak tahu la lepas ni saya akan dikaitkan dengan siapa pulak..hahahahhaa..Saya pernah bergurau dengan Abg Sam(kata saya)-wajah saya seperti setiap wajah yang dinyatakan di atas ini namun bila pulak mereka mahu mengikut wajah saya..heheheheh..Abg sam hanya ketawa melayan kerenah saya..hehehe..

Walau bagaimanapun,mereka semua sangat sporting dan terbaik dalam lakonan...baiklah sampai disini dahulu..next time kalau ada masa saya akan bercerita lagi..nantikan k.anda semua jaga diri k..terima kasih sebab sentiasa menyokong saya dalam industri ini...anda sebahagian daripada hidup saya..Night:))

40 comments:

laskar pelangi said...

wah!!

amy syifa said...

eh kejam betul org tuh ek? siap tutup pintu,tingkap..ish2..

suke jgk aliff jefri tp akak xpernah keliru antara korg berdua..huhu

dgn shaheizy sam,senyum same kot..=)

Unknown said...

nice..all...pic....

Hudalatip said...

ramai betul yang seiras, hehe..semoga terus barjaya dalam bidang pelajaran dan bidang seni...:)

N_A said...

Biase org kate..
Ade 7org rupa sme lam dunia nie...
Tp nie cam dah terlebih jea.. heheheh.... :)

Anonymous said...

hahaha,nice,.dulu pon sy minat adik sbb muka ala2 remy plus sgt berbakat!

Syafie Naswip said...

laskar:hehehe:))

amy:hehe..tak tahulah,biasalah manusia:))

meor:thanks bro:))


missbby:amin2..moga2 masin kata2 awk:))

n-a:hehee..ni dh terlebih pulak kan?heheheh


ano:hehehe..alhamdulillah..thanks:))

[ h a f i z ] said...

waaa, sume yg ayie mirip tu,
'sume plakon hebat2 n popular..
mksudnye, x lame agy ayie mgkin bleh kalahkan dorang n dapat bnyk anugerah..
haha..
InsyaAllah, x mustahil..

Nursyafika said...

wah ! bestnye jadi pelakon...
btw , thanks bagi link blog .. :)

Syafie Naswip said...

hafiz:hahhaa..ade2 je hafiz ni...takdalah..xpernah terfikir dlm hati nk jadi popular..hahha saya paling gubra kalau dgr perkataan popular..hrp2nya jgn la saya jd popular..tq bro..bro,saya nk tnye sikit...hafiz mmg penyanyi eh???

nursyafika:hehee..best sbb dpt jd diri org lain...and merasai ape yg dirasai individu yg kite lakonkan tu:))welcome awk:))

[ h a f i z ] said...

bgus2.. berkarya bukan sbb nak popular. tetapi utk menyampaikan mesej kepada org ramai kan..
tpy biase nye kalau bakat tu da ada, msty popular laaa. kene bersedia laa ye ayie utk menang bnyk anugerah lepas ni.. huhu..
ehh, hafiz bukan penyanyi laaa, menyanyi tu hobi je..
saya nak jadi dentist. doakan hafiz ye. tgh tguu result degree UPU ni..
hmm, mcmne taw hafiz nyanyi2 ni ?

Syafie Naswip said...

hafiz:mm kalau dah tertulis begitu kene terima jugak la but utk skunk,mmg xbersedia lg kot..hahhaa..anyway ooh cool la..xcbe pergi mana2 audition???

[ h a f i z ] said...

owhh, stakat ni x pnah cube ape2 auditions...
same laa mcm ayie.. takut gak kalau org dah kenal kite,,
rase rimass,.. yelaaa, kite sentiasa diperhatikan..
(haha, saya cakap mcm bajet saya akan popular je, lain la mcm ayie,, mmg berbakat)
jap,, tgk video sy kat youtube ke ayie ?

N_A said...

hihihi.... tu la pasal.. tp ok la 2, nice la, mke awk mirip ngn artis terkenal.. Moga2 satu ari nnt awk lebih hebat dr yg lain 2 enn... :)

Syafie Naswip said...

hafiz:haha..tp walau mcm manapun nk xnak kena juga jalani..takpelah...alaa hafiz kalau dh ada bakat tu jgn duk pendam2..keluarkan je...mana tahu ada rezeki..hahahahaa....takdalah xtgok u-tube pon sbb aritu saya tgok blog hafiz nmpk gmbr tgh pegang mic...


n-a:hahha..insyallah..awak rasa mirip ngan saya eh??hahaha..iinsyallah amin2..selagi ada peluang saya akan sentiasa berikan yg terbaik..amin2:))

N_A said...

Pada sy, kalo pandang skali imbas ade la jugak diantara yg mirip yg ngn awak... :D

[ h a f i z ] said...

xpe,, kalau ayie da popular gile2 nnty, yg ptg kene low profile ye. huhu..
owh. haha, tgk gambar tu rupenye..
dah follow my blog ke x ni ? haha

[ h a f i z ] said...

eh ayie,, nak join my contest x ?
"senyuman mahal"
ayie kan ade senyuman yg mmbuatkan arwah yasmin ahmad tertarik..
mne taw boleh menang contest ni.
hari ni last ..
ni link dye >>>
http://flylik3abird.blogspot.com/2011/04/my-contest-senyuman-mahal-d.html

Syafie Naswip said...

hafiz:amin2..insyallah,sebelum masuk industri ni pon saya xnk lupa diri..insyallah,dgn doa ibu bapa,and semua yg kenal saya..insyallah Allah akan lindungi saya:))hahha

Syafie Naswip said...

hafiz:hahaha..senyuman mahal??hehehee..hahaha..xtw lagi leh join or not..kat mana buat??

Syafie Naswip said...

hafiz:saya xdpt bukak hafiz punya la...cam hang..laptop buat hal..how bende tu??

[ h a f i z ] said...

laaa, yeke x leh bukak..
hmm kalau susah sgt,
pegy kat blog hafiz.
pastu kat side bar tu ade gambar siley. click kat situ..
sume info pasal contest tu ade kat situ..
contest tu is my first contest..
care penilaian adalah berdasarkan gambar yg dipertaruhkan.
senyuman yg kite cari adalah senyuman yg mahal. haha, x kire laa senyuman sinis ke, senyuman buat2 ke, senyuman happy ke, senyuman bangga ke, senyuman paksa ke.. x kesah, yg penting senyum. syarat dye senang je.. bace la sume syarat2 dye kat my blog tu k ?

[ h a f i z ] said...

oklaaa, jap ye, sy copy paste pasal contest tu kat sini je laa ok ?


syarat2 nye simple je : ~

> buat satu entry yang bertajuk ~
"hafizzainal's contest - senyuman mahal "

> Letak banner contest ni dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.

> plg penting, letakkan la pic anda senyum. x kesah laa pic sorang2 ke pic ngan membe ke. cuma, kalau pic ngan membe tu, bgtaw laa yang mne satu anda .. kriteria yang di cari bukan lah rupa yang cantik or yg hensem semata.. tpy dinilai dari sume sudut ...
tips : just bgy gambar yang mempunyai senyuman yang x ternilai, cheewaahh. haha..

> pastu cite sket ttg pic tu. simple2 je. contohnye nape senyum mse tu, or bgtaw knape senyuman anda unik dan mahal or ape2 laa ye.
bebas je :)
or, korang just tulis caption je kat bwh pic tu pun boleh. x payah panjang2 sangat pun xpe ...

> Jangan lupa letakkan link entry anda di ruangan comment :) so, senang la sy nak menilai blogger2 yang join ..

> Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yer. bru la meriah ... :)

Expired date : 31 / 5 / 2011 sbelom pkol 12 malam

terbuka kepada semua blogger.. join taw... biar meriah. ramai2 join

Syafie Naswip said...

hafiz:hafiz saya mnx maaf td ade hal sket so xsempat buat..ni baru balik..and baru on9..sorry :))

[ h a f i z ] said...

eh sempat agy laaa.
salah ckp tdy..
tarikh tutup dye 31 mei..
salah tulis tarikh daaa.
join laaa. sempat agy.. esok malam pkol 12 baru tutup..
join taw

PeNdEkA said...

sokong yg part iqram dinzly tu 200%!

Iman Hakimah said...

AHAHA :D Yang ni besh ! Ehee, tambah2 yg Alif Jefri uhh , agak terkilan gak ehh pakcekk tuh , buat macam stranger ja wlaupun syafie bukan belakon cita geng bas sekolah uh. teerus2 tak jady nak snap pic. hahap. macam2. :) btw , follow me back. www.thisisimanhakimahlife.blogspot.com :)

Anonymous said...

kne tmbh lg sorg...
alam wakaka crew
=)

yourbae said...

muke iras-iras mereka ? hm ,nothing to say sebab muka abg pun cam muka abg saya :p hehehe

diana kamal said...

muka seiras ptotnye de 7 je dlm dunia nih.. tp nih mcm dh lbeyh je. hahaha

cinta muka buku said...

hha3x,,perasan jugak time dekat rancangan fuhh tu,,memg macam adik beradik,,care senyum pun sama,,=)

C i k P i p i T e m b a m said...

yg Amran Ismail tu paling sama . hahaha . seriuss !

sue perbs.. said...

sbnrnye kan sy rase sfafie naswib ni paling iras dengan adi putra.. ingtkan adik bradik.. muke same

Syafie Naswip said...

sue-hehee..wujud sorg lagi..hhehee..anyway tq sue:)

Anonymous said...

mirip atau saja-saja ?? ekeke .. ad la mirip ny tuyh , lain org lain pandangan kan .. and as for me .. Syafie ad mirip ny ngan Amran tuyh :))

nabila said...

i thought pelakon utama geng bas skola " amin " is you.. rupanya.. skrang baru tau.. hehehe.. muka alif jefri dan shafie naswip mmg hampir2x serupa..

> hope , dapat tawaran berlakon byk-byk.. ;) i think , lps songlap.. confirm syafie naswip bakal popular.. and lagi dan lagi berjaya.. ;)

Luv it!! said...

mmg muker hampir same <3

Aimie Anuar said...

Holla ..Assalamualaikum syafie ...when u talk about this suddenly .. i remember about my friend ..Muhammad Amirul Firdaus Nor Azam(awk tak tahu ,tp sy still nak mention:D) ...muka dia memang sejibik macam awak ...mane tak nye first time jejak kaki kesekolah baru ..tup-2 tgk muka MUKHSIN ...tenganga mulut ..marah bukan main dia bila sy pnggil dia MUKHSIN ..


-sorry banyak merapik :D hanya untuk share story ..nnt ada masa sy post gambar dia dekat fb ..okay :)-

promote time :D hey ,ade masa visit lah my blog ..
htpp:/gadisbersepatubiru.blogspot.com/
*visit je ..tak follow pun tak pe :)

sayangkinabalu said...

Salam 1 mlsia,enth bg sy fizz fairuz tu pling cute...hensom...macho....mantap zahir batin....i suka sngat kat dia...kira llaki mcm dia yg nak d jdikn yg istemewa tp bukn dia la sb dia da ada gf.smpi skrg x jmpa2....agaknya xde mirip fizz dlm dunia kot....aaaaaa.....x kesah gosep ttg fizz i x mau tau...bg i dia terbaik...

sayangkinabalu said...

Huhuhu mirip....xda cinta aku dan dia n bnyk lkonan dia g fizz xda mirip dgn sapapun stakat ni....syafiee naswep ramai yg sama muka dgn dia ni...