Sudah biasa berkerja di bawah arahan pengarah tersohor Yasmin Ahmad, pastinya tidak dapat tidak perbandingan dilakukan antara pengarah suami isteri iaitu Effende Mazlan dan Fariza Azlina Isahak dengan pengarah filem Talentime itu.
Menurut Syafie yang cukup dikenali menerusi filem Mukhsin, setiap pengarah ada cara mereka yang tersendiri untuk menterjemah lakon layar ke dalam bentuk visual.
“Pada ketika saya menerima tawaran membintangi filem ini, saya pernah berkata kepada kak Fizi yang dia ada sikit-sikit seperti Yasmin pada aspek cara berkerja. Fizi bukan jenis yang menengking atau memarahi pelakonnya. Saya suka cara mereka berkerja dan apabila mereka menegur cara lakonan saya, saya anggap ia satu nasihat untuk memperbaiki mutu lakonan saya. Dia buat saya faham subteks itu dengan lebih mendalam. Songlap lebih memfokuskan kepada isu sosial. Cara pengarah menterjemahkannya ke dalam bentuk visual amat berlainan.” ulas Syafie mengenai kaedah setiap pengarah dalam mendapatkan visual yang terbaik.
Walaupun jarang kelihatan di layar perak, sebab utama Syafie memencilkan diri bukanlah kerana tidak mendapat tawaran sebaliknya dia lebih mengutamakan pelajarannya buat masa ini.
“Saya lebih banyak ditawarkan untuk membintangi drama berbanding filem. Bukan kerana saya memilih tetapi saya agak sibuk dengan pelajaran di Tingkatan Enam Atas buat masa ini. Memang kalau difikirkan memang saya mahu skrip yang betul-betul kuat. Tapi semuanya bergantung kepada rezeki.
Mengulas penglibatannya bersama pelakon ternama seperti Shaheizy Sam dan pelakon baru Sara Ali, Syafie berusaha mencuri pengalaman mereka demi mendapatkan “dunia” yang digambarkan oleh pengarah filem itu.
“Setiap kali saya masuk set memang saya akan gemuruh. Saya akan minta pendapat semua orang tentang hasil lakonan saya, baik pengarah mahu pun krew. Imaginasi saya pada watak tersebut mungkin ada hadnya dan saya mahu mendapatkan pandangan pihak lain juga tentang apa yang telah saya persembahkan. Digandingkan pula dengan mereka yang berpengalaman, pastinya saya akan gunakan peluang tersebut untuk mencuri pengalaman mereka. Saya akan pastikan saya berjaya masuk ke dalam “dunia” yang digambarkan oleh pengarah.”
Memegang peranan sebagai Ad, adik kepada Shaheizy Sam (Am), filem Songlap bakal membawa penonton menyelami dunia sindiket pemerdagangan manusia yang berleluasa masa kini. Pasangan adik beradik itu terperangkap dalam sindiket penjualan bayi dan berusaha menyelamatkan Hawa (Sara Ali) dari menjadi seperti mereka.
Songlap bakal ditayangkan kepada umum mulai 15 Disember depan
.

No comments:
Post a Comment