Wednesday, December 28, 2011

Hidup suatu perjuangan

Assalamualaikum..
Hidup suatu perjuangan...
sejak kecil lagi kita diajar erti perjuangan dan persaingan..kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan kita berjaya...ada yang sanggup melakukan cara salah utk berjaya dan ada yang sebaliknya...
matlamat kita hanyalah utk mencapai kejayaan...
kejayaan yang tidak pernah mengenal titik noktah...
kejayaan yang membelakangi keunggulan...




Berjuta-juta sperma berjuang mati-matian utk mendapat pengiktirafan "paling kuat"..tetapi hanya satu sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab ini...apabila selesai dilahirkan,kita perlu terus berjuang utk hidup..kita berjuang utk menjadi kuat..kita berjuang utk menjadi pandai..kita berjuang utk menonjol..kita berjuang utk segalanya...

kita berjuang utk mengejar pembangunan..

kita berjuang utk bergaduh,mencakari dan sebagainya

kita berjuang utk negara

kita berjuang utk agama

kita berjuang utk berperang..



kita berjuang utk hidup dan menyakiti org lain

kita berjuang utk menjadi yang paling hebat

kita berjuang utk cantik,
kita berjuang utk duit,
kita berjuang utk diri sendiri,
kita berjuang utk ibu bapa kita,
kita berjuang utk org lain,
kita berjuang utk hasilkan filem,
kita berjuang utk dicintai,
kita berjuang utk mencintai,
kita berjuang utk mendapat nama,
kita berjuang utk menjadi keikhlasan...

dari segala aspek kita berjuang samada baik atau tidak...semuanya pasal kehidupan..kadang2 saya rasa perjuangan ini sesuatu yang memeritkan dan menyeksakan..apakah ini matlamat perjuangan??adakah perjuangan menuntut seseorang melupakan seseorang yang lain??apakah tanpa perjuangan manusia tidak boleh hidup??..adakah perjuangan ini membuatkan manusia itu lebih mementingkan diri sendiri??..bagi saya perjuangan itu tiada salahnya..kita memang dilahirkan utk berjuang...namun sikap manusia itu sendiri yang mencemarkan erti perjuangan yang sebenarnya....pelajar yang bodoh,buta tuli dibiarkan sehingga bertambah jumlah angkanya..kebodohan dan kekurangan mereka dipandang remeh oleh masyarakat dan meletakkan mereka di hierarki paling bawah..kewujudan mereka tidak pernah dihargai dan seolah-olah hilang ghaib disangka mati walhal mereka berada di depan mata...para pelajar yang berpotensi dan bijak sering diberi peluang utk terus maju ke hadapan dan mereka lebih bernasib baik apabila mereka "berduit" dan "mempunyai nama"..itu suatu peluang cerah buat mereka..bagi mereka yang pandai namun kekurangan dari segi harta sering ditinggalkan dan perlu mencari tapak dan ruang utk bernafas dan terus hidup...kekurangan mereka itu dianggap menutup segala peluang yang ada..bagi saya,kekurangan itu mesti diisi bukan dengan dibiarkan..kita hanya belajar utk mengenal erti kelebihan sehingga kita melupakan erti kekurangan......

2 comments:

Hanie Faharudin said...

like your post kawan :))

Unknown said...

Assalamualaikum...
tahniah syafie, ada pengisian...
semoga ALLAH merahmatimu dan memudahkan urusanmu..