Thursday, February 16, 2012

Artikel melalui Gua.com

Songlap Ditayangkan Di 2 Festival Filem Antarabangsa

16 FEB 2012, 03:48PM   |   SULTANMUZAFFAR  |    UTAMA > HIBURAN > BERITA ARTIS >
Songlap Ditayangkan Di 2 Festival Filem Antarabangsa
Kongsi Article Ini:
 2 Share6 
 
 
SONGLAP, filem penutup 2011 yang mendapat banyak komen positif dari para pengkritik filem tanahair, telah dipilih untuk menyertai dua festival filem antarabangsa yang berprestij iaitu Udine Far East Film Festival (“Udine FEFF”), Itali dan Los Angeles Asian Pacific Film Festival (“LA APFF”), Amerika Syarikat.
SONGLAP akan ditayangkan di Udine FEFF ke-14 yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 April 2012.  Udine FEFF dilancarkan pada tahun 1999 dan merupakan filem festival yang dibiayai bersama oleh Centro Espressioni Cinematografiche (“C.E.C.”), sebuah organisasi kebudayaan di bawah naungan kerajaan Itali, daerah Friuli Venezia dan Majlis Perbandaran dan Wilayah Udine.
Setiap tahun, matlamat C.E.C adalah untuk menayangkan filem-filem yang berkualiti kepada umum menerusi lima pawagam di serata Udine.  Filem-filem Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian Udine FEFF termasuklah Pontianak Harum Sundal Malam, Kala Malam Bulan Mengambang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Pada bulan berikutnya, SONGLAP akan mengambil bahagian dalam LA APFF ke-28  yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 20 Mei.  LA APFF yang bermula pada tahun 1983 diasaskan oleh Visual Communications, sebuah pusat kesenian media, yang bertanggungjawab untuk mempromosikan filem-filem dari Asia dan Asia Pasifik.  Lebih daripada 3,000 buah filem serta video telah disajikan kepada para pengunjung sejak penubuhannya.  Flower in the Pocket, arahan Liew Seng Tat, merupakan filem Malaysia terakhir yang ditayangkan di LA APFF pada tahun 2008.
Filem SONGLAP diterbitkan bersama oleh Grand Brilliance dan Red Films, dan diarahkan oleh gandingan suami-isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak.  SONGLAP mendalami kisah kehidupan dua beradik, lakonan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip, yang terjerat di dalam kancah sindiket pemerdagangan manusia.  Filem ini telah ditayangkan pada 15 Disember 2011 di 77 buah pawagam dan mendapat sambutan yang amat baik dari peminat filem serta pihak media, dan diiktiraf sebagai filem terbaik Malaysia 2011.
Untuk maklumat lanjut mengenai SONGLAP, sila layari www.songlapmovie.com

5 comments:

Nesha Zin said...

tahniah....!

Needaa said...

memang best cerita ni. tapi ending mcm tergantung. ade songlap 2 ke? ;)

nadyatul said...

dah lama sye ikut perkembangan blog ni. tp x jumpa butang follow. flow lah sye pnye. kalu dah jumpa butang follow tu nnti sye follow blog ni. ske tngok lakunan syafie naswip dalam aku mahu terbang, rasa macam nk ikut nangis je, songlap pun best.
http://h-nadiatul.blogspot.com/

NurAfizahMazlan said...

Maya; Ade je. Kat bawahhhh sekali. Tapi button tu cam sempit sikit ahaha

nadyatul said...

time ksih nurafizahmazlan da jmpe da...knp la x leh nmpk ari tu