2minggu sebelum kejadian ini,saya terasa sangat kempunan untuk makan buah limau...tetapi bukan limau oren tu k tetapi limau nipis yang dicicah dengan garam kasar..itu memang fav saya sejak dulu...
setiap hari saya asyik menyatakan hasrat pada mak,kawan2 dan kucing saya bahawa saya teringin nak makan limau nipis tu..tetapi saya asyik lupa nak beli dan bila nak beli je mesti ada halangan...nak beli je mesti ada halangan..haha..bagi mak saya itu perkara biasa sebab mak memang dah tahu selera saya ni pelik bebenor..hahaha...tetapi bagi kawan2 diorang agak tercengang..kata kawan saya"kau nak buat apa makan asam tu..kau mengidam eh??..saya pun cakap la"mana ada mengidam, takdelah..tah lah semenjak 2 menjak ni terasa nak makan"...haha..so satu hari tu...saya ajak kawan2 form 6 saya iaitu Nazmi,Maman,dan Idris....kitorang berjogging di Titiwangsa..kebetulan saya dah lama tak jogging jadi saya nak jogging balik...bila start balik tu agak semput jugak la sebab dah lama tinggalkan aktiviti tu...huhu...haha..jadi pas jogging tu kitorang pergi breakfast..lepas tu kitorang balik....masa saya on the way balik ke rumah,saya berhenti di Ong Tai Kim dan beli limau nipis dengan garam kasar...lepas mandi dan segalanya saya pun berangkat lah ke rumah roza sambil membawa barang yang dibeli tadi...lepas tu saya ajak si roza dan adiknya ke dapur rumahnya..so preparationnya semua dah cukup..pisau,tempat alas pemotong dan mangkuk2.haha..lepas tu saya terus ambil limau dan belah limau itu kepada dua bahagian dan cicah ke dalam garam kasar dan saya menhirup airnya..masa tu saya rasa sangat puas..ye la akhirnya hajat saya tercapai jugak...roza dan adiknya pun cuba jugak tetapi hanya satu limau je..diorang tak tahan sebab masam + masin...huhu...saya terus memotong limau yang seterusnya dan makan seperti biasa..tetapi yang silapnya saya terlupa basuh limau2 tu sebab terlampau excited nak makan..Astagfirullah-Al-Azim..tiba-tiba badan saya rasa panas dan telinga sampai ke muka rasa panas dan mulai gatal...saya agak pelik sebab pada sangkaan saya suhu di dapur roza yang yang panas...jadi saya tanya la roza..."eh za,kau tak rasa panas dengan gatal ker"??..dia cakap"takda"...so saya dah syak pasal penyakit saya tu...so tak sampai beberapa minit muka saya dah tumbuh biji2 halus merah...saya rasa semakin panas..jadi saya tinggalkan limau tu...saya cakap kat roza yang penyakit saya ni senang je nak berubat(sambil ketawa)...then dia cakap"eh2 kau ni gelak pulak,sakit2 pun leh gelak2 lagi...berubat macam mana"??..saya cakap la.."kau bawak aku pergi klinik je,t doktor akan bagi injection kat punggung aku so lepas tu akan ok"..hihihi..sebenarnya saya gelak tu sebab saya tak nak fikir pasal gatal2 tu...nasib baik ada motor..so roza terus start motor...saya dah rasa satu badan penuh dengan biji2..muka saya dah bengkak dan dah jadi macam monster..kira HULK GOMBAK laaa..hhahahaa...sampai ke tempat yang tidak sepatutnya pun gatal...saya dah tak tahan selain menggunakan pilihan terakhir iaitu menggaru...tetapi kalau saya garu pada kulit yang bengkak tu,effectnya akan lagi teruk selepas tu..jadi saya hanya sabar je dan bertawakkal agar Allah memberi kesabaran dan mengurangkan kesakitan yang saya rasa...masa atas motor roza..saya cuba pejamkan mata dan tenang..padahal jiwa dah give up dah tu..dalam hati "bilalah nak sampai klinik ni..."hihihi....masa tu roza bawak sangat perlahan..mungkin kerana dia gubra dengan rupa saya sampai nak bawak laju pun dia cuak..huhuhu...saya jadi pemboncengnya..walaupun dia bawak 40 km macam tu tetapi saya langsung tidak rasa angin yang terkena pada kulit saya ketika saya membonceng motornya...suhu badan saya makin panas dan menjadi semakin gatal..saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi...saya suruh roza tengok muka saya masa dia tengah bawak motor,lepas tu dia terkejut sebab muka saya memang dah takda macam muka saya lagi..mata saya dah hampir tertutup dan hidung makin membesar,bibir semakin menebal dan kulit saya seperti sisik ikan...
selepas beberapa minit,kami tiba di Klinik Sulaiman iaitu klinik yang terletak di greenwood....saya terus masuk dan pergi daftar.so the receptionist cakap,adik tunggu dulu eh,ada 3 pesakit lagi yang belum masuk...so saya hanya bersabar sambil menunggu..masa tu saya dah mula garu sikit2...saya tahu akan salah saya tetapi selalunya saya akan allergik terhadap seafood tetapi sekarang seleranya berubah kepada limau pulak..jadi ia satu benda baru yang pelik yang pernah muncul dalam hidup saya....saya agak pelik sebab sebelum saya bergelar artis lagi,amalan ini sudah saya lakukan tetapi ok je..saya menunggu dan menunggu tetapi 3 pesakit itu belum lagi masuk..saya semakin runsing...dari posisi duduk,saya bangun..kemudian saya mundar mandir..lepas tu saya mencangkung..jiwa saya rasa seperti terbakar dan masa tu saya hanya mahu menjerit sahaja bagi meluahkan perasaan saya...roza menasihati saya supaya duduk tetapi apabila saya duduk saya rasa tidak selesa kerana gatal....saya cuba untuk bersabar lagi...namun 3 pesakit itu masih belum masuk..tiba-tiba jantung saya berdegup semakin kuat...pendengaran saya semakin halus sementara penglihatan saya semakin kabur..roza cakap pada saya"ayie,duduk.."roza hanya memanggil saya sekali je tetapi saya dengar suara roza seperti dia menyebut benda tu berulang kali..ibarat macam kita menjerit di kawasan lapang atau ketika kita berada di dalam gua...gelombang yang terhasil itu membuat saya semakin takut...saya nampak roza macam video rosak iaitu pergerakannya menjadi hambar dan perlahan..seperti saya mampu untuk memegangnya..contohnya nyamuk,kita sedia maklum bahawa nyamuk/lalat bergerak terlalu pantas..tetapi pada situasi saya ketika itu saya mampu menampar nyamuk atau lalat yang bertebangan di udara..kerana setiap pergerakannya begitu perlahan..saya rasa setiap langkah saya ketika itu
terumbang-ambing..fizikal dan mental saya semakin lemah..saya tidak mampu lagi untuk mengawalnya..kemudian pandangan saya bertukar menjadi kuning..apa yang saya lihat semuanya kuning..walaupun mereka memakai baju hitam tetapi saya hanya nampak kuning...kini saya tidak lagi mendengar apa-apa...saya nampak wajah kawan yang saya sayangi ini memaksa saya untuk duduk tetapi saya tidak mampu lagi untuk bersuara..segalanya berlaku IN SILENT ....saya fikir saya akan mati dan tinggalkan dunia ini...saya hanya fikirkan Allah,ibu bapa saya,kawan-kawan saya dan segala kenangan saya yang pernah saya kecapi sebelum ini....pada waktu itu,saya hanya dapat membayangkan wajah-wajah yang saya sayang sambil tersenyum..saya tidak sanggup untuk kehilangan mereka...tetapi pada waktu itu,saya tidak mampu untuk berkata apa-apa selain redha dengan segala keputusan yang dibuat olehNYA..tanpa saya sedari..saya rebah.........................
Kini segalanya berlaku dalam senyap...saya tidak lagi mendengar apa-apa...saya rasa sunyi dan tenang sahaja....segala masalah hilang begitu sahaja umpama kita dilahirkan semula...saya tidak nampak apa-apa..saya seperti tidur sambil dibuai dengan kegelapan....saya tidak tahu saya dimana tetapi saya yakin saya selamat...tiba-tiba saya mendengar degupan jantung semakin hampir dengan saya...ia semakin menghampiri saya dan dengupannya semakin kencang...kemudian saya mendengar siulan suara perempuan memanggil saya..suara itu juga semakin menghampiri saya...mata saya kembali melihat dan saya nampak roza di hadapan saya...pada mulanya saya tidak mengenalinya..saya terpinga-pinga dan minda saya mulai merangsang saya untuk mengenal pasti akan perempuan itu...selepas beberapa saat baru saya dapat mendengar suara roza dengan jelas dan pandangan saya sudah kembali normal tanpa gangguan warna tu..hahahahahaa..
Alhamdulillah....roza menegur saya dan berkata"kenapa dengan kau ni??..kau jangan buat aku takut....
saya :apa yang aku dah buat??
roza :kau terbaring kat situ...
tetapi saya langsung tak sedar akan itu..tiba-tiba pesakit pertama dah keluar..doktor sulaiman nampak akan saya lalu terus membawa saya masuk ke dalam...saya dibaringkan dan dia merawat saya...masa tu doktor panik sebab jantung saya tidak berdenyut walaupun ketika itu saya sedang berborak dengannya....ia satu keajaiban...saya agak pelik apabila doktor berkata yang jantung saya tidak berdenyut....doktor memasukkan air dalam badan saya melalui injection di tangan..selepas itu dia terus bercakap dengan saya dan saya tidak digalakkan untuk tidur sebab dia takut sesuatu yang tidak diingini terjadi..dia memarahi kepada pekerjanya sebab tidak membawa saya masuk ke dalam walaupun pada masa itu mereka nampak saya rebah....mereka terus call Ambulans dari H.B.K.L dan setelah beberapa minit mak dengan ayah saya tiba di klinik tersebut..selang beberapa saat,ambulans tiba dan mereka mengangkat saya di atas katil ambulans..saya nampak muka mak saya sangat sedih...saya nampak muka roza memang dah kecut dah..macam tahan sedih pun ada..tetapi dia sangat baik..tanpa dia saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada saya...thanks roza!..huhu ")..kata doktor nasib baik roza cepat bawa saya sebab katanya jika lambat kemungkinan saya sudah tidak ada....
saya dimasukkan di dalam ambulans dan mak menemani saya sepanjang perjalanan saya ke sana...roza terus pulang sementara menunggu kepulangan ibunya dari tempat kerja...sewaktu di dalam ambulans,jantung saya masih tidak berdenyut dan penglihatan saya kembali kabur....tetapi saya rasa happy sangat waktu tu...saya sempat lagi bergurau dengan mak saya walaupun saya sudah tidak bermaya..saya cakap dekat mak yang inilah kenangan terindah saya..saya tidak pernah dapat masuk ambulans..inilah pertama kali saya di dalamnya dan mereka merawat saya...mak saya hanya tersenyum dalam kesedihan...
apabila tiba di hospital,badan saya menggigil..saya rasa satu badan sejuk seperti duduk dalam ais..tetapi saya hanya menenangkan diri...kesemua doktor yang berada di situ sangat berdisiplin,baik hati dan sangat prihatin...bukan seorang atau dua doktor yang menjaga saya tetapi ramai..hhuhu..suka pulak bila sekali sekala diberi perhatian macam tu..hahhaa..saya dimasukkan dalam wad...pada malamnya,ibu ros,roza dan mak ayah saya datang melawat saya...masa tu saya dah ok sikit..mak cakap "takpe ke tinggal sorang ni"..saya cakap"takpe mak,doktor kan ada..."..saya rasa happy pulak duk kat situ..ramai pesakit kat situ tak lalu dengan makanan yang dihidangkan tetapi berbeza dengan saya..saya makan sampai licin...huhu...
saya asyik lapar je bila ada dalam wad tu...semua benda saya nampak sedap...huhu..setiap masa sekumpulan doktor akan datang dan melihat situasi saya....yang bestnya masa tu ada seorang doktor perempuan yang menjaga saya pada setiap masa..maksud saya bukan semua doktor perempuan tetapi ada seorang doktor perempuan tu saya suka melihat wajahnya..saya pernah cakap dekat dia yang saya tidak kisah kalau nak kena beribu injection asalkan doktor yang ambil...saya tidak lah sukakan dia tetapi saya suka berkawan dengannya..sampai setiap kali dia nak merawat saya dia berkata"awak ni aktif kan??..tak pernah lagi tau saya jumpa pesakit yang aktif macam awk dan suka makan masakan hospital"..katanya sambil ketawa..haha..
jadi selepas 2 hari berda di dalam wad,doktor mengesahkan bahawa penyakit saya sudah baik dan sebenarnya mereka pun tidak pasti apa sebenarnya punca saya mendapat alahan seperti itu..sebab berdasarkan kajian mereka,alahan akan berlaku apabila melibatakan ubat-ubatan,ulat bulu atau seafood..tetapi mereka syorkan saya untuk prevent dengan limau buat sementara waktu...tetapi saya fikir kemungkinan limau tu disembur racun dan saya lupa basuh jadi mungkin itulah faktornya...walau bagaimanapun,saya sangat berterima kasih terutama pada roza..kerana tanpa pertolonganmu..tidak mungkin ku disini..huhu...dan syukur sangat kepada Allah kerana memberi peluang kedua kepada saya..lupa pulak pasal adik saya sapawi jusoh..masa tu dia takda,dia balik kampung jadi dia hanya dapat berbicara dengan saya melalui hp..dia sangat risau pasal saya..terima kasih pawie.terima kasih semua yang sudi membaca blog ini..kewujudan blog ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa atau sia-sia..ia sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang baik bagi anda,terima lah dan yang buruk jadikan pengajaran k...assalamualaikum..nantikan yang seterusnya..:)))
Syafie Naswip V.S Rozalia Saiful Azam..best friend forever...
7 comments:
eh saye pon suke ape makanan hospital hohohohohoho
btw, letak la chatbox.. :D
insyallah t sy buat..sy xjumpa lg kwn yg pndai..hihihi..
banyak unsur suspen. perghh mendebarkan :D
athirah:yeke???alhamdulillah..tp bgtu la yg saya rasa...terima kasih ye:))
p.e pegi je blog yg ade chatbox.. pastu klik je chatbox tu.. dia akan pegi kat somewhere page then akan ade arahan kat situ.. pastu copy and paste je kat add gadget. :P
okaay nur hafizah:))sy try:)
Post a Comment