Monday, April 25, 2011

I am A Machine

Assalamualaikum semua....


Saya baru pulang dari sekolah...beberapa hari ni saya sangat penat...kepala saya selalu migrain...dek tidak mendapat tidur yang cukup dan stress kot...tadi balik agak lambat sebab kena hantar file..so kelam-kabut satu kelas menyiapkan nota yang tertunggak...Alhamdulillah kawan2 yang lain tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dengan saya...Terima kasih semua...Sekarang saya sangat mengantuk tetapi tak elok tidur lepas asar jadi tunggu malam..Walau bagaimanapun,kami satu kelas perlu segera menyiapkan tugasan yang diberi untuk dihantar pada esok hari...hehehe...

Kadang-kadang saya rasa diri saya seperti sebuah mesin jentera yang berfungsi untuk menyempurnakan segala tugasan yang diberi tanpa henti....Sebuah mesin yang dicipta untuk kepentingan manusia...Saya tahu bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti muda, anak, pelajar, kawan, dan yang paling penting sebagai manusia pada masa yang sama....Setiap detik saya perlu jaga...Selain itu, pelbagai ronak ranjau perlu dilalui bagi membuktikan kelebihan diri...Segalanya berlaku dengan pantas..Saya percaya yang manusia sebenarnya jauh ketinggalan dengan masa....Saya juga percaya yang manusia boleh hidup melalui manusia dan juga boleh mati akibat manusia...Secanggih mana teknologi hari ini sebenarnya masih belum mampu untuk mengatasi pemikiran manusia pada masa kini....
Apa yang boleh saya takrifkan adalah bukan senang untuk hidup dan bukan sukar untuk hidup sebenarnya...Saya sedar bukan mudah untuk berjaya dalam hidup melainkan usaha yang berterusan+yakin+istiqamah...Sebagai manusia biasa saya mengaku adakalanya saya juga berputus asa untuk melangkah ke fasa seterusnya..setiap langkah memerlukan persiapan dan nafas baru untuk hidup...Setiap manusia yang hidup mempunyai pengalaman yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat...Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya.....

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menonjolkan diri dalam segala aspek...Saya bersyukur kerana masih bernafas sehingga kini dan mampu menghiburkan khalayak dengan bakat yang dikurniakan oleh-NYA...Mungkin tanpaNYA siapalah saya pada masa kini....tenyata setiap yang dicipta mempunyai fungsi yang unik...Saya sedar bahawa saya diwujudkan di atas dunia ini untuk menjadi khalifah dan sebagai seorang hamba...Saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Saya akur dengan penentuannya.....Semoga ALLAH mendengar segala yang terdetik di hati kita semua dan permudahkan segala urusan kita semua.....




Amin.................................

2 comments:

amy syifa said...

dalam hidup kite sentiasa perlu D.U.I.T..
D-doa
U-usaha
I-istiqamah
T-tawakal..

chayokk2..

amy syifa said...

adk wat la akaun fb personal pnye..blh borak2..huhu