Wednesday, April 6, 2011

Keunikan Sara ALi

Hai Assalamualaikum semua..maaf dah lama sepi tanpa sebarang berita...baiklah hari ni saya nak cerita sedikit mengenai Kak Sara..


Saya mengenali beliau ketika menjalani Shooting Nur Kasih The Movie and diikuti SongLap The Movie....dalam Nur Kasih The Movie beliau memegang watak sebagai teman wanita saya...manakala dalam SongLap beliau menjadi kawan saya:))


Dalam masa singkat saya sudah berlakon 2 x dengan beliau..kalau nak diikutkan saya akan menjalani Drama Bersiri Juvana dengan beliau tahun lepas selepas SongLap namun proses pembikinan yang terlalu lama membuatkan saya membatalkan hasrat untuk mengambil watak terbabit...saya tidak membaca lagi skripnya namun berdasarkan penerangan daripada orang dalam..watak saya merupakan seorang budak naif yang membunuh ibunya dengan tidak sengaja dan telah dihantar ke sekolah pelajar bermasalah...dan bermula dari situ,sifatnya mula berubah menjadi semakin agresif....dan semakin otai katanya.hihi..saya nak sangat watak ni namun mungkin takde rezeki..redha jela..hahaha...


Pertama kali berlakon dengan Kak Sara saya dapat rasakan keunikan yang ada padanya...setiap shot,pergerakan,dialog dan reaksi mukanya sangat profesional....segalanya sangat cantik dan cool...saya tidak pernah lagi nampak dia berlakon namun dari segi penghayatan,beliau sangat bagus....bekerja dengan beliau memberi saya semangat baru untuk membuat lebih baik dalam lakonan...saya shoot nur kasih pun selama 3 hari sahaja..akibat faktor sekolah jadi saya ditawarkan watak undangan iaitu sebagai jamal tetapi watak ini sangat mencabar bagi saya manakala kak sara memegang watak juriah....beliau berusia 20 tahun dan telah membintangi 5 filem dalam 1 tahun...bagi saya ia suatu pencapaian yang membanggakan....











                                                         ( Time Rehearsal Filem SongLap)
persamaan beliau dengan diri saya yang saya dapat takrifkan ialah sikap beliau yang agak "gila-gila" seperti saya jadi proses "kenal-kenal" tu takdalah mengambil masa yang terlalu lama..keserasian diantara kami cepat tangkap walaupun saya tidak pernah bekerjasama dengannya..selain tu,beliau sangat suka bergambar dan setiap gambar-gambar yang diambilnya sangat perfect,cantik dan tenang....saya sukakan karisma yang ada padanya....walaupun dia baru namun saya yakin beliau boleh pergi jauh dalam bidang lakonan...Apabila di lokasi,kami sentiasa berbincang dan saling bertukar idea mengenai watak...Selepas Nur Kasih The Movie,saya bekerjasama dengannya lagi dalam SongLap..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan penghayatannya pun nyata lebih mendalam...Bila masuk songlap,saya agak "down"..saya risau tidak dapat melakukan yang terbaik namun dengan sokongan Director,Abg Shaheizy Sam,Kak Sara dan krew2..saya telah ok...Alhamdulillah.....saya pernah cakap dengan kak sara yang wajahnya mahal....Dia hanya tersenyum...huhu...Alhamduillah walaupun selepas habis songlap..hubungan kami semua termasuk abg sam dan kak sara macam adik beradik..:)))......








sekian terima kasih....nite:))

15 comments:

ceritagadisnabilahsaharudin said...

alaa abg pendek nyaa ceritaa . ishhh tergagu emosi membaca . hahahaha . ape2 1 percampaian terbaik tuk akk sara cz dlm 1 tahun boleh dpt 5 tawaran belakon . kalo adk tak tau berapa . huhuhuhu . tapi2 19nie adk tak kn lepas an peluang tuk tgk filem nur kasihh . blik sekolah trus g pangung wayang yg berdekatan . hehehe

Syafie Naswip said...

pendek sgt ke dik..hihihi..abg rasa dh pnjg dh tu..hahahaa..okeyh2..:))have fun nnty:))

Syafie Naswip said...

pendek sgt ke dik..hihihi..abg rasa dh pnjg dh tu..hahahaa..okeyh2..:))have fun nnty:))

nadya ahmad said...

cantiknya kak Sara niee~~

ceritagadisnabilahsaharudin said...

abg syafie : yee lorhhh . selalu abg tulis panjang2 . smpai mate penat . hahahaha . ohh okee . msti fun tmbh2 g abg pegang watak jahat wahhh . mmg berkesan . tapi bila adk selidik balik la kn . wahh selidik nie . hahaha lakonan abg . abg byak main dgn watak jahat kn ??? . tegok mukaa hmm . tak jahat pulak . hehehehe .

NurAfizahMazlan said...

comel! :)

Syafie Naswip said...

nadya:hihihi...thanks k..hahah..lebih2 pulak saya..hiih..kira wakil bg kak sara..hhihi..


nabilah:yeke??r u sure dik???hihihi..abg bnyk bwk watak sedih la dik..hihihi....


nur:hihihi

ceritagadisnabilahsaharudin said...

abg syafie : ehhh yeke . bkn watak jahat kee . tapi kebayak an . jhat jadi baek . hahahaha . ape2 laa . adk ttp sokong lakonan abg . pizz :D

amy syifa said...

akak baru tau pasal blog adik nih!slalu2 la tulis..blh tau perkembangan adik..akak suke tgk lakonan adik,mantap seh! terutama klu babak sedih,nangis sungguh2 kan.. anyway gudluck! keep in touch..

PeNdEkA said...

boleh x nk ckp sara ni ala2 sam versi perempuan? sbb memek muke die time berlakon sgt kena and penonton pn boleh rase la ape yg die nk bawak..(err da xtau nk explain cane)

Syafie Naswip said...

amy syifa:terima kasih kak..ooh ykew???hehehe.insyallah saya akan buat lebnih baik...a.ah ni blog saya:))

pendeka:alaa2 sam??hehhe..ade jugak sikit2..hehe

nana S said...

waa...first tgk sara ni dlm penuggu istana then prasan dlm iklan nur kasih the movie and pastu jd cm minat giler kt sara. dia comel sgt2!! tolong sampaikan salam pada sara ea. kata dr peminat fanatik dia. dia sangat lah comel. :)
and syafie, teruskan usaha dlm bidang lakonan. citer yg adik blakon pun akak byk tgk gak and ske. tahniah yew. :))

Adrina said...

kirim salam kat shaheizy sam. haha :P

Syafie Naswip said...

thanks everybody..insyallah t saya smpaikan salam anda..:))

Fida Ezzani said...

kak sara ni nampak simpel. tapi die sangat gorgeous kan?? td die kat jom heboh sangat2 baik. friendly ! suke nye kat die.. hehe
by the way syafie. blog u nice la. :)