Friday, May 6, 2011

Pesona Sherry Merlis




















Ai Semua..gambar2 di atas ini merupakan gambar salah seorang pelakon pujaan saya sejak saya kecil....saya sangat gembira sebab saya dapat bekerjasama dengannya...beliau berumur 42 tahun namun masih memiliki kecantikan setanding Diana Dianelle..hehehehe...saya tak tahu la kenapa saya suka tengok muka dia...sejak kecil lagi...pada mulanya saya sangkakan beliau masih muda...rupanya sangkaan saya meleset sama sekali...kira macam Kak Amy Mastura la..walaupun dah berumur 40 tahun tetapi still comel....hehe..masa saya kecik2 dulu saya suka sangat lakonan dia dalam Mat Despatch bersama amyza adnan,melissa saila,rusdi ramli dan ramai lagi...sangat enjoy..masa tu dia belum berkahwin lagi rasanya....lagi satu drama bersiri lakonan beliau yang still saya ingat ialah Kau Mawarku yang ditayangkan di tv2...gandingan bersama Khairul Anwar...sangat seronok melihat beliau berlakon dalam cerita tu..banyak lagi sebenarnya drama2 beliau yang saya suka tapi tak ingat tajuk daaa...hehehehehe....bila saya masuk dalam industri ni,kemunculan beliau kurang menyengat seperti dulu...saya pelik juga..saya sangkakan dia dah bersara daripada bidang ni....tapi pada satu hari tu saya dapat tawaran berlakon sebuah telemovie bersama Citra Ummah Network Production..bila dah tengok skrip,jalan ceritanya agak stereotaip tetapi bila saya tanya mereka siapa pelakon yang menjadi mak dan ayah saya...lepas tu diorang bagitahu Sherry Merlis dan Eman Manan...masa tu terus takleh nak kata apa2..saya terus setuju untuk berlakon dalam telemovie tu..tajuk telemovie tu Melukut Kasih Di Kaki Santubong.....saya perlu bercakap dalam bahasa sarawak....Alhamdulillah beliau sangat komited dalam kerjanya dan tak sombong langsung....tak sampai sehari jumpa kami dah macam anak beranak pulak..hahha...dalam cerita tu saya panggil beliau ibu..dan gelaran itu terus melekat sehingga ke hari ini...selepas tamat penggambaraan cerita itu,hubungan kami still akrab sehingga saya mendapat tawaran seterusnya yang turut menggandingkan kami sebagai anak beranak...memandangkan kami dah macam anak dengan emak,jadi segalanya berjalan dengan lancar....saya pernah katakan pada beliau yang beliau memiliki wajah yang mahal...bagi saya bakat yang dimiliki oleh beliau sangat luas tetapi apakan daya,mungkin peluang tidak menyebelahi beliau..ketika di lokasi kami sentiasa berbincang mengenai watak dan apa yang membuatkan saya selesa bekerja dengan beliau adalah beliau boleh ikut flow yang saya bagi..even kalau saya lost masa nak menyampaikan emosi tu pon,dia sentiasa membantu..jadi saya sangat respect dengan dia..dia bukan jenis over-shadow terhadap seseorang...selain tu saya pernah cakap dengan dia yang dia boleh pergi lagi jauh dalam bidang lakonan,dan saya berkongsi dengan beliau mengenai imaginasi merapu saya ni...saya berimaginasi beliau seperti angelina jolie dalam tomb raider lara croft dengan memakai sut gelap yang direka khas untuk beliau..ditambah pulak dengan make up yang soft,natural dan difokuskan pada tulang pipi...heheheehehe...lepas tu rambut di bahagian hadapan diluruskan halus ke arah mata seperti ini...heheheheh..











































manakala costume nya ala2 Trinity di dalam matrix..hehheee..jauh tu menyimpang..haha..saya duk cite je kat dia..nasib baiklah dia pendengar setia..hehehe..lepas tu dia hanya tersenyum sahaja melihat kerenah saya,dan cakap.."awak buatlah skrip dan mengarah filem tu..insyallah ibu akan berlakon filem tu"...saya cakap "insyallah,ibu doakan k"....

6 comments:

AirisIzzati said...

zaty pown sgt mengkagumi beliau... :))

Syafie Naswip said...

zaty:hehee..tq dear:)))..she's so talented:))

Anonymous said...

hehe ; kita sama la deq .. Akak pun minat ngan Sherry Merlis ni sjk kecik sampai skrg ..

hilmi9685 said...

Ibu baru kahwin lagi dengan uncle ash. hehehe

..myLife.. said...

AKUM.. bro,tau x tajuk OST drama kau mawarku yg die berlakon tu. lagu tu best,tp sy lupa la tajuknya

Unknown said...

Suka akting dia.. Best