Monday, August 8, 2011

Rabun

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak kongsikan bersama anda mengenai filem rabun...Seperti yang anda semua ketahui..rabun merupakan filem pertama Arwah Yasmin Ahmad sebelum munculnya Sepet,Mukhsin,Talentime,Gubra dan Muallaf...namun saya baru berpeluang menonton Mukhsin,Sepet,Gubra dan Talentime....manakala Muallaf dan Rabun saya masih belum berpeluang....tetapi Alhamdulillah...Auntie Orked Ahmad selalu melakukan show amal kepada umum..iNilah pertama kali saya menonton rabun...saya tergelak terbahak-bahak semasa menontonnya...Filem ini penuh dengan keikhlasan,kasih sayang yang tulus dan apabila kita menontonnya saya rasa macam saya berada dalam skrin tu..hehee...

Saya selalu tertanya-tanya pada diri saya apakah formula yang digunakan oleh Arwah dalam membikin filem2nya..??namun saya pasti suatu hari nanti saya akan mendapat jawapannya...insyallah!...

Filemnya sangat simple..Tahniah buat semua pelakon yang menjayakan rabun..yang menarik perhatian saya tentunya lakonan Auntie Kartina Aziz bersama Arwah M.Rajoli...keserasian mereka berdua sangat terserlah...Yasmin selalu berkata,"saya buat filem utk ibu bapa saya...dengan menggabungkan segala pengalaman kami,kami dapat berkongsi sesuatu buat anda"...selama saya mengenali yasmin..dia bukan bertindak menyampaikan mesej tetapi mencari karisma...dan sekadar berkongsi...katanya lagi"kalau hantar mesej,saya tak guna filem..saya cuma guna hp"...saya hormati segala pemahaman setiap pengarah yang ada di atas muka bumi ini..sebab setiap manusia mempunyai matlamat dan pemahaman sendiri...namun saya tetap berpegang dengan apa yang saya percaya...semasa menonton,kadang2 tu saya teringat balik kenangan2 bersama arwah...namun saya perlu percaya yang dia sentiasa ada dihati saya...saya mengaku sebelum ini saya agak lemah utk menerima pemergiannya...tetapi Alhamdulillah..sekarang saya sudah boleh menerima pemergiannya...moga rohnya dicucuri rahmat...

Tayangan Rabun bertempat di Sentul West...selepas habis tayangan..
kami ke hadapan utk bercerita serba sedikit mengenai yasmin kepada umum seterusnya membuka soalan kepada umum yang hadir...

Saya lihat penonton yang hadir bukan sahaja drpd kaum Melayu bahkan daripada Cina dan India...
Selepas selesai segalanya,masa untuk bergambar la....kami tak melepaskan peluang bergambar kat situ..sebab tempatnya sangat cantik..boleh la kalau2 nak berangan dalam istana lama macam tu..hehee...(bergantung pada shot)hehehe...
Me and Roza...
Ibu,Abg Memen,Adik and Me!

Walaweh!ibu persis model wok!..hehehe

hahahahaa..kelakar2..macam2 ragam..hehe..susah sebenarnya bila ada penyakit bergambar ni..dekat mana2 pun boleh bergambar..hehehee...tetapi sedang kami mengambil gambar2 ini..tanpa kami sedari kumpulan kami bukan sahaja terdiri roza,ibu,pawie,adik,saya dan abg maman malahan turut dihadiri benda2 yang tidak sepatutnya...Cuba anda lihat gambar2 di bawah dengan teliti...ketika saya mengambil gambar2 ini...hati saya sangat seronok dan minda saya mcm khayal sebab tempatnya sangat cantik utk bergambar...
dari pandangan jauh..kita mungkin nampak satu objek sahaja iaitu pawie
 namun apabila saya zoom kan sedikit demi sedikit maka muncul satu kelibat seperti manusia di sebalik dinding sebelah kanan pawie...

  
setahu kami,tempat kami mengambil gambar ini adalah lorong dan disebelah kanan pawie semuanya dinding..semasa saya mengambil ini..saya langsung tak nampak seorang manusia pun yang lalu lalang...
 Ini gambar ke-2
 wajah lelaki tua ditengah dinding...tetapi agak kabur...kami mula perasan kehadiran 2 lembaga ini selepas 2 hari berikutnya..Maklumlah bila kita suka sangat akan sesuatu tu..maka kita akan sentiasa menggodek,zoom la,tengok lama2 la dan mcm2 lagi..hehehe...rupanya..hehee...W'bagaimanapun,mungkin ada sesuatu disebalik semua ni...saya tak pasti samada makhluk ini betul atau tidak...Allahuallam...

Selepas tamat segalanya,kami pergi makan dekat sentul timur sambil menunggu kedatangan Abg Jo dan Abg Tony utk bincang mengenai wtk Piee dalam Teater Gelanggang Tok Wali..Baiklah..sampai disini dahulu ye..Assalamualaikum!!!...^_^







4 comments:

NurAfizahMazlan said...

seram ok! hahaha

Adibah Baharum said...

haha misteri dol!

SULIZA BAHARIN said...

scarymary wooo........

Syafie Naswip said...

nurhafizah:hehehee..itulah..ni 1st time saya terjumpa dlm gmbr..

miss:btol..hehehe


suliza:tmpt die pun cm sunyi skit