Monday, October 17, 2011

Kanak-Kanak China dilanggar tetapi tidak diendahkan orang sekeliling




Selepas tengok berita tadi,saya terus cari dlm google...Ini adalah situasi yang kita harapkan tidak akan berlaku di negara ini.
Kejadian berlaku sekitar 5.30 pagi di Guangfo Hardware Market, Guangzhou, China. Kanak-kanak berusia dua tahun ini telah dilanggar van dan diabaikan oleh majoriti orang yang melintas kawasan disitu. Malah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori ketika terbaring kesakitan. Dia telah dihantar ke hospital oleh ibunya sendiri dan keadaannya kritikal.
Polis telah berjaya menahan pemandu lori namun masih mencari pemandu van yang melanggar kanak-kanak itu kerana nombor plat kurang jelas.
Video perlanggaran bermula pada saat ke 38. Video penuh after the jump.Walau bagaimanapun kanak2 tersebut berjaya diselamatkan oleh tukang cuci disitu..itupun dah masuk angka giliran yang ke berapa tah..Manusia-manusia!!!..memang tidak berperikemanusiaan!!!..kanak2 tersebut diberi rawatan kerana 
keadaannya parah..semoga beliau cpt sembuh..amin2..itulah penangan dunia akhir zaman..Astaghfirullah Al Azim....

2 comments:

Hudalatip said...

tak sanggup nak nengok video tu pasal tak sampai hati..dunia memang dah di akhir zaman sekarang ni..manusia hanya pentingkan diri masing2..

laskar pelangi said...

takutnya tengok vid tu...